Tular kononnya Erra Fazira mengadakan pernikahannya tanpa pengetahuan orang ramai. Erra Fazira tampil jelaskan hal sebenar disebalik majlis pernikahan itu.

artis Uncategorized

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakari memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira dan suaminya pagi tadi ketika beliau mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib. Tempiasnya, artis popular tanah air ini, Erra Fazira mendakwa tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon berkenaan majlis akad nikah itu.

Memetik laporan portal media tempatan, sebilangan besar daripada pemanggil yang merupakan kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya bagi mengucapkan tahniah di atas ‘pernikahan’ yang berlangsung pada hari ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang pada awalnya tergamam kerana beliau menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu akhirnya dimaklumkan khabar gembira itu berkaitan dengan seorang lagi wanita yang mempunyai nama yang sama dengannya yang mengikat tali perkahwinan.

Kata penyanyi dan pelakon masyhur itu, sekalipun bukan dia yang bernikah, namun berita gembira mengenai wanita itu yang kebetulan sama nama dengannya itu disambut dengan penuh kesyukuran.“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi ‘Érra Fazira’ lain. Lucu juga bila diingatkan semula,” katanya.

Erra yang pernah melonjak kemasyhuran menerusi filem Sembilu itu, Maria Mariana dan banyak lagi berkata demikian sebagai mengulas laporan berita seorang wanita yang bernama Erra Fazira melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.

Menurut Erra yang juga popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan ‘Érra Fazira’ dan suaminya itu akan dirahmati oleh Allah SWT.“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling kasih-mengasihi antara satu sama lain.“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” ujar Erra, 46, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.Kredit : astroawani

Perkongsian Senator Datuk Seri Dr Mohd Zulkifli Raih Perhatian Ramai. Erra Fazira Selamat Diijabkabulkan Dengan Pasangannya Di Pejabat JAWI Pagi Tadi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali sebagai ‘Erra Fazira’ diijabkabulkan pada hari ini.Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan bukanlah figura ternama tanah air.

“Namun kebetulan namanya sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” tulisnya. Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.”Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.”Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Akhirnya Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Erra Tampil Bongkarkan Hubungan Nya Dengan Shahir. Rupa Rupanya Dlam Diam Ini Status Mereka Buat Warganet Terkejut.

ARTIS ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir. Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih mereka sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.

Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa. “Kami sudah pun move on dengan kehidupan sendiri.” Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan urusan kami,” kata Erra kepada MHE. Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengenai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah. “Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi. Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. Kredit : Astro awani

Artikel berkaitan: “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya. Tapi…,”- Erra Fazira Throwback Kisah Lalu, Kini Bahagia Sama Anak

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria. Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam pertunangan saya. Saya juga pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran.” “Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok, setiap perjalanan yang telah diaturkan itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.

Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran. “Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya.. gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.

“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..” “Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang lebih mengayat hati apabila terpisah dengan anak adalah bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak sendiri.”katanya sambil menangis.

Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton. “Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak, biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak. Yang penting anak saya bahagia.”

“Anak saya harus wajib terima kasih dan sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.” “Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra. Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.

Awie akan imbas kembali percintaan dengan Erra Fazira

“Pada saya kita tak boleh menghalang untuk orang mengimbau, mengenang atau apa saja. Juga membuat spekulasi berkenaan konsert ini. Saya juga tak boleh menghentikan mereka untuk berfikir begitu. Itu terpulang kepada mereka,” kata Datuk Awie mengenai pemilihan penyanyi dan pelakon cantik, Erra Fazira sebagai penyanyi undangan untuk konsert solonya, Romantika yang bakal mengungkit kembali kisah silam mereka.

Konsert sempena sambutan jubli perak 25 tahun pembabitan Awie dalam bidang seni itu akan berlangsung pada 15 Februari tahun hadapan di Stadium Malawati, Shah Alam. Awie, 51, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia sudah memberitahu Erra apa yang ingin disampaikan dalam konsert terbabit nanti.

“Niat di hati saya adalah untuk mengembalikan semula nostalgia itu. Orang lain berhak untuk menilai apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi di akhir konsert itu nanti mereka akan melihat sesuatu. Mereka akan faham apa tugasan yang kami lalui. “Kami juga akan imbas kembali babak percintaan lalu tapi tidaklah ambil 100 peratus apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia hanya akan mengambil detik penting kisah mereka untuk ditampilkan dalam konsert berkonsep drama muzikal itu. “Contohnya, mulanya saya menceburi bidang nyanyian kemudian memperkenalkan Erra. Apabila dia masuk menyanyi, akan diselitkan pula satu drama.

“Menerusi drama ini barulah diperkenalkan penceritaan konsert itu nanti di mana ada babak romantik, tegang, ketawa dan sebagainya. “Lagu yang dipilih pula diambil kira bersesuaian dengan konsert itu. Kalau tiada yang sesuai, kami akan ambil lagu orang lain supaya kena dengan penceritaan konsert ini,” katanya.

Erra, 45, pula berkata, maksud Romantika sendiri sinonim dengan kisah percintaan mereka dan apabila tidak kesampaian, ia menimbulkan tanda tanya ramai. “Sehingga ke hari ini kami masih dihujani dengan pelbagai persoalan kenapa ia tidak menjadi. Ada yang menyuruh saya kahwin dengan Awie dan ia kerja tak masuk akal kerana statusnya sekarang serta mempunyai lima anak.

“Dalam masa sama, kami juga menjadi teladan yang baik kepada orang ramai bahawa jikalau silaturahim atau perhubungan itu tak menjadi, tak bermakna pasangan itu harus bermusuh. Malah mungkin siapa tahu kita boleh jadi kawan yang rapat,” katanya.

Awie pula berkata, konsert itu turut akan menjawab persoalan mengapa hubungan cinta mereka dahulu tidak kesampaian. “Ia bukan sahaja akan dijawab di pentas ini kerana ia hanya sedikit ‘teaser’ untuk saya bawa dalam sebuah filem nanti.

“Biar kita habiskan pada 2020 supaya orang faham,” katanya. Ditanya berkenaan perasaan serta penerimaan isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin terhadap gandingan bersama Erra, katanya, ia berjalan secara baik.

“Semestinya saya kena menjaga kedua-dua belah pihak terutama hati isteri dan anak. “Sebelum buat sesuatu perkara, biarlah saya selesaikan hal di rumah supaya jangan ada isu berbangkit di kemudian hari. “Isteri izinkan demi untuk melaksanakan perniagaan dan konsert ini. Saya amat bersyukur,” katanya.

Awie berkata, isterinya turut meminta diperkenalkan dengan Erra kerana dia mahu bergambar. Sementara itu, Awie memulakan sesi jelajah Konsert Awie Romantika ke selatan bermula hari ini hingga 7 Disember ini. Ia bermula pada jam 4.30 petang di Giant Hypermarket Mall, Senawang dan pada jam 8.30 malam pula di Menara Taming Sari Melaka.

Lokasi lain yang akan dikunjungi mereka ialah Batu Pahat Mall, Johor jam 4.30 petang dan Banafee Village jam 9 malam pada 5 Disember. Jelajah itu akan berakhir dengan sesi bertemu peminat di Angsana Mall Johor Bahru jam 3 petang pada 6 Disember.

“Berduka atau tidak itu adalah cerita saya” – Erra menyesal, anggap persengketaan dengan Umie titik hitam dalam hidup

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira menganggap kontroversi antara dia dengan pelakon Datin Seri Umie Aida sebagai titik hitam dalam hidupnya. Erra atau Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata, dia mengambil isu tersebut secara positif serta melihat ia sebagai pengajaran paling bermakna dalam menjadikan dirinya lebih baik pada masa hadapan.

“Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.”Saya berharap dan tolong mendoakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya hanya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.

“Banyak saya belajar dan ia satu pengajaran yang paling best dalam hidup. Apa yang berlaku, langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ianya bukan pelajaran yang tidak bagus. Semuanya bagus bagi saya,” .Erra jadikan ia sebagai pengajaran. Erra ditemui ketika majlis pelancaran program bual bicara Mingguan Wanita di Bens, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada 13 Jun lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya kecewa sebagai seorang sahabat baik. Menerusi catatannya itu, Umie berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa itu .Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga.

Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka. Erra dan Umie pernah bersahabat baik. Dalam pada itu, apabila ditanya adakah apa yang berlaku melukai hatinya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah memberitahu biarlah rasa duka itu disimpannya sendiri.

“Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal peribadi saya dan saya ada tempat untuk mengadu,” ujarnya.Bagaimanapun perbalahan antara Umie dan Erra akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kini sudah berbaik semula selain turut meminta warganet agar tidak bercakap mengenai hal ini lagi. Umie berkongsi mengenai hal itu menerusi video bertarikh 14 Jun 2019 yang memaparkan kedua-dua mereka saling berpelukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *