Tular perkongsian lelaki ini gaji pembantu rumah lebih lumayan berbanding jurutera. Lelaki ini bernai bongkarkan gaji pembantu rumah serta punca gaji mereka tinggi

Viral

Seperti yang kita maklum,pekerjaan sebagai pembantu rumah sering dipandang rendah oleh segelintir masyarakat oleh kerana mereka ini bekerja tanpa henti dan dibayar dengan gaji yang rendah. Namun begitu,di FB seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Amir Zain mendedahkan jumlah pendapatan bagi seorang pembantu rumah yang sudah pasti mengejutkan ramai orang

Gaji RM 3k-3.5k sebulan

Menerusi perbualannya di Whatsapp bersama pembantu rumah itu menunjukkan bakal pembantu rumahnya meminta gaji sebanyak RM3,000 sebulan atas alasan mempunyai permit sendiri.Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah. On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina. Mengikut dapatan, mereka mempunyai track record cemerlang (komunikasi, professionalism, patuh, attitude etc.). Kebanyakkan mereka beragama Kristian. Mereka wajib diberi 1 hari cuti setiap minggu.

Tentang gaji mereka pula, untuk yang sudah berada di Malaysia, gaji mereka ialah RM3000 – RM3500. (waived kos permit).Tinggi betul gaji. Ini bukan main-main. Gaji ini still ini on-demand dan ada majikan yang nak hire.Dengan benchmark baru ini, masih tak ada sumber manusia tempatan ke? RM3000 bersih kot. Saya percaya suatu hari nanti kita boleh tukar landscape kerja pembantu rumah ni ada KWSP, SOCSO,

Jelas lelaki itu, walaupon pembantu rumah ini demand gaji yang agak tinggi, namun masih terdapat majikan yang sanggup membayar pembantu rumah ini kerana mereka ini mempunyai latar belakang yang bagus.Tambahan pula, tidak mustahil jika satu hari nanti pekerjaan pembantu rumah akan menjadi pekerjaan pilihan golongan muda atas dasar gaji yang ditawarkan.

Kaji semula.Manakala di Twitter, hangat diperbincangkan mengenai jumlah pendapatan seorang pembantu rumah. Pemuda yang dikenali sebagai Khairul Azri, meminta supaya kerajaan mengkaji semula gaji graduan tempatan yang sudah tidak lagi relevan. Jika, seorang pembantu rumah mampu meraih gaji sebanyak RM3,000 sebulan kenapa gaji seorang jurutera masih di tampuk lama iaitu RM1,800. Bayangkan?Tambahan pula, dia turut menjelaskan graduan Malaysia multi-skill dan mampu bertutur dalam pelbagai bahasa setaraf seperti pembantu rumah Filipina.

Isu Guna Cuti Tahunan Atau Cuti Tanpa Gaji. Menteri Sumber Manusia Jelaskan Isu Ini Dan Harap Pihak Majikan Dan Pekerja Ambil Berat Perihal Tersebut

Untuk makluman,pembayaran gaji untuk pekerja yang diarahkan bekerja dari rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hendaiklah dibayar seperti biasa. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, mana mana majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji.

“Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika PKP pada Mac lalu.“Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil untuk kepentingan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan PKPB diarahkan untuk bekerja dari rumah seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada kelmarin.Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Kajian KKM Mendapati 50.2% Pesakit Covid-19 Tidak Bergejala Pada Masa Mereka Dikesan Positif

Kajian terbaharu Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) mendapati 50.2% pesakit Covid-19 tidak bergejala ketika di kesan positif. Kajian ini melibatkan 5,889 pesakit itu juga mendapati, 1.1% dalam keadaan tent ketika dikesan positif.Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan keadaan klinikal pesakit Covid-19 semasa dikesan. Hal ini akan membantu orang ramai agar lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Berdasarkan infografik di bawah menunjukkan terdapat 1 daripada 2 pesakit Covid-19 adalah tanpa gejala pada masa mereka dikesan positif. Bukan itu sahaja, gejala yang kerap dikesan apabila dijangkit Covid-19 adalah batuk, sakit tekak dan deman.Pihak KKM juga menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka di tempat awam untuk lindungi diri, bahkan secara tidak langsung untuk orang lain.Sumber: KKM

Pekerja restoran positif Covid-19

BANGI – Seorang pekerja sebuah restoran di Kompleks PKNS Bangi disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan pada Isnin lalu.PKNS Real Estate (Prec) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja warga Indonesia itu tidak berada di Kompleks PKNS Bangi sejak 15 Oktober lalu.”Restoran Cempaka Rimba kini telah ditutup dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh akan dilakukan malam ini.

“Pihak pengurusan bangunan sentiasa memantau keadaan semasa dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.Jelasnya, pihaknya akan terus memberi makluman terkini serta hebahan sewajarnya kepada pelanggan, penyewa, pengunjung serta komuniti secara amnya.

8 Kluster Baharu Dicatatkan Untuk Hari Ini. Terkini KKM Dedahkan Punca Kluster Baru Ini Berlaku Dan Harap Semua Ambil Perhatian Akan Kes Ini

Putrajaya, 21 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat lapan kluster baru COVID-19 dilaporkan hari ini.Kluster tersebut melibatkan negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Berikut merupakan ringkasan lapan kluster tersebut:

Kluster Basung.Kluster ini libatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.Sebanyak 19 kes positif dikesan melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di Kudat.Sehingga hari ini, seramai 174 individu disaring di mana 19 positif, 148 negatif dan 7 masih menunggu keputusan.

Kluster Inai. Kudat, Sabah.Kes indeks ialah kes 17,773 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020.Telah dimasukkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di PPR Taman Ihsan Kota Belud.Saringan kontak rapat mendapati 7 lagi positif. Seramai 92 individu telah disaring, 8 positif manakala 84 masih menunggu keputusan.

Kluster Tempayan.Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.Kes indeks, kes ke-11,619 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala 1 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.Hasil saringan mendapati seramai 18 lagi positif COVID-19.Seramai 21 individu telah disaring di mana 19 positif, satu negatif dan satu lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Long.Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Klang, Kepong.Kes indeks, kes ke-16,746 telah dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 17 kontak rapat didapati positif. Sehingga kini, seramai 301 individu telah disaring di mana 18 positif, 260 negatif dan 23 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Cahaya.Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan.Kes indeks, kes ke-20,394 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 17 lagi kes positif. Seramai 84 individu telah disaring, 18 positif, 3 negatif dan 63 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Kota.Sepang, Seremban.Kes indeks, kes ke-17,988 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Hasil saringan kontak rapat mendapati 9 lagi positif. Sehingga kini, seramai 171 individu disaring di mana 10 positif, dan 161 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Melati.Titiwangsa, Klang.Kes indeks 18,002 positif hasil saringan individu bergejala 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Saringan kontak rapat mendapati 8 lagi positif.Sehingga 21 Okt, seramai 24 individu telah disaring, 9 positif manakala 15 lagi sedang menunggu keputusan.

Kluster Bina Labuan.WP Labuan.Kes indeks, kes ke-22,943 telah dikesan positif hasil saringan kemasukan ke hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama.Saringan kontak rapat mendapati 4 positif. Seramai 60 individu telah disaring di mana 5 positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.Sumber: KKM

TERKINI: 732 Kes Baharu COVID-19 Dan 6 Kes Pemergian Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 732 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 22,657 kes secara keseluruhan.

Daripada 732 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 724 merupakan kes tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 31 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 580 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 14,931 kes.KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 199 kes atau bersamaan dengan 0.87% secara keseluruhannya.Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *