Persoalan berkaitan letak tangan di dada gantikan berjabat tangan di Norma Baharu ikut agama lain. Ini jawapan Dr Zulkifli susulan soalan tersebut meraih perhatian ramai

berita

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.

Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

Isu Akad Nikah Di KL Dan Putrajaya. DS Dr. Zulkifli Dedahkan Akad Nikah Boleh Dibuat Mulai Hari Ini Dan Terangkan Jumlah Kehadiran Yang Boleh Menghadiri Akad Nikah Tersebut

Bermula hari ini.warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah. Menteri di Jabatan Perdaa Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bagaimanapun kebenara tersebut hanya boleh dilakuka di Pejabat Jabatan Agama ISlam Wilayah Persekutuan ( Jawi )

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang. “Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya hari ini. – K! ONLINE

Baru Sahaja Semalam Disahkan Positif Covid 19. Rupanya Ini Tempat Tempat Yang Dr Zulkifli Pergi Dan Menggesa Semua Pihak Yang Mempunyai Kontak Dengannya Untuk Menjalani Ujian Saringan.

Seperti semua kes Covid-19 lain, pengesan kontak kini berlumba dengan masa untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad sejak 14 hari lepas. Kali ini, tugas itu menjadi lebih mencabar kerana dua minggu sebelum dijangkiti, Zulkifli telah merasmikan pelbagai acara yang dihadiri ratusan peserta, merentasi beberapa negeri- jika berdasarkan hantaran di laman Facebooknya.

Negeri-negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Beliau turut melawat Putrajaya dan Kuala Lumpur, Di tempat-tempat berkenaan, beliau dilihat memberikan ucapan di atas pentas, atau menyampaikan sijil atau bantuan dalam acara yang dihadiri ramai peserta.

Pada kebanyakan masa, Zulkifli mengenakan pelitup muka, tetapi ada ketikanya- seperti di Kampung Serusup, Tuaran ketika beliau menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan pada 24 September- pelitup mukanya diturunkan ke bawah. Lawatan ke Sabah itu merupakan titik genting. Selain kes penjara di Alor Setar, Kedah dan kes-kes yang dikaitkan dengan pendatang tanpa dokumen di Klang, Selangor, hampir semua kes di semenanjung Malaysia mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.

Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli telah melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah. Ini termasuklah Masjid Dato Kelana Petra, Nilai, yang pada hari ini mengumumkan penutupan serta-merta sehingga pengumuman lanjut kerana “beberapa suspek pesakit Covid-19 hadir ke masjid” berkenaan. Zulkifli menyampaikan khutbah di situ sebanyak dua kali sejak pulang dari Sabah.

Masjid dan surau lain termasuklah Masjid Ulul Albab di Jerteh (25 September), Surau An-Nur di Bangi (27 September), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin di Serdang (3 Oktober).  Selain acara-acara, menteri itu turut berkongsi gambar mesyuarat yang dihadirinya, termasuklah di pejabatnya, yang menyaksikan kebanyakan peserta mesyuarat tidak memakai pelitup muka.

Beliau turut melawat kedai makan, dan seperti pelanggan lain, dia menanggalkan pelitup mukanya untuk makan, seperti di Putrajaya (Kedai Pak Tam Sup Utara di Presint 8) dan Tuaran (Gerai Kelapa Bakar Kak Tini). Dalam pengumumannya hari ini, Zulkifli menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan turut dikenakan perintah kuarantin di rumah, selepas berlakunya kontak dengan Zulkifli dalam satu mesyuarat pada 3 Oktober.  Sidang khas MKN Covid-19, Oktober 3, 2020, kredit FB Muhyiddin Yassin. Di bawah ini, disenaraikan tempat dan acara yang dilawati atau dihadiri menteri berkenaan sekembalinya dari Sabah, berdasarkan hantaran Facebooknya:

24 September (Sabah). Menyampaikan bantuan kepada golongan yang hadapi kebakrn. – Kampung Serusup, Tuaran. Menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada program Food Bank Yapeim. – Gerai Kelapa Bakar Kak Tini. Makan tengah hari. – Kediaman Sakaran Dandai. Melawat bekas gabenor Sabah dan isterinya (gambar, atas). – Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Berlepas dari Sabah, dihantar oleh Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar.

25 September (Kelantan, Terengganu & Putrajaya) – Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Menghadiri Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). – Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah. – Masjid Ulu Albab, Jerteh. Menyampaikan khutbah Jumaat. – Kedai Pak Tam Putrajaya Sup Utara, Presint 8, Putrajaya. Minum..

26 September (Kelantan, Kuala Lumpur)
-Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
. Menghadiri program ‘Tausiyah Khas Sempena Hari Terbuka Yadim’. – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Berlepas dari Kelantan. – PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. Mengagihkan zakat kepada penerima, sebagai sebahagian daripada program ‘Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ’ (bawah).

27 September (Selangor) – Surau An-Nur, Bangi. Menyampaikan kuliah (bawah). 30 September (Selangor). – Hotel Movenpick, Sepang
Menghadiri ‘Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara’ pada 30 September. 2 Oktober (Negeri Sembilan). – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Melancarkan portal ‘Jom Infaq’ di Usim, Nilai. Turut menyampaikan khutbah Jumaat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz di universiti itu, dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan universiti. Zulkifli Mohamad menghadiri mesyuarat dengan pihak pengurusan Usim pada 2 Oktober, 2020.

3 Oktober (Selangor)
– Jabatan Perdana Menteri
. Menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Serdang. Menyampaikan kuliah. – Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu. Menghadiri Majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 dan Majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim. Zulkifli Mohamad menyampaikan bantuan kepada pelajar UiTM, 4 Oktober 2020.

4 Oktober (Selangor). – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Menyampaikan bantuan kepada pelajar (atas).– Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Menyampaikan bantuan kepada pelajar. – Hotel Geno, Subang Jaya. Menghadiri ‘Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020’. (bawah).Sumber: MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *