Dah lama habis kontrak sejak Ogos 2019. Adibah Noor dedah suatu jenama perkakasan rumah terkenal ini masih menggunakan wajahnya sebagai duta dan sempat pesan warganet untuk berbuat sesuatu ini

artis

Pelajon dan penyanyi Adibah Noor mendedahkan dia tidak lagi menjadi duta kepada sebuah kedai perkakasan ‘buat sendiri’ terkenal tempatan.Menerusi laman sosial Twitter, Adibah memaklumkan kontraknya bersama jenama itu sudah tamat pada Ogos tahun lalu.“Gais gais, nak mintak tolong, boleh? Kalau ada lagi poster, standee I kat kedai barangan buat sendiri tu, boleh tak tangkapkan gambar dan lokasi dan tarikh?

Kalau ada, bagi tau ya. Thanks semua,” tulis Adibah menerusi satu ciapan.Difahamkan jenama tersebut masih lagi menggunakan gambar dan posternya di sesetengah premis mereka meskipun tempoh kontrak sudah tamat.Sehubungan dengan itu, Adibah telah meminta jasa baik pengikutnya untuk mengambil foto jika ada gambar dan posternya yang masih diguna pakai di premis-premis berhampiran sehingga ke hari ini.Tambahnya lagi, dia hanya mahu memperjuangkan hak kerana penggunaan gambar dan poster itu tidak seharusnya berlaku memandangkan dia tidak mendapat bayaran selepas Ogos 2019.

ke ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi informasi dengan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.“Selalu nampak on the way dari Temerloh ke Karak. 2020 pun still ada lagi. Tak silap kat flyover Lanchang ke Karak. Ala PKPB ni tak boleh balik,” kata seorang wargamaya.“Kak, Bandar Permaisuri masih ada. Gambar suruh pakai topeng,” komen seorang wargamaya.“Dekat Seremban beberapa branch saya tengok masih ada, last week pergi sebelum PKPB. sekarang tak pasti la pulak, nak masuk red zone,” luah seorang wargamaya.

“Esok saya usha kat Tesco Setia Alam. Rasanya macam ada lagi je haritu lepas kerajaan dah benarkan kedai hardware beroperasi masa PKP,” tulis seorang wargamaya.“Rasenya dekat AEON bukit raja, Klang ada lagi tak silap, tapi last tengok bulan 5/6 camtu masa PKP, nanti saya ambil gambar pm ke akak kalau pegi sana,” bantu seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, perkongsian Adibah tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka daripada warga Twitter.Terdahulu, Adibah mengikat kontrak sebagai duta bagi jenama perkakasan rumah terkenal itu selama dua tahun bermula pada tahun 2017.

Berang Dengan Pelaksanaan PKPB Oleh Kerajaan Baru Baru Ini. Adibah Noor Luahkan Sesuatu Mengenai Satu Isu Ini Sehingga Mendapat Sambutan Hangat Warganet Dengan Kenyataannya Itu. Rupanya Ini Puncanya.

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor khabarnya kurang senang dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Rentetan kejadian, beliau dilihat tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila pendapatannya kembali tersekat susulan PKPB dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membasmi penularan wabak COVID-19. Menerusi hantaran tweet di laman Twitter miliknya, Adibah memaklumkan beliau baru sahaja mendapat dua kerja di Johor Bahru namun segalanya terpaksa dibatalkan berikutan perintah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang popular dengan sikap profesionalnya itu tampil  menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya, malah tidak ketinggalan mendoakan sesiapa sahaja yang mempersenda, menkritik dan berpuas hati di atas kesusahan orang lain tidak ditimpa kesusahan kelak.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, keputusan pelaksanaan PKPB dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.- BeautifulNara

Baik takyah PKP macam ni. Terkedu Fakhrul UNIC luah rasa kesal melihat keadaan masyarakat yang ambil mudah dengan arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Seperti yang kita tahu sebelum ini. PKPB dilaksanakan di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya. Namun baru baru ini, anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Radhi ada meluahkan rasa kesal terhadap segelintir sikap masyarakat yang ambil mudah terhadap penguatkuasaan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Fakhrul atau nama lengkapnya, Mohd Fakhrul Radi Khamarudin berpendapat, bukan satu tindakan yang baik untuk pulang ke kampung selepas pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun ini turut mendoakan agar semua dilindungi daripada pandemik Covid-19.

“Katanya ramai on the way balik kg..jgn bwk cik marcronah ikut sudah la..hmmm baik takyah pkp camni..korang rasa cane? Ke dah sampai tu huhu..moga selamat semua. #Repost @hmetromy.. “Tinjauan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, #Butterworth. Keadaan trafik dijangka bertambah sesak ke arah utara,

“Apabila ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini. FOTO DANIAL SAAD,” tulis kapsyen yang dikongsikan kembali.

Foto: Instagram Fakhrul UNIC, MediaHiburan

Fuhh sampai macam tu sekali eh tindakan segelintir masyarakat ketika PKPB dilaksanakan. Moga kita semua sentiasa patuh arahan dan sama sama berganding bahu mengelak penularan wabak covid 19. Oleh itu jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk info terkini yang menarik !!!. Terima kasih

Baru sahaja bermula pelaksanaan PKPB tapi laluan masuk ke Shah Alam sudah mengalami kesesakan luar biasa. Rupanya ini punca situasi itu berlaku.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut. SOP dan informasi berkaitan PKPB ini menurutnya akan menyusul tidak lama lagi.

SHAH ALAM, 14 Okt – Dua laluan masuk ke Shah Alam dari Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengalami kesesakan teruk pagi tadi susulan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) oleh polis bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kesesakan trafik hampir satu kilometer di kedua-dua susur masuk di Persimpangan Hicom dari Kesas menuju Shah Alam itu susulan pelaksanaan SJR di Persiaran Kuala Selangor. Jurucakap Kesas ketika dihubungi berkata, kesesakan trafik berkenaan bagaimanapun kembali pulih mulai pukul 10.30 pagi tadi.

Pada masa sama, kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di laluan keluar dari Plaza Tol Setia Alam menghala Subang berikutan SJR yang dilaksanakan di kawasan berkenaan namun ia kembali pulih kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pada Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari bermula hari ini sehingga 27 Okt, berikutan peningkatan kes COVID-19.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *