Muncul sebagai penghias muka depan majalah Cina. Neelofa seakan sudah bagi petunjuk berniqab dan ternyata dia artis pertama berlitup muncul sebagai penghias muka depan majalah tersebut

artis

Tiada siapa yang dapat menyangka walaupun sudah mengenakan niqab, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa menjadi artis pertama yang tutup berlitup muncul sebagai penghias muka depan majalah berbahasa Cina, Citta Bella bagi edisi November.Walaupun sesi fotografi ini dilakukan sebelum dia membuat keputusan berniqab, namun segala konsep sesi fotografi datang daripada pengacara itu sendiri. Mungkin dia dah tahu majalah ini akan keluar ketika dia sudah mula berniqab.

Shoot sebelum berniqab. Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.

Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sesi fotografi pada awal Oktober.Menurut pihak majalah Citta, pihak mereka sangat menghormati keputusan Neelofa untuk berniqab. Pihak mereka turut mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang bakal pelakon itu lalui. Dalam pada itu Citta Bella turut memberi mesej bahawa kecantikan bukan saja secara luaran tapi juga dalaman.

Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua.

Ibu tempat saya mengadu.Dalam menghadapi kritikan buruk dari warganet, saya akan marah tetapi saya belajar untuk tidak mengambil secara serius komen kerana semua ini akan berlalu. Sejujurnya saya tidak begitu menikmati kehidupan saya yang sentiasa di bawah perhatian orang ramai.

Menerusi temubual eksklusif bersama majalah Citta, Neelofa menberitahu dia tidak selesa apabila segala apa yang dilakukan akan menjadi perhatian. Jika ada kesilapan dilakukan, pasti mendapat kritikan warganet. Namun menurutnya lagi, keadaan ini dia sudah lali sejak bergelar selebriti.Apabila ditanya apa yang dilakukannya setiap kali berhadapan dengan kritikan warganet, Neelofa memberitahu bahawa ibunya adalah tempat dia meluah perasaan dikala menghadapi masa yang sukar.

Saya sangat menghormati ibu saya, jadi setiap kali saya menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan, saya akan jumpa dia secepat mungkin. Dia selalu tahu bagaimana menyedarkan saya. Saya juga akan pergi  bermain dengan anak buah saya untuk melupakan semua masalah saya.Neelofa akui hidupnya lebih tenang selepas dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif. Apa yang lebih penting adalah memajukan perniagaan tudungnya agar bertambah maju dan berjaya.Sumber :Cittabella

Neelofa Sanggup Lepaskan Sesuatu Yang Paling Dia Suka Demi Penghijrahannya. Terkedu Bila Neelofa Kongsikan Ujian Yang Dilaluinya Dalam Satu Sesi Live Bersempena Maulidur Rasul.

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa tidak pernah terfikir berniqab memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kepada kaum wanita. Bagaimanapun Neelofa berkata, selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh dia sanggup mengvrbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang mudah. 

“Semua wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik. “Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun. 

“Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya kvrbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini,” katanya ketika sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul. Neelofa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz membawakan perkongsian mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita. Menurut Neelofa, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga. 

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga. 

“Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga. 

“Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya. “Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah,” katanya. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berniqab. Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.- HMETRO

Ingatkan buat live pasal pengumuman nikah rupa rupanya buat live tentang Maulidur Rasul. Mengejutkan bila benda ni yang warganet perasan.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan bersempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal. Amalan sambutan ini bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salah satu tanda sesorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran baginda, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh baginda. Mengambil kira hari penting ini, selebriti terkenal negara, Neelofa telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siaran langsung melalui Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa.

Perkongsian lebih kurang satu jam itu padat dengan pengisian yang boleh diambil pengajaran, antaranya:- 1. Peringatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah. 2. Maksud sunnah iaitu percakapan, perbuatan, dan perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah.

3. Memulakan pagi dengan menyebut serta memuji Allah. 4. Wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga dengan 4 syarat. 5. Dunia ini adalah perhisan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Acara live tersebut ditonton kira-kira 30,000 penonton secara dalam talian.

Rata-rata komen yang ditinggalkan ketika sesi live itu berterima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta memuji kefahaman ilmu yang dimiliki Neelofa. Min juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, dan sama-sama kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : HOTFM

Lepas Jadi Buah Mulut Ramai Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Bongkarkan Punca Dia Berpurdah. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

Selebriti dan pengacara popular, Neelofa, 31, mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab. Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.

“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya.

“Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang. “Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan mengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.

Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara, Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang tadi.

Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab. “Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja.

“Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai. “Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” katanya.

Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan. “Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja

“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” katanya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik. “Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.

“Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *