Ramai acap kali migrain sampai tak tahu nak buat apa. KKM akhirnya kongsi cara untuk elakkan migrain daripada berlaku dan berikut 6 tips utama

berita

Migrain merupakan sakit kepala yang datang secara tiba tiba terhadap seseorang secara berulang kali. Mengikut kebiasaan, sakit migrain hanya dirasai pada bahagian sebelah kepala sahaja. Boleh dikatakan, ramai juga yang pernah mengalami perkara tersebut.

Pun begitu, terdapat juga cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain daripada terus ‘menghantui’ diri anda. Menerusi perkongsian di laman Twitter KKMalaysia, terdapat 6 petua yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain. Pertama, elakkan minuman tinggi kafein,2. Elakkan stres,3. Elakkan makanan masin, proses, berkeju,4. Tidur dan rehat secukupnya,5. Bersenam,6. Pengambilan diet seimbang

Isu Bahan Yang Terkandung Dalam Sosej. KKM Bongkarkan Sesuatu Berkaitan Sosej Yang Boleh Mengakibatkan Penyakit Berbahaya Ini Tanpa Anda Sedar

Tidak dinafikan, kanak-kanak memang gemar menikmati sosej daging ataupun ayam sebagai hidangan mereka. Selain dijual murah, sosej juga mudah didapati di kedai-kedai runcit mahu pun pasar raya besar,. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja, pasti hidangan yang simple dan senang dimasak ini pilihan utama mereka.

Namun hakikatnya, ramai ibu bapa tidak tahu akan kesan yang bakal berlaku terhadap anak-anak yang kerap makan sosej. Rasa sosej ini memang sedap tapi untuk jangka panjang, ia boleh mengundang sakit yang merbahaya tanpa kita sedari!

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengurangkan pengambilan sosej khususnya buat hidangan makanan untuk anak-anak. Tahukah anda pengambilan sosej dapat meningkat risiko obesiti dan sakit usus?

Ramai antara kita menganggap sosej mengandungi daging atau ayam segar. Tapi sebenarnya, sosej merupakan makanan diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu, di mana lemak ini dapat meningkatkan risiko kansr.

Menurut sumber lain, Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis bahawa kanak-kanak yang gemar makan sosej berpotensi mendapat sakit berbahaya serta sakit jantung terutamanya kanak-kanak yang menghidap penyakit leukaem1a.Selain itu, sosej juga memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi. Jika ibu mengandung makan secara berlebihan, ianya dapat memberi kesan kepada kandungannya. Makanan ini mengandungan asid lemak yang tidak baik dan menghasilkan kolestrol dalam darh.

Sumber:lobakmerah dan KKM

Isu Lapisan Fabrik Pelitup Muka. KKM Bongkarkan Kebenaran Tentang Pelitup Muka Ini Dan Diharap Semua Rakyat Ambil Perhatian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kemas kini dan laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa pelitup muka fabrik satu atau dua lapis tidak berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Sebaliknya, KKM menyarankan orang ramai membeli pelitup muka fabrik tiga lapis. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, dalam sidang media harianya semalam.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020.Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan selain mengamalkan penjarakkan sosial serta menjaga kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Sumber: KKM

Vaksin Covid19. Malaysia Berkemungkinan Memperoleh Akses Vaksin Covid19 Dari China Sekiranya KKM Memastikan Sesuatu Ini

Pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan Covid-19.KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin mendapat akses vaksin koronavirus (Covid-19) dari China sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam membantu pembangunan vaksin virus itu dengan menjalinkan sains diplomasi dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin virus itu.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan Covid-19.

Khairy berkata, ini bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin Covid-19 apabila ia dihasilkan memandangkan negara buat masa ini tidak ada kemudahan pembuatan vaksin ke atas manusia. “Malaysia juga sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak negara China berkenaan pembangunan vaksin oleh syarikat dan institusi dari negara itu. China sekarang mempunyai beberapa syarikat dan institusi yang sudah sampai ke tahap yang ke hadapan.

“Esok petang saya dijadual mengadakan sidang video bersama rakan sejawat saya di China berkenaan hal ini termasuk kemungkinan Malaysia mendapat akses kepada vaksin dari China sekiranya Kementerian Kesihatan mendapati ia sesuai, selamat dan berkesan untuk digunakan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai peranan MOSTI dalam membantu usaha pembangunan vaksin Covid-19 di peringkat antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai fasiliti pembuatan vaksin.

Khairy berkata, MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dan penyertaan sebagai ahli gabungan itu membolehkan negara mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan. “CEPI juga komited kepada pengagihan vaksin secara adil terbuka dengan kos yang sederhana untuk seluruh dunia,” katanya. – Bernama

Konsep Uber Untuk Khidmat Kesihatan Dirumah Bakal Diperkenalkan. KKM Beri Penjelasan Lanjut Mengenai Isu Ini

Konsep ‘Uber’ untuk khidmat kesihatan di rumah akan diperkenal
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian berkonsepkan ‘Uber’ untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, platform itu akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka selepas ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan ujian makmal seperti ujian cecair merah, perkhidmatan pesakit luar bukan kec3masan, perkhidmatan penjagaan luka yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang, katanya.

“Ini merupakan uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM yang bertujuan memantapkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan,” katanya pada majlis amanat Menteri Kesihatan bagi warga KKM di kementerian itu di sini hari ini. Majlis tersebut turut dipancarkan secara langsung ke semua Jabatan Kesihatan negeri. Difahamkan, konsep tersebut dipertimbangkan kerana KKM menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menjalani rawatan bulanan di rumah. Dr Adham berkata, caj bayaran bergantung pada jenis perkhidmatan yang diberikan serta jarak pejabat pengamal perubatan ke rumah pesakit. Beliau berkata, uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM merupakan antara tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional Malaysia Sihat Bagi Memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat.

“KKM sedang dalam proses merangka dan meneliti perkara-perkara berkaitan perniagaan teras dan pengurusan kementerian melalui satu dokumen atau pelan yang diistilahkan sebagai ‘New Deals’ KKM atau tawaran baharu KKM untuk diguna pakai sebagai hala tuju,” katanya. Antara yang disenaraikan di bawah tawaran baharu KKM ialah pendigitalan perkhidmatan jagaan kesihatan, penyumberluaran perkhidmatan kesihatan, pengukuhan kesiapsiagaan terhadap wabak, bncana alam sekitar dan kecemsan perubatan serta pengukuhan sistem pembiayaan kesihatan, katanya. Ketika berucap, Dr Adham merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, barisan pegawainya dan petugas barisan hadapan yang komited menangani wabak Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa rakyat. “Anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat tanpa mengira l3lah demi kesejahteraan negara sehingga berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” katanya. – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *