Dilaporkan 73 institusi terpaksa ditutup 7 hingga 20 November. KPM dedahkan institusi yang terlibat di 3 mukim ini dan harap semua maklum

berita

Dilaporkan Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Dungun, Terengganu; Kerian, Perak; dan Port Dickson, Negeri Sembilan, akan ditutup mulai 7 hingga 20 November ini. KPM dalam satu kenyataan, malam tadi, memaklumkan bahawa penutupan itu membabitkan 73 institusi pendidikan di seluruh daerah Dungun, Kerian (91) dan Port Dickson (67).

Ia meliputi sekolah rendah dan menengah, kolej vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian itu.Keputusan itu dibuat susulan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan tiga mukim, iaitu Mukim Rasau di Dungun, Mukim Parit Buntar, Kerian; dan Mukim Jimah, Port Dickson.

“Sekolah dan institusi berasrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang.”Bagaimanapun, pelajar yang ingin kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan itu akan berada bawah penjagaan warden asrama.”Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah serta institusi,” menurut kenyataan berkenaan.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah.Pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, hendaklah mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

Senarai institusi pendidikan yang ditutup di ketiga-tiga daerah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik dalam portal rasmi KPM: www.moe.gov.my serta platform media sosial rasmi KPM.Manual PdP di rumah juga boleh dimuat turun di portal itu. – BERNAMA

Dilaporkan 3 Mukim Di 3 Negeri Ini Akan Dilaksanakan PKPB Pada Sabtu Ini. KKM Dedahkan 3 Mukim Berkenaan Dan Harap Semua Penduduk Di Mukim Yang Terlibat Maklum Dengan Hal Ini

KUALA LUMPUR: Tiga mukim masing-masing di Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Sabtu ini, susulan peningkatan kes COVID-19. Mukim itu adalah Parit Buntar, Perak; Rasau, Dungun, Terengganu; dan Jimah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di mukim Parit Buntar, KKM mengesahkan 12 kes positif COVID-19 setakat kelmarin dan menunjukkan trend peningkatan kes menerusi penilaian risiko.Katanya, Mukim Rasau mempunyai 25 kes positif manakala 11 kes positif dikesan di Mukim Jimah.

“PKPB di Mukim Parit Buntar akan membabitkan 45,359 penduduk dengan 7,847 unit rumah manakala di Mukim Rasau (43,687 penduduk) serta Mukim Jimah (24,540 penduduk).”PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim dinyatakan,” katanya.

MKN Maklumkan Pelaksanakan PKPB Di 3 Tempat Ini Mulai 21 Oktober. DS Ismail Sabri Jelaskan Punca Pelaksanaan Ini Berlaku Dan Harap Semua Maklum

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Pnjara Kepayan, Sabah dan kuarters anggota pegawai di Kampung Matangbai di Kota Kinabalu mulai 21 Okt sehingga 3 Okt ini.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaannya adalah untuk mengawal pergerakan keluar masuk serta memudahkan ujian saringan COVID-19 dijalankan.

“PKPB ini melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 bnduan dan 597 staf pnjara.“Barang keperluan makanan akan diagihkan oleh kerajaan Sabah yang akan dikoordinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bncana,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB di kawasan tersebut adalah sama seperti PKPB di kawasan-kawasan sebelum ini.

Pelajar Disahkan Positif Covid-19, Sekolah di Parit Buntar dan Ipoh Tutup Seminggu

Kenaikan kes Covid-19 dilihat semakin membimbangkan terutamanya di sekolah-sekolah.Baru-baru ini empat buah sekolah di Parit Buntar dan Ipoh diarahkan untuk selama seminggu selepas berlakunya jangkitan Covid-19 lapor kosmo.Keputusan itu diambil setelah empat pelajar daripada sekolah yang terbabit disahkan dihidapi virus itu.

Penutupan sekolah di negeri itu bertujuan sebagai langkah pencegahan awal wabak itu selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)– Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria

Sekolah yang terlibat dengan penutupan itu ialah,  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya, dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Raudhatul Ulum, Klebang Restu, di Ipoh serta SK Tanah Kebun di Parit Buntar.Sekolah yang terlibat ditutup bagi memastikan proses sanitasi dapat dijalankan dalam kadar yang segera.Min harapkan semua berjalan dengan lancar la, sian adik-adik takut kena swab test pula nanti…Gambar Via Bernama

COVID-19: Tiga Lagi Sekolah Di Perak Diarah Tutup

BAGAN SERAI, 19 Okt (Bernama) — Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas.“Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak COVID-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.

Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.— BERNAMA

“Gelombang Ketiga COVID-19 Sememangnya Lebih Mencabar Walau Kita Bersedia…” – KKM

PUTRAJAYA, 19 Okt – Gelombang ketiga wabak COVID-19 di negara ini lebih mencabar meskipun persediaan daripada segi kapasiti dan tindakan kesihatan awam telah dijalankan.Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan berkata, kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) pada permulaan gelombang ketiga pada 20 September lalu adalah 2.2, namun ia menurun kepada 1.5 dalam tempoh empat minggu.“Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran.

“Bagaimanapun, jika dilihat pada carta palang ini, iaitu jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari, didapati ia masih mengikuti garisan unjuran nilai R = 1.5.“Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian COVID-19 masih akan meningkat tetapi bukan secara mendadak,” kata kenyataan tersebut hari ini.Tambahnya, unjuran tersebut amat penting kerana ia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang untuk berusaha mengawal situasi gelombang ketiga tersebut.

“Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan agar kita sekali lagi dapat melandaikan lengkung ini,” tambah kenyataan itu lagi.Nota: Nilai Ro merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh kes positif atau hos virus tersebut.Misalnya, jika nilai Ro adalah 4, ia bermakna bahawa setiap seorang kes positif boleh menyebarkan sakit tersebut kepada empat orang yang lain dalam satu tempoh kebolehjangkitan.

Leher Tinggalkan Kesan Dan Sukar Untuk Bernafas. Influencer Instagram Ini Dikatakan Mempercayai Bahawa COVID19 Merupakan Satu Agenda Palsu Dan Ini Yang Terjadi Kepada Dia

Baru baru ini,seorang influencer terkenal yang tidak percaya akan kewujudan COVID19 dan mendakwa ia sebagai pnipuan,akhirnya hembus nafas terakhir akibat jangkitan tersebut. Dmitry Stuzhuk yang memiliki 1 juta pengikut di IG sempat menceritakan tentang pengalamannya dalam menahn sakit selepas dijangkiti,menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.

Menurut laporan Kompas,Dmitriy dikatakan mendapat jangkitan tersebut ketika berada di Turki dan telah disahkan positif setelah melakukan ujian saringan di sebuah hospital di Ukraine. Dmitriy yang seringkali dilihat gemar mempromosikan gaya hidup sihat itu kemudian dibenarkan keluar dari hospital selepas lapan hari, namun jangkitan itu mengakibatkan dia mengalami komplikasi jantung.

Kemudian dia terpaksa dikejarkan semula ke hospital dan disahkan pergi buat selamanya.Tiga hari lepas, Dmitriy sempat berkongsi pengalamannya dan mengingatkan pengikutnya bahawa COVID-19 bukan sejenis sakit yang akan hilang tanpa tinggalkan kesan jangka panjang kepada orang yang dijangkiti.

Menceritakan dengan terperinci, Dmitriy berkata dia mula merasa tidak sihat pada hari kedua berada di Turki. Lehernya membngkak dan dia mengalami kesukaran bernafas, selain turut disusuli dengan sakit kepala.Keesokan harinya, dia mula batuk namun semua gejala itu tidak diendahkannya kerana menganggap ia kesan daripada bersukan dan perubahan cuaca.Hanya selepas pulang dari Turki, dia memutuskan untuk melakukan ujian saringan dan disahkan positif COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *