Air masuk rumah keluarga. Enot luah rasa sedih dan dedah habis rosak barang nak kenduri kahwin adik lelakinya yang baru bernikah

artis

Pelawak dan pelakon , Enot berkongsi berita sedih apabila rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan dilanda banjir teruk malam tadi.Ketika dihubungi Gempak, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 42, berkata, air memasuki rumah keluarganya di Kampung Batu 3, Mambau sehingga ke paras dada.

“Banjir tengah malam tadi. Tahu-tahu sahaja air dah penuh, naik paras dada. Nasib baik malam tadi adik tak kerja, ada dengan mak (mak tiri).”Kalau dia seorang diri lagilah, menangis,” ceritanya.Jelas Enot lagi, paling menyedihkan banyak barangan keperluan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin adik lelakinya yang baru bernikah musnh.

“Kenduri kahwin patut buat hari itu, tapi kes meningkat, tak jadi. Jadi, beras dan barang-barang masih ada banyak lagi, habis semua (rosak). Habis rosak set katil kahwin baru.”Ingat nak tunggu buat bulan Disember bila keadaan dah okay, tapi dah jadi macam ni memang tak ada lah kenduri,” katanya.

Begitupun, menurut Enot air sudah mulai surut pagi tadi sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan.”Air dah surut pagi ini, mereka tengah mencuci.”Nasib kakak yang tinggal di Senawang boleh balik tolong mak bersihkan rumah sebab saya nak balik tak boleh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram Enot turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan rumah keluarganya yang dilanda banjir.

“Saya sudah pulih, bukan semakin sakit” – Enot disangka kembali sakit teruk

TINDAKAN pelakon dan pelawak Enot berkongsi foto ketika dirinya sedang mendrita knser usus tiga tahun lalu di Instagram miliknya mengundang salah faham apabila ramai menyangka dia sedang sakit.Sebaliknya kata Enot, dia kini sudah sihat dan bebas dari sakit itu dan perkongsiannya itu sekadar menceritakan pengalamannya melawn sakit itu sebelum ini.

“Assalamualaikum, maaf ya, gambar yang saya post sebelum ini, itu adalah gambar #throwback saya masa sakit dan bukannya saya makin sakit.”Saya dah sihat, Alhamdulillah. saya dah sihat dan aktif berlakon balik… Jadi jangan risau okay, cuma doakan saya makin kuat, sihat, berjaya, bahagia dan kaya hahaha,” tulisnya di Instagram.

Menerusi status tersebut, Enot mendedahkan dia pernah menghidap sakit teruk usus pada 2013 dan berita itu benar-benar menghncurkan jiwa dan raganya sehingga dia menjadi buntu.Enot menjelaskan dirinya sudah bebas daripada sakit tersebut

Bagaimanapun kata Enot, dia mula tersedar bahawa dia perlu melwan sakit itu demi anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatiannya sebagai ibu. Dalam pada itu, Enot berkata, dia berharap tiada pihak yang bertanya mengenai pendritaannya sebelum ini kerana ia perkara yang tidak ingin diingatinya lagi.

Malah dia turut berharap sekiranya ada di antara pengikutnya yang menghidapi sakit itu agar terus berfikiran positif dan kuat untuk melawn sakit mereka.”Alhamdulillah semuanya sudah berakhir tiga tahun lepas… Jadi jangan ada lagi yang bertanyakan tentang sakit saya. Pemulihan untuk melupakan kesakitan itu tidak semudah yang disangka,” ujarnya.Sementara itu, Enot berkata, tahun ini dia ingin kembali aktif dalam bidang seni dan yakin 2019 akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepadanya.

Syarikat Pelangsingan Badan Diminta Tidak Guna Foto Enot

Pelawak Enot meminta agar syarikat pelangsingan badan iaitu Izeara tidak menggunakan gambar-gambarnya selepas kontrak dia sebagai duta produk itu selama enam bulan tamat pada 1 Disember tahun lalu.Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 38, berkata, perkara tersebut akan mengelirukan pembeli yang masih menganggap dia sebagai duta produk ubat kurus berkenaan.

“Saya nak jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi duta kepada produk ubat kurus Izeara sejak 1 Disember lalu, saya kesal pihak syarikat masih menggunakan gambar-gambar saya untuk menjual produk mereka.”Saya sudah beberapa kali menegur, namun mereka masih tidak ambil peduli. Lagi satu, kenyataan mereka bahawa saya ditamatkan kontrak juga silap, sebenarnya kontrak saya memang sudah tamat pada Disember,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Enot berkata, dia menolak tawaran untuk menyambung kontrak menjadi duta produk tersebut berikutan komitmen yang terlalu tinggi.Dia mengakui agak sukar untuk menurunkan berat badan secara mendadak ketika menjadi duta produk berkenaan.”Saya turun berat badan lebih 40 kilogram iaitu daripada 140 kilogram hingga sekarang sudah 100 kilogram. Pihak mereka ada tawarkan untuk sambung kontrak namun saya tolak.

“Saya ada rancangan sendiri pada tahun ini dan bukan senang sebenarnya jadi duta produk kerana terlalu banyak komitmen terutamanya dari segi menjaga hati ramai pihak.”Sekarang dah bebas daripada tanggungjawab itu saya lega kerana saya ada tabiat yang kalau stress akan makan banyak,” ujarnya.Dalam pada itu, Enot berkata, dia kini sibuk dengan perniagaan pakaian bersaiz besar dengan jenama Gajjah By Enot.

Katanya, dia mendapat idea untuk menghasilkan pakaian itu berikutan pengalamannya yang sukar mencari pakaian sesuai.”Setakat ini saya baru sahaja keluar dengan pelbagai jenis kardigen untuk wanita bersaiz besar. Saya dapat idea untuk buat pakaian ini kerana pengalaman sendiri.”Orang berbadan besar ini perlu pakaian daripada kain tertentu yang menyerap peluh kerana kami kerap berpeluh,” ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Enot sudah hampir dua tahun tidak mendapat sebarang tawaran lakonan.Dia berharap ada pihak produksi yang sudi untuk memanggilnya semula berlakon drama mereka.”Saya harap tahun ini ada pihak produksi sudi ambil saya berlakon semula kerana saya betul-betul rindu mahu kembali berlakon.”Saya faham mereka takut nak panggil saya kerana menyangka saya masih sakit, namun saya sudah sihat sekarang dan boleh kembali aktif,” ujarnya.Tags/Kata Kunci:

Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap sakit teruk

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, jadual lakonannya kembali padat sejak Ramadan lalu biarpun sebelum ini hampir dua tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.”Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai sakit saya disiarkan media.

“Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak,” katanya kepada mStar Online. Tambah Enot, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak berhubung keadaan kesihatannya dan selagi terdaya dia akan terus berlakon demi menyara keluarganya.

“Saya tidak mahu menjadikan knser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya,” katanya.Dalam pada itu, Enot berkata, biarpun sudah berhenti daripada membuat rawatan susulan kimoterapi dan radioterapi bagi melawn knsrnya namun keadaannya kini semakin baik selepas beralih kepada kaedah rawatan alternatif.

Jelas Enot, biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur sakitnya akan pulih.”Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif,” katanya.

Doktor beri Kata-Kata negatif Terhadap Enot

Enot redha dan pasrah dengan sakit teruk usus yang dihidapinya.
PETALING JAYA: Pelakon Enot membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan sakit tersebut ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang memberi kata-kata negatifterhadapnya.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati sakit tersebut.”Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadp dia sanggup memberikan kata-kata negatif yang melukakan perasaan saya.

“Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi jelah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbk sahaja muka dia ketika itu,” katanya kepada mStar Online.Bagaimanapun, Enot turut mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.

Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami sakit tersebut.Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

“Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.”Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga,” katanya.

Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.”Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.”Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *