Ramai yang sanggup beli secara talian dan melalui e dagang. KKM bongkarkan 8 tips utama yang perlu anda tahu sebelum membeli ubat di atas talian

berita

Macam yang sedia kita tahu,betapa pesatnya perkembangan dunia semasa kini apabila semua yang boleh dihasilkan dan dipasarkan hanya melalui sitem dalam talian. Janji janji indah dan manis mula meniti dari setiap penjual yang ingin membuktikan keberkesanan produk segera mereka. Dapat juga dilihat,promosi yang dijalankan dengan penuh kreativiti yang mampu memberikan prospek sebuah harapan untuk diri mereka. Pelbagai produk yang telah diiklankan secara komersial dan meluas di laman laman media sosiaal popular seperti FB,IG,Youtube,Twitter dan laman web e-dagang yang lain.

Prihatin dengan tren perubahan pembelian ubat dari kaedah konvensional ke kaedah melalui dalam talian, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Perkhidmatan Farmasi menggiatkan kempen kesedaran waspada pembelian ubat online.Kempen ini bermatlamat meningkatkan kesedaran orang awam dan penjual ubat dalam talian tentang risiko pembelian dan penjualan ubat melalui dalam talian.

Apakah tindakan pihak KKM dalam menangani penjualan & pengiklanan ubat dalam talian?Teknologi Internet sedia ada memungkinkan pelbagai produk diiklankan melalui dalam talian termasuklah ubat-ubatan.Menyedari perkara ini, Program Perkhidmatan Farmasi telah mengambil inisiatif untuk meneruskan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklan

Antara objektif kempen adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang risiko pembelian ubat dalam talian dan memastikan penjual ubat dalam talian menjual ubat berdaftar dan iklannya mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat .Melalui kempen ini orang awam diminta untuk tinggalkan komen #biarbetuliklanni pada ruang komen penjual ubat yang mengiklankan ubat dengan tuntutan perubatan yang tidak munasabah. Ini secara langsung akan meningkatkan kewaspadaan dalam kalangan warga maya untuk lebih berhati-hati dan tidak terus membeli ubat yang dilihat oleh mereka dalam talian

Risiko pembelian ubat dalam talian.Tidak dinafikan, pembelian ubat dalam talian mungkin lebih cepat dan mudah. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat risiko yang mungkin anda hadapi apabila membeli ubat dalam talian?Antara risikonya adalah:Sumber diragui,Ubat tiruan,ubat tidak berdaftar,sc4m,iklan yang meragukan,iklan tiada kelulusan Lembaga Iklan Ubat contohnya yang membuat tuntutan merawat dan mencegah pnyakit Covid, iklan ubat kuat, ubat kurus dan merawat pnyakit teruk ,kesan sampingan ubat,nasihat daripada individu tidak berpengetahuan atau tiada tauliah

Tip pembelian ubat dalam talian?Ramai penjual ubat di Internet yang mendkwa ubat mereka lulus KKM. Kami nasihatkan kepada anda jangan terus percaya. Apa-apapun semak terlebih dahulu sebelum beli. Berikut adalah tip pembelian ubat dalam talian yang KKM ingin kongsikan dengan anda:

1. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai sakit teruk sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar 2. Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan mempunyai pelekat keselamatan hologram. Semak pendaftaran ubat

di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.i https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

3. Jangan beli ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).4. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara5. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan (Contoh: KKLIU 1234/2020)

6. Jangan terpdaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis terutamanya melibatkan sakit sakit teruk dan peningkatan sksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain.7. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan

8. Kenalpasti premis fizikal penjual yang membuat penjualan dalam talian dan PASTIKAN ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Maklumat lanjut berkenaan tip, video, poster berkaitan waspada pembelian ubat online, sila imbas kod QR di atas.https://www.youtube.com/embed/iL_QCt5MH5Q?feature=oembed

Apakah tindakan pihak berkuasa dalam menangani penjualan & pengiklanan ubat dalam talian?Hakikatnya memang tindakan penguatkuasaan diambil dari semasa ke semasa. Tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM merangkumi penglibatan antarabangsa dalam Ops Pangea.

Operasi Pangea adalah satu aktiviti bersepadu antara pihak berkuasa di seluruh negara dalam membanteras penjualan ubat tidak berdaftar dalam talian.Selain itu, aktiviti srbuan, pemeriksaan di pintu masuk negara, saringan rutin iklan perubatan di Internet termasuklah di media sosial dan platform e-dagang, pendkwaan kes dan aktiviti kesedaran turut dijalankan.

Kerjasama dengan agensi regulatori lain juga turut dijalankan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terutamanya melibatkan sekatan laman web. Tindakan yang diambil adalah bermatlamat bagi memelihara orang awam daripada terdedah dengan produk tidak berdaftar dan juga iklan-iklan ubat yang palsu dan mengelirukan.

Apakah pesanan BPFKKM kepada penjual-penjual ubat online?Peringatan kepada penjual produk kesihatan dalam talian serta mana-mana selebriti yang membuat review produk atau founder:Jadi penjual yang bertanggungjawab.Sebagai penjual, anda perlu patuh kepada undang-undang sedia ada. Pastikan anda menjual ubat yang berdaftar dan dapatkan kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU). Iklan yang telah diluluskan oleh LIU adalah iklan ubat yang telah ditapis dan melalui proses semakan dan segala maklumat yang tertera adalah boleh dipercayai dan disokong dengan bukti yang sahih.

Iklan yang telah diluluskan akan diberikan dengan nombor KKLIU (Contoh: KKLIU 1234/2020) yang wajib dipaparkan pada iklan yang disiarkan.Jangan risikokan keselamatan dan tahap kesihatan pelanggan anda dengan menjual produk yang tidak berdaftar dengan KKM dan tidak mendapat kelulusan daripada LIU.

Produk yang tidak berdaftar mungkin mengandungi bahan terkawal atau bahan terlrang. Antara bahan yang sering dicampur bagi mendapatkan kesan yang pantas adalah seperti Sildenafil dan analog (bagi tujuan perangsang sks), Sibutramine (ubat pelangsing) dan Sterid (ubat tahan sakit).

Ubat terkawal tak boleh dijual oleh individu yang tidak dilesenkan. Ubat terkawal (sekiranya berdaftar, No. MAL diakhiri dengan huruf A) adalah ubat yang dikawal melalui peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racn 1952.Sebelum mengusahakan suatu produk, pastikan anda telah menyemak status ubat-ubatan di www.npra.gov.my.

Rujuk panduan kepada industri pengiklanan produk kesihatan. Pengusaha juga diminta ambil tahu akan perkara-perkara berikut:1. Iklan ubat berkaitan rawatan/pencegahan dan diagnosis terhadap 20 jenis sakit , pil ggr, peningkatan fungsi jantung/buah pinggang dan peningkatan fungsi & prestasi seksual adalah tidak dibenarkan untuk diiklankan.

2. Iklan ubat yang mempunyai tuntutan perubatan perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) sebelum ia disiarkan.3. Produk dikelaskan sebagai ‘BUKAN UBAT’ atau MAKANAN tidak boleh membuat akuan perubatan.4. Produk dikelaskan sebagai ‘BUKAN UBAT’ atau MAKANAN tidak boleh memperaku bahawa ia telah MENDAPAT KELULUSAN KKM.

5. Produk dikelaskan sebagai KOSMETIK (mempunyai nombor notifikasi; contohnya NOT12345678K) tidak boleh membuat iklan melampaui skop takrifan kosmetik (contoh: spray untuk sakit sendi, produk titis mata, minyak angin untuk sakit lutut).

Jika anda ingin dapatkan kepastian, ataupun sebarang pertanyaan lanjut berkaitan iklan ubat ataupun sebarang aduan, anda boleh mengajukan soalan/aduan anda kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM melalui https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do.Kepada selebriti pula, sila rujuk Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan.

Berikut adalah kesalahan yang boleh disabitkan jika didapati bersalah:Penjual yang menjual produk tidak berdaftar jika bersalah boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi RM25,000 dan atau pnjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama untuk individu dan tidak melebihi RM50,000 dan atau pnjara tidak melebihi 5 tahun bagi kesalahan seterusnya.

Manakala bagi syarikat denda tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM100,000 bagi kesalahan berikutnya (Akta Jualan Ddh 1952).Selain itu, penjual yang mengiklankan ubat tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau pnjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM5,000 atau pnjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya (Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956).

Berwaspadalah terhadap produk kesihatan yang dijual secara dalam talian. Sentiasa pastikan kesahihan dan ketulenan produk yang anda jual atau beli. Berhati-hatilah dalam memilih produk kesihatan kerana sekiranya salah pilih ia boleh mengundang bahaya kepada diri anda dan juga kepada pembeli.

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari www.pharmacy.gov.my atau telefon 03-78413200 atau hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di 1-800-88-6722. Sila ikuti akaun Facebook Program Perkhidmatan Farmasi KKM untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan isu-isu farmasi.#biarbetuliklanni#jualubatberdaftar #KKLIUadabaruOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *