Santai sahaja Hairul Azreen jawab kritikan warganet isu anak cakap inggeris. Hairul Azreen dedahkan punca sebenar bahasa tersebut dipraktikkan dalam komunikasi keluarganya

artis

Pelakon Hairul Azreen atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris, 32, mengakui dia tidak mempunyai formula spesifik dalam mendidik dua anaknya, Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 1 tahun 6 bulan.Sebaliknya, bintang filem Wira ini hanya berazam untuk memberikan yang terbaik buat permata hati bersama sokongan isteri, pelakon Hanis Zalikha.

Terdahulu, gelagat anak bongsunya, Alisa yang petah menyebut beberapa perkataan selain faham dengan kata-kata ibunya mendapat perhatian pengguna Instagram.“Saya tidaklah terlalu arif mengenai soal keibubapaan, cuma setahu sayalah, setiap anak ada cara pembesaran masing-masing.

“Malah saya juga punyai ramai anak buah. Daripada situ, ada di antara mereka yang boleh bercakap, bertatih pada peringkat usia yang masih awal dan begitu juga sebaliknya.“Akan tetapi saya percaya, sokongan ibu bapa juga penting dalam perkembangan anak-anak. Setiap ibu bapa pasti ada cara masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

“Isteri pun banyak membantu dan kami saling menyokong,” katanya.Ditanya mengenai pandangan sesetengah warganet yang mempersoalkan isu penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap dalam komunikasi keluarganya, Hairul menjelaskan ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

“Saya sebelum ini tidak fasih berbahasa Inggeris. Rasa menyesal bila tidak belajar bahasa tersebut secara serius dulu.“Di rumah, kami kerap bercakap dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu. Macam saya sendiri, impian memang kalau boleh nak berlakon sampai ke Hollywood.“Jadi saya juga turut ikuti kelas Bahasa Inggeris sejak setahun lalu. Bagi saya, ia bahasa yang penting, misalnya dalam sektor pekerjaan, sosial dan sebagainya.

“Apa pun, ia bergantung kepada cara ibu bapa juga. Cuma macam kami, hal itu bukanlah sehingga menidakkan bahasa sendiri.“Cuma saya kurang ni pandai… jadi saya mahu didik anak saya supaya fasih berbahasa Inggeris selain bahasa sendiri.“Pada masa sama, saya pun turut sedang belajar bahasa tersebut.“Saya hanya nak lakukan yang terbaik untuk mereka, lagi banyak kelebihan andai kita tahu bahasa kedua,” jelasnya lagi.Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.

Syukur Kesihatan Ibu Makin Membaik Dan Boleh Keluar Dari Hospital . Hairul Azreen Kongsi Pula Sambutan Hari Jadi Bersama Isteri Dengan Bermain Permainan Ini

Beberapa hari yang lalu,pelakon tanah air Hairul Azreen berkongsi sedih tentang ibunya yang dimasukkan ke hospital akibat str0k namun begitu semalam ibunya dikatkan sudah boleh keluar daripada hospital dan tahap kesihatannya semakin baik. “Alhamdulilah Mak dah boleh keluar, btw thank you ramai yang doakan mak saya cepat sembuh Alhamdulilah dgn izin Allah selepas 5 hari mak saya sihat & boleh bawa keluar.

“Thank you DM saya pasal urut, ubat-ubat dan supplement untuk str0ke. Saya sangat hargai. love guys yang semua ambil berat pasal family saya,” tulis Hairul.Hari ini pula Hairul menyambut hari kelahiran isterinya, Hanis Zalikha yang ke 30 tahun. Berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, kali ini mereka menyambut bersama dengan bermain badminton.

“Happy Birthday to my forever partner Hanis Zalikha yang ke 30 tahun. Inilah muka kita pada tahun 2020. Inilah partner sehidup semati saya, inilah partner business saya, inilah partner yang sama besarkan anak-anak.”Inilah partner yang selalu support saya. Hari ni 9 October 2020 dia jadi partner badminton saya pulak. I love you very strong ayang,” tulis Hairul buat isterinya yang tercinta.Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Berkongsi Sekeping Gambar Ibunya Sedang Berehat Di Hopital Selepas Dikatakan Alami Sakit Ini. Hairul Azreen Mohon Orang Ramai Doakan Ibunya Supaya Cepat Sembuh

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya awal pagi tadi, hero filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi sekeping gambar ibunya yang sedang berehat di hospital.Pada perkongsian tersebut, Hairul memberitahu ibunya mengalami str0k serta tekanan darh tinggi.”Mak saya kena str0ke, tekanan darh tinggi.

Doa mak saya sihat. Lepak berdua dengan mak kat hospital,” tulis Hairul Azreen pada kapsyen gambar tersebut.Difahamkan, ibu Khairul Azreen, Habsah Desa telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court sejak empat hari lalu. Ramai teman selebriti dan peminat yang turut mendoakan kesihatan ibu Hairul Azreen.Hairul Azreen Idris berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan mereka kini telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.-gmpk

Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Sepenuhnya. Warganet Nekad Kritik Satu Rakaman Video Hanis Zalikha Sampai Dia Pula Dikritik Dengan Warganet Yang Lain

Pelakon dan hos, Hanis Zalika ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang berkongsi satu resepi makanan sarapan pagi menerusi Instagram. Berkongsi resipi mudah, Hanis turut mengakui mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.

“Siapa nak cuba resepi ni untuk breakfast? Blueberries kan selalu orang buat makan camtu je atau paling2 letak dalam yoghurt atau cake. Macam mana kita nak bagi seisi rumah makan blueberries setiap hari. “I came up with this recipe and kitorang semua sangat sangat suka, nak makan setiap pagi! Senang nak buat and boleh simpan banyak. Pagi-pagi sapu je kat roti!

“If you’re like me jenis suka combination savoury (masin) & sweet (manis), akan terasa yummy yummy sangat dish ni. Kita namakan dia Cheesy Blueberry Garlic Spread! Hanis guna blueberries dari US Highbush Blueberries.

“So setiap hari ada tambahan vitamins & mineral intake untuk seisi keluarga! #USHighbushBlueberries #YourBerryBestFriend @littlebluedynamos,” tulisnya. Menerusi rakaman video berkenaan, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini kelihatan bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Lantas, terdapat seorang individu yang memberi kritikan terhadap perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini. “Tak tau gunakan bahasa Malaysia ke..,” tulis individu terbabit di ruangan komen. Bagaimanpun, terdapat respon peminat lain yang memberi reaksi tindakan individu tersebut. Video: Instagram Hanis Zalikha

Sebak Lihat Pencapaian Anak. Hanis Zalikha Bongkarkan Anak Dia Sudah Pandai Membuat Sesuatu Ini Sampai Warganet Pun Kagum Dengan Telatah Anak Dia

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai. Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya. Baru-baru ini perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk. Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada waraganet turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.-rotikaya

Akhirnya terbongkar jantina anak Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja.

Akhirnya terbongkar jantina ank Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja. PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin. Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. “Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga. “Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. “Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,” katanya. Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *