Masih ramai keliru dengan BPN 2.0. Berikut kriteria sama ada anda layak atau tidak dan ini tarikh serta bayaran yang diperoleh mengikut kategori

berita

Hah kalau bab duit laju jer kan? Asal sebut bantuan itu ini mula lah nak sengeh sampai telinga. Tapi! Ada juga yang tak reti bersyukur. Tak cukup lah apalah. ada jer tak kena…Haish, cubalah buang sikap semua benda tak puas hati tu. Belajar bersyukur! Ha kan dah mula nak membebel dahni.

Cakap punya cakap, sejauh mana anda tahu pasal BPN 2.0 ni? Halah Bantuan Prihatin Nasional tu. Anda ambil tahu tak? Asal usul nya ke, detailsnya ke? Mesti tak kan? Takpe, meh sini kami bagi sikit info kat anda.Bantuan Prihatin Nasional ni adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bukan main redah jer bagi tau.

Anda Layak Ke?Nak tahu layak ke tak, anda baca kat bawah ni. Barulah tahu siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40.Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah::1) Isi Rumah,a) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa ,Tunggal/Balu/Janda/Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang.a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:1) Isi Rumah,a) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa ,Tunggal/Balu/Janda/Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang.a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; danb) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Berapakah Jumlah BPN 2.0?Anda boleh tengok jadual kat bawah ni okay. BPN 2.0 akan dibayar secara ansuran dan berperingkat dan dibahagikan kepada dua fasa iaitu Ansuran Pertama: Penghujung Oktober (yang ni anda dah dapat kan? Dah habis guna agaknya) dan Ansuran Kedua: Januari 2021 (lagi sebulan jer lagi!)

Tarikh Penting BPN 2.0 Yang Perlu Anda Ingat!

Ramai yang leka dan lupa tarikh penting untuk permohonan baru dan rayuan kerana ramai terlepas pandang tarikh tutup BPN 1.0 sebelum ini dan menyebabkan gagal mendapat bantuan BPN. Jangan asyik salahkan kerajaan jer tau. Anda kena alert jugak. Pastikan anda setkan reminder untuk tarikh penting ni yer.

Haa…bagi anda yang pernah menerima Bantuan BPN 1.0 sebelum ini, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baru untuk BPN 2.0 kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun anda yang telah didaftarkan.Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion dah pun diberikan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang pada 26 Oktober lalu.

Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

Kami pasti untuk bayaran fasa pertama tu mesti anda dah guna kan? Ramai yang guna untuk keperluan isi rumah dan jugak buat modal berniaga. Okayla tu. At least anda manfaatkan duit ke tempat yang betul. Kesimpulannya, dengan bantuan yang diterima ni harapnya dapat memberikan faedah kepada anda. Jadi, jangan salah guna dan manfaatkan sebaiknya okay!/

Rakyat Ramai Terkesan Dengan Pndemik COVID19. Rohani Berani Keluarkan Pendapat Penjawat Awam Tidak Patut Terima BPN Dan Kenyataan Ini Terus Meraih Perhatian Warganet

Pengasas juga Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berkata, golongan terkesan adalah yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja.Penjawat awam tidak sepatutnya menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia sepatutnya hanya diterima golongan yang benar-benar terjejas akibat penularan pandemik korona-virus (Covid-19)

“Amat z4lim kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil itu tidak melangkaui batas, adil itu memberi kepada orang yang memang memerlukan.“Jadi biarlah kita salurkan bantuan itu kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada program Sinar Live bertajuk ‘Dari T20 Kepada M20’ hari ini.Program yang dihoskan Haslina AR Kamaludin turut menampilkan seorang lagi tetamu jemputan yang juga bekas juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

Menurutnya, golongan yang tidak terjejas tidak seharusnya menerima bantuan tunai daripada kerajaan.“Saya tidak setuju bantuan-bantuan (kerajaan) kerajaan diberikan secara rambang macam itu. Seharusnya kerajaan perhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan.“Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN,” katanya.

Rohani menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju BPN diberikan kepada kakitangan kerajaan pada program Sinar Live bertajuk Dari T20 Kepada M20′ hari ini.Katanya, kerajaan diminta meneliti perkara itu semula supaya tumpuan dapat diberikan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.

“Saya doakan pihak berkuasa dan ahli politik fikirkanlah perkara ini. Letakkan anda dan keluarga anda dalam situasi mereka (kumpulan yang terjejas) dan anda akan berikan yang terbaik,” katanya.Sementara itu, pada program tersebut, Khairul Anwar berkongsi mengenai Covid-19 mengubah gaya hidupnya dari udara ke darat iaitu dari juruterbang menjadi penghantar makanan.

Menurutnya, akibat hilang pekerjaan wang simpanannya hanya bertahan selama enam bulan.“Justeru saya berterima kasih kepada kerajaan dari segi pelaksanaan moratorium dan memberi bantuan kerana setakat ini dapat menenangkan fikirkan kami serta dapat tidur dengan tenang.“Tapi saya fikir ada lagi bantuan yang boleh disalurkan kerajaan contoh dalam Belanjawan 2021. Mungkin boleh mengambil kami yang kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk masuk ke industri yang lain,” katanya.

Berikut pula reaksi dari orang ramai

“Betul, penjawat awam ialah Penyelenggara Negara. Tetapi tidak semua mereka hidup senang. Lain orang, lain latar belakang sosioekonominya walaupun bekerja dengan Kerajaan. Kalau Kerajaan kata layak terima, ambil sahaja. Kecuali kalau memang ndak mahu atau rasa lebih dari cukup, boleh pulangkan dengan sukarela kepada LHDN.

“Kenapa perlu sebut penjawat awam.? Ko cakap je la semua yg tak terjejas tak payah terima BPN.. Mungkin ramai je yg akan setuju.. Tp bila tuju ke penjawat awam mmg silap la.. Jangan nanti ko datang buat saringan Covid diaorg korek hidung sampai ke medulla oblongata pulak.

“Kena tengok pangkat dan gred gaji penjawat awam itu, kalau gaji x melebihi 3k sebulan seharusnya diberi pertimbangan juga“Bukan semua kakitangan awam bergred 41 ke atas..wlpn mereka kakitangan awam pernah tak dibuat pemgiraan berapa ramai yang dalam kategori miskin bandar..yg terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung keperluan isirumah

“Aku pekerja swasta gak…takder la na memekak hal krajaan bagi apa kat krajaan punya pekerja….Alah dulu mak ayah korang suh kejer krajaan apa ko cakap? ” Gaji krajaan ciput…..” Swasta tu la yg ko banggakan sgt….bila jadi camni lagi nak pertikai apa krajaan punya pekerja dpt ker?… Cehhhh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *