Dahulu aktif dalam dunia industri seni kini Zul Yahya berani mengambil risiko dengan meneruskan punca rezekinya dengan membuka satu perniagaan ini

artis

Selepas pendakwah Ustaz Ebit Lew, kini pelakon Zul Yahya pula menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.Sejak beberapa hari lalu, Zul Yahya sudah mula memberitahu tentang persiapan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart itu di laman sosial medianya di Instagram.

Menurut Zul, perniagaan memerlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak pernah putus.”Kami belum baik, baru belajar sedikit demi sedikit untuk perkara-perkara baik seperti ini. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa istiqamah, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah, rezeki akan ikut menyusul.” tulisnya menerusi sebuah entri.Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul Yahya memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya untuk perniagaannya itu.Ada juga yang berbangga kerana lebih ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam.

Sedar Tak Sedar Dah Timang Anak Yang Keenam. Zul Yahya Kongsi Berita Gembira Selepas Timang Cahaya Mata Keenam Dan Ucapan Istimewa Buat Isteri

Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata yang keenam pada hari Jumaat yang lalu. Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.

Pada masa yang sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz. Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram. Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan kata-kata istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya itu.

“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah. Foto: Instagram Zul Yahya

‘Cari kerja lainlah yang lebih berkat’ – Zul Yahya

PELAKON Zul Yahya, 47, menyeru pekerja industri filem dan drama kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mengubah punca rezeki mereka selama ini.Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di Instagram TV (iGTV), Zul berkata, sudah tiba masanya mereka melakukan suatu peralihan dalam kehidupan mereka untuk mencari nafkah hidup yang lebih berkat di sisi Allah.

“Jom ubah kehidupan kita. Industri kini (hiburan) tidaklah seperti yang dibayangkan,malah ianya juga kurang keberkatan dan tidaklah peroleh banyak pun (wang) dan pasti akan sentiasa rasa tidak pernah cukup.

“Nasib kru (pekerja belakang tabir) yang kerja begitu susah tidaklah mengikut tempat. Kadang-kadang pihak atasan tak nampak pengorbanan ini. Apa yang mereka nampak adalah keuntungan yang bakal mereka perolehi,” katanya. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tidak memandang serius soal keberkatan hidup.

Katanya, apa yang ditayangkan pun sudahlah tidak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk mengambil peluang untuk ubah cara hidup masing-masing dan undur diri didalam dunia industri.”Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tidak disediakan. Insurans ada yang boleh disediakan, dan ada juga yang tidak mampu untuk menampungnya. Jadi, hadirnya Covid-19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan kita selama ini.

“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan jangan mengalah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini tidak berjaya,” katanya.Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya menceburi kerjaya seni selama 20 tahun.

Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad untuk mengundur diri dan meninggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki yang lebih berkat. Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Zul Yahya raih tumpuan

PELAKON Zul Yahya, 46, tidak mengharapkan maklum balas dari pihak masyarakat apabila membersih dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru, Ipoh, yang tular baru-baru ini. Pelakon yang popular itu menerusi siri drama Pepaya itu meraih tumpuan ramai apabila bertindak untuk membersihkan sampah-sarap di kawasan terbabit sendirian.

Zul ketika dihubungi berkata, dia sememangnya sedar apa yang dilakukannya sebelum ini tidak memberi kesedaran dan bertindak membuat keputusan sedemikian. “Dari dulu sehinggalah sekarang perkara ini masih tidak mempunyai respon. Cakap banyak kali pun masih sama juga kerana itu adalah akhlak masing-masing. Saya bercakap berkenaan akhlak manusia. Saya juga buat apa yang termampu. Ibarat saya mahu tandas saya bersih, tidak mungkinlah saya mengharapkan orang lain yang melakukannya.

“Saya cuci dan tunjukkan saya nak tandas saya bersih seperti ini, kemudian saya suruh orang yang bertindak untuk melakukannya. Kalau mereka tidak lakukan juga, bermakna mentaliti mereka memang teruk,” katanya. Zul yang kini bergelar usahawan berkata, tujuannya adalah memupuk kesedaran pada manusia betapa pentingnya menjaga kebersihan yang menjadi asas hidup.

“Hidup kita sekarang pada zaman gajet, semuanya nak glamour. Apa yang dipandang hanyalah perkara glamour. Saya semua orang bangun dan sedarlah terutama golongan muda supaya menjaga kebersihan masing-masing kerana ia adalah asas kualiti hidup. Kalau tak bersih bermakna ia pemalas dan orang malas tiada hala tuju dalam hidup mereka sendiri. Ia juga merupakan asas utama mereka,” katanya.

Tindakan Zul melakukan kerja pembersihan ini dikesan seorang individu bernama Mohd Hairuddin yang merakam video dan kemudiannya memuat naik di Facebook. “Semalam Zul memberitahu bahawa banyak sampah di kawasan Mcdonalds Meru. Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda,” tulis Mohd Hairuddin. Hantaran video ini dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan dan rata-rata warganet memuji usaha dan tindakan murni pelakon tersebut.

Zul berkata, dia sendiri asalnya orang miskin tetapi sudah diajar menjaga kebersihan sejak kecil lagi. “Rumah buruk juga tapi ibu bapa saya ajar kalau boleh rumah sentiasa bersih dan tempat tidur juga wajib sentiasa kemas.“Ini yang perlu ditekankan dalam masyarakat kita. Saya tak pasti sama ada orang suka mahupun tidak dengan perbuatan saya. Saya bukannya nak menunjuk yang saya baik dan semua manusia juga tidaklah terlalu sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menyuntik kesedaran di dalam diri sendiri serta masyarakat bahawa pentingnya menjaga kebersihan.“Itu menunjukkan akhlak, pemikiran dan hala tuju kita pada zaman kini. Kalau boleh biarlah seluruh hidup kita bersih dan mempunyai sikap untuk bertindak.

“Saya perasan ada yang kata soal kebersihan adalah urusan pekerja majlis perbandaran, tapi bilangan mereka haruslah dititikberatkan. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan yang besar. Takkanlah masih nak mengharapkan dia untuk memberikan kebaikan terhadap keburukan kita pada setiap hari? Untuk apa mengharapkan orang lain buat sedangkan kita juga masih berupaya untuk melakukannya sendiri,” katanya.

Menerusi laman Facebook miliknya pula, Zul turut memberi nasihat kepada orang awam supaya menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.“Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti. 20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama lebih dua jam,” tulisnya.-mymetro

Rezeki artis tak berkat? Johan As’ari jawab pandangan Zul Yahya – “Cukup kalau kita kerja kerana Allah, direstui ibu bapa dan tahu ia halal”

Sejak beberapa hari lalu, dunia hiburan seakan menerima tamparan hebat selepas pelakon senior Zul Yahya mengajak penggiat industri agar meninggalkan kerjaya masing-masing. Kata Zul, 47, sudah tiba masanya pekerja industri filem dan drama dalam kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mencari sumber pendapatan yang lebih diberkati Allah.

Dek kerana itu, maka ramai juga anak-anak seni yang menyuarakan pendapat mereka kerana tidak bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Zul. Bagaimanapun pelakon Johan As’ari dilihat tenang dengan seruan Zul dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Sebenarnya apabila saya selami kembali seruan Zul itu, saya dapat merasakan ia bersifat kasih sayang. Dia kasihan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja belakang tabir yang mengalami kesukaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. “Jadi rasanya tidak perlu kita menyalahkan mana-mana bidang pekerjaan, yang penting kerja yang dilakukan itu halal,” kata Johan kepada mStar.

Perkongsian Zul Yahya di Instagram menerima pelbagai respons. Johan berkongsi pandangannya menerusi rancangan mStar Live di Facebook pada Rabu lalu. Ujar pelakon filem Juvana ini lagi, soal keberkatan itu sebenarnya bergantung kepada niat seseorang itu.

“Tak wajar untuk kita menyama-ratakan semua pekerja industri hiburan. Soal isu keberkatan ini lebih baik kita tepuk dada dan tanyalah hati masing-masing.”Keberkatan itu pasti dirasai apabila kita gembira dengan hasil kerja sendiri dan yang paling penting janganlah pernah ada prasangka buruk terhadap sesiapa,” tambah Johan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *