Dahulu cergas menebar roti canai. Kini lelaki ini terpaksa berkerusi roda selepas berkebun dan dia disyaki mengalami satu sakit ini

berita

Tazulfakri kini bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak sejak Mei lalu akibat masalah jangkitan kuman tanah. Dulu cergas menebar roti canai, kini berkerusi roda sejak Mei lalu.Tazulfakri Anuar, 49, dari Felda Jengka 23 kini tidak mampu lagi mencari sumber pendapatan buat keluarganya.

Beliau disahkan menghidap sakit berkaitan komplikasi jangkitan kuman tanah atau melioidosis yang menyrang dan melemahkan sistem imun termasuk hati.”Saya tidak pasti bagaimana ia bermula. Mungkin berlaku ketika saya berkebun di ladang mertua di Felda Jengka 23 pada September tahun lepas.

“Selepas berkebun saya lambat mandi dan beberapa jam kemudian saya demam, sakit kepala, muntah dan lemah seluruh badan.”Saya mengalami demam berpanjangan yang tidak sembuh-sembuh dan terpaksa dihantar ke Hospital Jengka dan seterusnya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk didiagnosis sebelum doktor pakar mengesahkan ia berpunca daripada bakteria kuman tanah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tazulfakri kini bergntung dengan kerusi roda untuk bergerak sejak Mei lalu akibat kmplikasi jangkitan kuman tanah.Sejak itu, bapa kepada empat cahaya mata itu menjadi ‘penghuni’ di kedua-dua hospital terbabit secara bergilir-gilir dan kini ke klinik berhampiran setiap sebulan sekali untuk mendapatkan rawatan.

“Sejak Mei lalu saya juga hilang selera makan selama tiga bulan hingga berat badan menyusut daripada 60 kilogram (kg) kepada 45 kg.”Saya terpaksa guna kerusi roda untuk bergerak kerana jika berdiri walau hanya lima minit, saya akan tumbang dan badan serta tangan menjadi kebas.

“Keadaan kesihatan yang semakin merosot menyebabkan saya tidak mampu untuk bekerja,” katanya.Katanya, dia kini terpaksa bergntung dengan kudrat isterinya, Rodziah Md Salleh, 43, untuk mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan di gerai bagi menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak berusia 8 hingga 20 tahun yang masih belajar.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini, boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank (156020469899) atas nama Tazulfakri bin Anuar atau menghubungi talian 017-9136877.

Dikatakan Cucian Kering Boleh Buat Virus COVID19 Hilang. Ini Kenyataan Lanjut Dari Pakar Susulan Isu Ini Mula Menjadi Bualan Ramai

Cucian kering dikatakan mampu membnh virus Covid-19 yang berkemungkinan menempel pada pakaian.SEJAK dunia dilanda pandemik Covid-19, pelbagai informasi mengenai cara mencuci tangan, membersihkan rumah sehingga mencuci pakaian diberikan bagi memastikan wabak itu dapat dihapskan.

Namun, bagaimana pula dengan cucian kering atau dry cleaning? Adakah ia lebih efektif menghps virus, kuman dan bakteria yang melekat pada pakaian?Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu faham bagaimana proses cucian kering itu dilakukan.

Tidak ada petunjuk bahawa terdapat satu kaedah terbaik berbanding yang lain tentang cara mencuci pakaian bagi memtikan virus.Proses ‘dry cleaning’ sendiri sebenarnya dicuci menggunakan pelarut kimia, biasanya perchloretylene sebelum pakaian dikeringkan.Menurut pakar dalam sakit berjangkit, Peter Chin Hong, bahan kimia yang digunakan tidak membnuh virus sebaliknya ia kesan daripada suhu tinggi yang digunakan dalam proses itu.

“Suhu panas yang digunakan ketika menggosok atau ditekan pada fabrik semasa proses cucian kering memtikan virus dan kuman yang menempel padanya. Haba adalah ‘mush’ virus,” katanya.Berdasarkan penyelidikan terbaharu mengenai kaedah cucian pakaian dan Covid-19, tidak ada petunjuk bahawa terdapat satu kaedah terbaik berbanding yang lain.

Sebaliknya proses mencuci menggunakan suhu yang tepat dapat mematikan kuman dan virus.Suhu air yang tepat mampu memtikan virus bukan teknik cucian.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, virus selesema akan mti pada suhu melebihi 75 darjah celcius manakala bagi memtikan virus Covid-19 pada fabrik dicadangkan 60 darjah celcius selama 20 minit.

“Tidak ada bukti mengatakan cucian kering lebih baik atau kurang efektif dalam membunh koronavirus berbanding cucian tangan atau mesin basuh di rumah,” ujarnya.Dalam kata lain, kita tidak perlu membawa pakaian ke kedai dobi untuk cucian kering bagi membunuh virus.Sebaliknya, ia boleh dilakukan di rumah, asalkan menggunakan serbuk pencuci yang cukup serta menggunakan air dengan suhu tepat bagi membunuh kuman dan virus.

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *