Ramai yang ambil ringan hal ini. KPDNHEP mula ambil tindakan terhadap restoran yang menjual air Milo dan Nescafe palsu kepada pelanggan dan dedahkan denda yang dikenakan

berita

Nak tanya. Korang pernah tak bila pergi restoran order Milo ke tapi bila dapat rasa macam air koko? Mesti pernah punya kan. Kalau korang nak tahu,korang ada hak nak laporkan isu air palsu ini dekat pihak berkuasa. Terbaru, atas aduan orang ramai berkenaan isu ini,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah memulakan pemeriksaan kepada restoran yang menjual minuman seperti Milo atau Nescafe tetapi dihidangkan dengan jenama dan kualiti yang lain.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, perlakuan tersebut jelas menunjukkan kegiatan perihal dagangan palsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh restoran.Tambahnya lagi, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 apabila menu yang dipaparkan di restoran mengandungi penyataan palsu dan mengelirukan pelanggan.Periksa 881 peniaga dan restoran.Jadi apa yang KPDHNEP dah buat bila dapat aduan macam ni?

Menurut Iskandar Halim, anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan ke atas 881 premis kedai makan dan restoran di seluruh negara sejak 7 Oktober hingga 27 Oktober. Sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut dijalankan, terdapat dua kes di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 direkod kerana menggunakan perihal dagangan palsu iaitu penggunaan ‘Milo’ yang diganti dengan minuman lain.

“Pemeriksaan ini diteruskan bagi memastikan semua premis restoran atau kedai makan mematuhi arahan yang dikuatkuasakan dan seterusnya melahirkan peniaga yang beretika,”Beliau juga mengingatkan sekiranya premis restoran atau kedai makan didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM250,000.Haa mana yang nak ganti ke campur air dengan jenama lain tu bawalah bertaubat. Air Milo segelas RM2.50 tak pasal-pasal kena saman RM250,000. 

Isteri Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Nasib Baiklah warganet Baik Hati Nak Tolong!

Wanita hamil ada macam-macam ragamnya. Antara ragam paling suami-suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam-macam. Nak makan itu, ini… kesian pulak kan!Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari nasi lemak yang dihidangkan atas flight AirAsia untuk isterinya yang sedang hamil. Persoalannya macam mana dia nak dapatkan nasi lemak tu sebab ia hanya dijual kat atas pesawat je? Uish payah gak tu.

“B… nasi lemak AirAsia ada jual kat luar ke?” Bakal bapa anak yang ketiga ni sempat juga share perbualannya di WhatsApp dengan isteri yang mengidam nasi lemak AirAsia aka Nasi Lemak Pak Nasser tu. Korang yang pernah order ni mesti tahu kan Nasi Lemak Pak Nasser memang power habiss! Bayangkan lah ibu mengandung pun boleh mengidam nasi lemak ni.

“Isteri encik nak fly dengan AirAsia sebenarnya…”Tweet yang di post oleh Azham tu tak sangka pulak tular sampai dapat perhatian Twitter AirAsia. Tapi reply dari AirAsia ni mungkin merungkai apa yang sebenarnya isteri Azham ni nak. Nak babymoon agaknya tu bang… Lagi romantik bila Azham balas dengan bertanya flight mana yang tengah murah sekarang sebab dia sanggup nak bawa isterinya naik AirAsia demi puaskan craving nasi lemak tu. Amboi sweetnya suami macam ni! 

Problem solved! Ramai warganet yang sudi nak membantu.Tapi syukurlah Azham dan isterinya yang sudah 7 bulan hamil tu tak perlu sampai naik flight demi dapatkan sebungkus nasi lemak. Ramai di kalangan warganet yang PM bakal bapa ni dan tawarkan kalau dia orang boleh belikan nasi lemak tu masa naik flight AirAsia nanti. Untunglah! 

Macam manapun dengarnya melalui update terbaru pagi ni, si suami macam nak booked je flight AirAsia semata-mata nak penuhi rasa mengidam si isteri. Ewahhh macam lagu Ragaman Faizal Tahir pulak ye bang! Apa-apapun semoga berbahagia selalu ye! Admin doakan craving si isteri tu pun dapat dipenuhi. Sweet angat dapat suami macam ni. Hiks! 

Penerbangan Air Asia Ditangguhkan, Pramugari Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang

Penerbangan ditangguhkan? Mesti ramai buat muka monyok apabila mendengarnya. Tapi bayangkan kalau ada hiburan lain yang mampu membunuh masa anda yang terbuang semasa menunggu penerbangan yang seterusnya… Mesti best kan? Menurut World of Buzz, penumpang yang menaiki penerbangan Air Asia dari Hong Kong ke Bangkok pada Julai lepas telah mengalami kelewatan. Namun semuanya tidak menjadi masalah apabila mereka dihiburkan dengan persembahan istimewa dari krew penerbangan tersebut.

Wah makin menarik Air Asia sekarang ni ye!Salah seorang penumpang Air Asia, Kornchanok Benchapongsa telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan seorang pramugari Thai yang jelita sedang menghiburkan penumpang dengan menyanyikan dua buah lagu. Nak tonjol bakat terpendam ni! Sebelum dia mula menyanyi, seorang pramugara lain melalui sistem interkom telah memperkenalkannya dan memberitahu bahawa dia bakal menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para penumpang yang bosan.

Tanpa berlengah lagi, dia mengambil alih interkom tersebut dan mula memainkan sebuah lagu latar dari telefon pintarnya. Pramugari tersebut bermula dengan menyanyikan sebuah lagu Thai untuk penumpang Thai di dalam penerbangan tersebut dan mengakhirinya nyanyiannya dengan senyuman yang menawan. Kesemua penumpang bertepuk tangan tanda terhibur dengan lagu yang dibawanya.

Alahai mesti cair abang-abang dalam kapal terbang tu tengok dia! Rakaman video yang kedua pula menunjukkan pramugari yang serupa sambung menyanyi sebuah lagu Inggeris iaitu “I’m Yours” dari penyanyi terkenal Jason Mraz. Nyanyiannya sekali lagi mendapat tepukan gemuruh dari penumpang penerbangan itu. Berbakat sungguh pramugari Air Asia ni! 

Dua rakaman tersebut telah tular di media sosial dan netizen sudah semestinya terpukau dengan kecantikan pramugari tersebut dan memuji nyanyiannya yang menghiburkan.Komen salah seorang warganet, “Dia bukan saja ada wajah yang jelita tapi suaranya juga manis didengar!”

CEO Air Asia Dipuji warganet Kerana Tidak Lokek Bantu Anak Kapal Bersihkan Pesawat

Siapa sangka walaupun sudah bergelar CEO, Tony Fernandes sanggup turun padang untuk membantu krewnya di kapal terbang?Melalui perkongsian video oleh Tony sendiri di laman Facebook, beliau dilihat seperti cleaner mengutip sampah sarap dari penumpang dalam kapal terbang miliknya.

Tony langsung tidak kelihatan kekok, malah menurutnya tujuan dia melakukan hal itu adalah untuk menghargai anak kapalnya yang sedang sibuk.Audrey senyap-senyap merakam ini dan siarkannya. Saya sedang membantu krew yang sibuk di pesawat dan hari ini merupakan International Cabin Crew Day. Kepada semua krew kabin di seluruh dunia terutamanya krew kabin saya, terima kasih atas kerja keras anda dan membuat penerbangan begitu mengujakan.” 

Gaya selamba Tony telah mendapat pelbagai komen positif dari warganet yang rata-rata sangat terinspirasi serta memuji sikap Tony yang sentiasa menunjukkan tauladan baik kepada pekerjanya.Anda tak pernah gagal dalam membuat saya kagum dan terus menghormati anda. Andalah bos yang semua orang dambakan dalam organisasi mereka.”

Tony, tahniah kerana menjadi salah seorang CEO yang dihormati, sanggup turun padang untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pekerja.” Andalah contoh yang sempurna untuk seorang bos yang baik dan bagaimana seorang bos patut bertindak.” Tahniah Tony Fernandes! Semoga sikap terpuji anda sentiasa menjadi inspirasi buat semua. 

Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kritikan warganet

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka baru berusia 21 tahun tapi kini seorang kapten termuda LRT?Menerusi perkongsian CEO Prasarana Malaysia, Azmi Abdul Aziz di laman Twitter, Nur Aina yang berasal dari Sekinchan adalah antara kapten Aliran Transit Ringan (LRT) termuda di Prasarana.Memperkenalkan Cik Nur Aina. Pada usia 21 tahun, dia adalah antara kapten termuda LRT dalam pasukan kami.”

Azmi dengan bangganya memuatnaik gambar Aina dengan uniform merahnya dan menceritakan kisah Aina yang begitu terpesona dengan keretapi sehingga minat tersebut berubah menjadi kerjaya.Aina selalu mengambil LRT untuk ke tempat kerja di sebuah restoran makanan segera dekat Ampang. Sejak dari itu, dia menjadi sangat terpesona dengan keretapi.” 

“Aina yang berasal dari Sekinchan ini telah melambangkan kepelbagaian tenaga kerja yang kami ada di Prasarana dan kami sangat berbangga dengan perbezaan ini,” tambahnya lagi.Sungguhpun kisah Aina ini sepatutnya menjadi inspirasi buat remaja masa kini yang kian terbeban dengan pengangguran dan masalah sosial yang semakin berleluasa. Namun perkongsian ini ditafsir sebaliknya oleh segelintir netizen.

Ramai yang mengutuk Aina kononnya dialah penyebab kepada masalah kelewatan pengangkutan awam yang sering berlaku dan ada pula yang mengeluarkan komen seksis dengan mengatakan tren lewat sampai kerana Aina sibuk bersolek dan memakai tudung. Korang ni dah kenapa??

Ada juga di antara warganet yang ragu-ragu dengan kebolehan Aina yang masih lagi muda dan bagaimana dengan mudah dia mendapat jawatan setinggi itu. Pun begitu, nasib baiklah ada di antara pengguna Twitter yang memperbetulkan pandangan serong warganet dengan mengatakan Aina telah berusaha bersungguh-sunguh untuk sampai ke tahap itu. Jeleslah tu!

Hello! Tak semestinya kerana dia seorang perempuan muda, dia tidak berpengalaman dan tidak layak dipandang hebat sama seperti kapten LRT lelaki yang lain. Aina sudah pastinya telah berusaha sehabis baik dan wajar diberikan pujian atas kejayaan yang dia kecapi sekarang. Jadi tak perlulah mereka yang berfikiran negatif itu mempertikaikannya lagi.Semoga terus maju jaya, Aina! Anda inspirasi buat kami semua. Abaikan kata-kata orang. You go girl!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *