Sahut cabaran dekat Tik Tok. Budak 12 tahun ini ditemui sudah tiada selepas sertai satu challenge dan ibu bapa tersebut akhirnya dedahkan punca pemergian anak mereka

Viral

Pada era milenial kini, makin ramai golongan muda yang terjebak untuk men1ru dan mencuba pelbagai challenge yang tular di laman sosial semata mata untuk kejar populariti dan dianggap up to date dengan trend trend terkini. Tapi pernah tak korang terfikir bahawa challenge challenge sebegini walaupun dianggap sebagai hiburan namun boleh mendatangkan kesan buruk kepada sesetengah individu sehingga boleh menyebabkan pemergian seseorang berlaku

Beberapa hari yang lepas, seorang budak lelaki dari Chile yang baru berusia 12 tahun telah ditemui sudah tiada oleh ibu bapanya di dalam biliknya. Bnh diri sebab TikTok Svicid3 Challenge.Menurut Daily Star, budak lelaki itu dikatakan telah menyahut cabaran dengan melakukan TikTok Challenge tersebut sehingga sanggup membahayakan dirinya sendiri!

Dia yang dikenali sebagai Colbert Munoz telah terpengaruh dengan media sosial sewaktu tempoh l0ckdown di kawasan tempat tinggalnya gara-gara pandemik Covid-19.Apa yang menyedihkan, tubuhnya yang terbaring tidak bernyawa telah dijumpai oleh ibu bapanya yang dikenali sebagai Luis Munoz (bapa) dan Katiuska Beltran (Ibu) di dalam biliknya dengan skrin komputer yang masih terpasang.

‘Timer’ di skrin komputer.Pasangan itu mendedahkan bahawa skrin komputer yang masih terpasang itu telah menunjukkan pemasa di skrinnya yang menyebabkan mereka mengesyaki bahawa anaknya itu mengalami tekann untuk menamatkan challenge yang ‘menkutkan’ itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, punca pemergian budak lelaki ini lebih menjurus ke arah bnh diri, namun pihak penyiasat masih menyiasat sebarang kemungkinan lain dengan menjalankan siasatan lanjut ke atas handphone milik kanak-kanak itu.Ibu kepada budak itu mendkwa bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan anaknya itu mengalami stres yang melmpau. Ini menyebabkan anaknya itu banyak menghabiskan masanya dengan media sosial.

.Tambahnya lagi, anaknya itu terlampau ‘tksub’ dengan dunia maya disamping dia turut menggelarkan pencetus challenge-challenge di media sosial ini sebagai ‘jhat’ dan ‘sy4itan’.Menurut bapanya pula, anak lelakinya itu semakin terjebk dalam pelbagai aplikasi media sosial terutamanya TikTok. Bukan itu sahaja, anaknya itu juga dikatakan sering berangan untuk menjadi popular dan terkenal.

Luis turut membandingkan aplikasi media sosial itu sama seperti ibu bapa yang memberi anak-anak mereka bermain pistl sebenar dimana mereka mengisi sendiri pistl itu dengan pluru apabila mereka semakin terjebk dengannya.Tambahnya lagi, dia turut menasihati para ibu bapa supaya sentiasa berasa risau dengan keadaan anak-anak dan jangan beri handphone kepada anak-anak semata-mata untuk berasa lebih tenang dan lari dari tanggungjawab.Hah, yang mana suka buat challenge TikTok yang merapu tu, dah boleh slow-slow ‘bertaubat’ rasanya.

“Sedih dia kena hadap semua perkara negatif ni” – Dikritik di TikTok Kerana OKU, Remaja Ini Sebaliknya Dipuji Neelofa!

Baru-baru ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang remaja sindrm down di aplikasi TikTok yang telah menerima pelbagai jenis komen negatif daripada segelintir warganet hanya kerana dia seorang OKU.Menurut mStar, video tersebut telah ditularkan semula oleh warganet bernama Siti Nur Farah Annisha Mohd Ramzan, 18, yang kasihan dengan nasib remaja tersebut dan kagum melihat kepetahan gadis bernama Puteri Bulan itu di TikTok. 

Menurutnya, perasaannya berubah lepas membaca ruangan komen yang dicemari kata-kata kurang enak, dipercayai ditulis oleh pengguna TikTok yang masih kanak-kanak lagi.“Saya berminat dengan Puteri Bulan selepas jumpa videonya di TikTok. Walaupun sindrm down, tapi dia petah bercakap. “Saya rasa ia dekat dengan hati sebab saya pun ada anak saudara yang juga sindrm down. Tapi anak saudara saya yang berumur 10 tahun tak boleh bercakap lagi. 

“Jadi saya rasa dia luar biasa. Bila baca komen, saya jadi agak marah. Saya tengok ramai kanak-kanak komen, mungkin yang sekolah rendah,” katanya.Selain mendapat sokongan daripada warganet di Twitter, Puteri Bulan juga menarik perhatian pengacara dan usahawan popular, Neelofa.Neelofa yang melihat video tersebut memberikan respon positif di Twitter.

Sedih tengok dia kena hadapi semua perkara negatif apabila apa yang dia buat hanyalah menyebarkan positiviti kepada semua dan bergembira. Teruskan menjadi diri sendiri Puteri Bulan.” Komen Neelofa tersebut diikuti dengan komen positif dan sokongan daripada warganet lain di Twitter.Sumber: Twitter

Pilih TikTok platform berdakwah… gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah – “Mak pesan jaga mana wajib”

Wani mengakui terharu apabila dihubungi beberapa individu yang turut meluahkan hasrat mahu berpurdah.SUATU masa lalu, aktiviti dakwah banyak dilakukan menerusi ceramah mahupun kuliah-kuliah agama.Seiring perkembangan teknologi, ramai yang mula menggunakan platform media sosial untuk melakukan usaha murni itu.

Begitu juga dengan Nur Syazwani Mohd Izwan, 19, seorang gadis berpurdah yang berdkwah dengan cara sendiri menerusi Instagram dan aplikasi TikTok.Sudah berpurdah seawal usia 14 tahun, dia mahu video yang dikongsi memberi inspirasi kepada gadis di luar sana dalam usaha menjadi muslimah yang lebih baik di sisi Allah.

“Saya dulu belajar di sekolah agama. Masuk pada umur 13 tahun. Pada tahun kedua saya mula berpurdah.”Niat utama saya sebab nak baiki diri, jadi lebih baik. Saya juga tertarik tengok kawan-kawan yang turut berpurdah.Wani mula berpurdah seawal usia 14 tahun.”Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kelima saya berpurdah,” ujarnya kepada mStar.Mesra disapa Wani, dia mengakui ramai yang bertanya mengenai keputusannya berpudah seawal usia itu.Malah, dia juga menolak tanggapan segelintir individu yang mendakwa dia berpurdah sekadar untuk mengikut trend semata-mata.

Untuk orang di luar sana yang ada niat nak pakai purdah, jangan fikir kata-kata orang.

“Soalan yang orang selalu tanya, kenapa berpurdah? Satu cabaran bila orang cakap kita pakai sebab nak ikut trend.”Kita je tahu niat kita. Keluarga saya pun OK je. Hanya saya seorang yang berpurdah dalam keluarga.”Mak pesan, solat jangan tinggal, kena tutup aurat dengan sempurna. Jaga yang mana wajib,” kongsinya lagi.

Kata Wani, aplikasi TikTok juga boleh dimanfaatkan sebagai medium dakwah.Kata Wani, dia juga tidak terlepas menerima kritikan di media sosial.Pada masa sama, ramai individu yang terinspirasi turut menghantar mesej dan mengajukan pelbagai pertanyaan buatnya.”Saya memang kongsi video di TikTok untuk beri inspirasi kepada gadis di luar sana. Yang nak kritik seorang dua tu, tak apa.

“Ada orang kata saya pakai purdah, tapi masih mahu dilihat. Sejujurnya banyak yang positif, ada gadis tak bertudung pun mesej saya, kata teringin nak pakai suatu hari nanti.Antara video yang dikongsi Wani menerusi TikTok.“Saya rasa terharu, rasa nak menangis. Niat saya nak tolong orang. Kalau ada sesiapa nak mesej saya tanya pasal purdah, saya terbuka untuk tolong bila-bila masa.

“Bagi saya, ia cara saya berdakwah di TikTok. Untuk orang di luar sana yang ada niat nak pakai purdah, jangan fikir kata-kata orang. Saya boleh teruskan sebab saya tak hirau apa orang nak kata,” ujarnya lagi.Malah kata Wani, dia juga bercadang untuk berkongsi lebih banyak video-video dakwah dan ilmu bermanfaat di TikTok pada masa akang datang.Menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Wani yang kini berniaga pakaian turut meluahkan hasrat mengambil kursus jahitan pada masa akan datang.

Ubah persepsi negatif, bakal arkitek ajar tajwid seminit guna TikTok – “Kalau tinggal al-Quran, masalah simple pun boleh stres”

JIKA dahulu, ramai dalam kalangan kita yang agak skeptikal dengan kandungan video dalam aplikasi TikTok.Namun hari demi hari, persepsi itu berubah menjadi positif apabila banyak video bermanfaat dikongsi bersama.Terbaharu, seorang penuntut bidang Seni Bina dari Universiti Taylor’s, Subang Jaya, Selangor menjadi perhatian ramai setelah berkongsi video ilmu mengaji al-Quran menerusi aplikasi itu.

Selain TikTok, video berkenaan turut dikongsi di Instagram dan Twitter sehingga menerima puluhan ribu tontonan.Bercakap kepada mStar, Kamalia Maisarah Norman, 21, memberitahu, perkongsian video-video bermanfaat itu baru sahaja dimulakan sejak awal Ramadan tahun ini.”Saya mula buat video masa awal bulan puasa. Saya nak kongsi apa yang saya tahu dan juga kesilapan lazim sewaktu mengaji.

Video dikongsi gadis ini menjadi tular di laman sosial.“Sebab dalam bulan puasa, ramai yang mengaji al-Quran. Sebab tu saya buat video. Saya pula suka bercakap. Daripada bercakap kosong, lebih baik saya kongsi video bermanfaat,” ujar anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.Mesra disapa Kamilia, dia mengakui peka dengan persepsi kurang enak yang timbul mengenai aplikasi video popular itu.Namun katanya, ia bergntung kepada niat masing-masing dan sebenarnya mampu menyebarkan ilmu dalam cara yang lebih mudah.

Tapi bila tinggal al-Quran, rasa hidup serabut. Masalah simple rasa stres. Bila baca al-Quran rasa tenang je.

“Bukan nak lihat dari sudut pandang negatif, tapi orang zaman sekarang suka benda mudah dan ringkas. Video TikTok ni minimum seminit.”Ia juga bergantung kepada diri kita. Kalau cari benda baik, dapatlah hasil baik… begitu juga sebaliknya,” ujarnya lagi.Kata Kamalia, dia mula belajar mengaji al-Quran sejak di bangku sekolah rendah dan sudah khatam kitab suci itu sebanyak tiga kali.

Kata bakal arkitek itu, hidupnya lebih tenang dengan mengamalkan bacaan al-Quran.Malah katanya, kehidupan juga menjadi lebih tenang jika selalu mengamalkan bacaan al-Quran.”Sebenarnya penting sebutan yang betul sewaktu mengaji. Dulu masa zaman sekolah, mak ayah hantar ke kelas mengaji.

Maisarah berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.“Bila dah sambung belajar, pun saya pergi kelas mengaji lagi. Tapi masa memang agak terhad bila belajar. Ia bukan terhad tapi salah saya sendiri tak pandai susun masa.”Tapi bila tinggal al-Quran, rasa hidup serabut. Masalah simple rasa stres. Bila baca al-Quran rasa tenang je,” ujar bakal arkitek itu.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Malam ni kita belajar ‘ك’ & ‘ق’.
Antara perbezaan dua huruf ini adalah satu sifatnya tebal & satu nipis.  — Kamalia (@pearlsintea) 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *