Ada yang sanggup gunakan identiti dirinya. Hetty Sarlene sanggup buat macam ni ke atas akaun IG palsu yang gunakan identitinya

artis

Pelakon dan juga penyanyi,Hetty Sarlene menegaskan bahawa dirinya tidak akan teragak agak untuk membuat laporan polis terhadap mana mana pihak yang cuba menymar dengan menggunakan identiti dirinya di media sosial. Kata Hetty atau nama sebenarnya Hetty Sarlene Abdul Hamid,36 dia hanya mempunyai satu akaun IG sahaja yang digunakan iaitu @hettysarlene_oakes.

“Perhatian kepada semua. Saya hanya mempunyai satu akaun Instagram original iaitu hettysarlene_oakes.”Saya sedang membuat pemantauan dan membuat laporan ke atas semua akaun palsu. Saya juga akan membuat laporan polis mengenainya,” katanya.Perkara itu dikongsikan bekas bintang Gegar Vaganza musim kelima menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpdaya untuk mengikuti akaun lain yang menggunakan namanya.”Jangan follow akaun palsu. Ini adalah satu-satunya akaun asli,” tegasnya.Sehingga kini akaun Instagram tersebut mempunyai seramai lebih 114,000 pengikut.Akaun tersebut turut disertakan dengan verification badge dengan logo biru pada hujung namanya.Baru-baru ini, pelawak Jep Sepahtu juga berdepan situasi sama apabila terdapat akaun media sosial yang cuba memperdaya orang ramai menggunakan identitinya.

Tahniah! Hetty Sarlene hamil anak pertama selepas empat tahun berkahwin – “Setiap keajaiban ambil masa untuk tiba”

SELEPAS empat tahun berkahwin, penyanyi Hetty Sarlene akhirnya mengumumkan dia dan suaminya, Dani Aaqil bakal menimang cahaya mata pertama.Hetty, 36, berkata, berita gembira itu merupakan hadiah sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka yang bakal disambut minggu hadapan.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu hadapan dan untuk menjadikan lebih teruja sambutan kali ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal timang cahaya mata pertama.”Ini menjelaskan mengapa saya berdiam (aktiviti seni) buat seketika,” kata Hetty.

Hetty dan suami teruja nak sambut kelahiran cahaya mata mereka.Hetty berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik foto bersama suaminya di laman Instagram miliknya pada Selasa.Cerita Hetty, dia mengalami alahan yang teruk pada tiga bulan pertama usia kandungannya.Bagaimanapun, dia mengambil serius nasihat agar mendapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum menyambut kehadiran ahli baru.

“Saya berdepan dengan muntah-muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi.”Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Setiap keajaiban pun ambil masa untuk tiba,” ujarnya

Saya berdepan dengan muntah-muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi.

Menerusi foto tersebut memperlihatkan Hetty dan suaminya memegang papan hitam bertulis Januari 2021 merupakan jangkaan dirinya akan melahirkan bayi sulung mereka.Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganetn yang juga mendoakan agar segala urusan Hetty sekeluarga dipermudahkan.

Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.Sebelum ini, penyanyi lagu Sangsi Asmara itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.

Hetty Sarlene jawab isu gambar ‘mesra’ di Bangkok

HAMPIR setahun pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini ‘mendiamkan’ diri. Setelah muncul di dalam drama bersiri Pasrah dan filem Evolusi KL Drift tahun lalu, nama Hetty Sarlene terus ‘suram’. Namun, nama heroin drama Sembilu Kasih ini kembali hangat baru-baru ini setelah tersebarnya gambar ‘mesra’ dia bersama seorang lelaki di Bangkok.

Kemesraan gambar yang dikatakan agak ‘intim’ itu apatah lagi ada juga gambar mereka bersama di dalam bilik hotel menguatkan andaian ramai yang merasakan jejaka itu adalah kekasih Hetty.Sekitar akhir 2007, pelakon berusia 25 tahun ini pernah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pramugara. Malah, dalam tempoh dia ‘menyepikan’ diri seketika, ada juga yang membuat andaian bahawa Hetty telah pun berkahwin.

Berpeluang berbual dengan Hetty baru-baru ini, dia hanya ketawa kecil sebaik kisah itu dibangkitkan. Mengakui perkara itu pasti akan ditimbulkan oleh media, kata Hetty, dia sendiri tidak menyalahkan mereka yang beranggapan negatif kepada dirinya setelah melihat gambar-gambar itu di Internet.

Walaupun gambar-gambar itu bukannya menampilkan aksi ‘panas’, tetapi Hetty akui impak yang terkena pada dirinya juga cukup hebat.”Saya terpaksa terima saja kritikan-kritikan tersebut. Saya akui, silap saya juga hingga tersebarnya gambar tersebut. Ramai orang menyangka bahawa saya hanya berdua saja ke Bangkok berdasarkan gambar-gambar itu.

“Tetapi, ingin saya jelaskan di sini bahawa saya ke sana turut disertai oleh ibu dan adik saya serta ibu dan adik ‘rakan’ saya itu. Kami ke sana sekitar tahun lalu.”Gambar-gambar itu diletakkan di dalam Facebook adiknya. Mungkin dari situ ada yang ambil gambar tersebut dan disebarkan,” tutur Hetty yang kini dilihat semakin kurus.Ditanya adakah jejaka di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya, Hetty seboleh mungkin cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan itu.

“Saya kalau boleh tidak mahu berbicara tentang hal peribadi lagi. Sejak dulu lagi apa saja cerita tentang saya dalam akhbar atau majalah, pasti berkenaan tentang cinta.”Memang saya sedar macam-macam cerita yang timbul sejak kebelakangan ini…ada yang kata saya berkahwin la. Apa yang boleh saya katakan, lelaki di dalam gambar itu adalah ‘teman rapat’ saya.

“Tetapi, saya tak mahu cakap lebih-lebih lah tentang hubungan kami ini,” tutur Hetty tentang jejaka tersebut yang difahamkan adalah pramugara yang dikatakan adalah kekasih Hetty dulu.Dulu heroin, kini watak sampingan.Sambil bijak mengalih topik kepada perkembangan karier seninya, kata Hetty, dia kini sedang bersemangat untuk bergiat aktif semula sebagai pelakon di negara ini.

Sambil menafikan dia membawa diri ke Singapura, kata Hetty, dia tidak pernah menyepikan diri seperti yang dirasakan oleh banyak pihak.”Setelah kontrak saya dengan Skop Productions tamat awal tahun lalu, saya ambil keputusan untuk berehat seketika dan pulang ke Singapura. Ketika di sana, saya mendapat banyak tawaran berlakon untuk produksi sana.

“Jadi, sepanjang tempoh tersebut, saya memang banyak berlakon di Singapura. Ini pun saya baru saja selesai ‘shooting’ drama Anak Adam terbitan Media Corp Singapura.”Memang saya tidak nafikan, ada beberapa tawaran filem dan drama dari produksi Malaysia untuk saya ketika itu, tetapi memandangkan saya sudah terikat dengan komitmen di sana, saya terpaksa tolak tawaran-tawaran tersebut.

“Alhamdulillah, nampaknya rezeki untuk saya terus berlakon di sini masih ada apabila Shamsul Yusof tawarkan saya untuk terus pegang watak Vee di dalam filem Evolusi KL Drift 2.”Penggambaran akan bermula awal Februari ini dan Insya-Allah, selepas tamatnya penggambaran filem tersebut nanti, Datuk Yusof Haslam turut tawarkan saya untuk menjayakan sebuah drama bersiri 26 episod,” kata Hetty yang juga turut muncul di dalam tiga buah episod Gerak Khas musim baru.

Mengulas tentang karektornya kini yang lebih kepada watak sampingan, tidak seperti di awal kemunculannya di dalam bidang lakonan yang mana Hetty sering ditawarkan watak utama, kata pelakon itu, dia tidak langsung mempunyai masalah tentang hal tersebut.”Watak utama atau pun sampingan, itu adalah rezeki. Bagi saya, yang penting kita mampu bawa watak yang diberikan dengan baik. Walaupun watak sampingan, jika kita meletakkan kesungguhan, ia pasti tetap tinggalkan impak tersendiri,” tutur Hetty.

Di dalam filem Evolusi KL Drift 2, Hetty turut bergandingan bersama pelakon-pelakon asal filem tersebut iaitu Shamsul, Farid Kamil, Aaron Aziz serta dua pelakon baru filem itu, Scha dan Remy Ishak.Ditanya pula tentang karier nyanyiannya, Hetty yang pernah merakamkan tiga buah album bersama syarikat rakamannya NSR akui cukup rindu untuk kembali bergelar seorang penyanyi.

“Ramai sebenarnya yang bertanya bila saya akan kembali dengan album baru. Saya sendiri turut menyimpan impian untuk buat album, malah ada juga pihak di Singapura yang tawarkan saya untuk hasilkan album.”Tetapi banyak perkara yang perlu saya fikirkan apatah lagi dengan pasaran yang agak lembab sekarang ini,” jelas Hetty yang masih lagi menerima undangan membuat persembahan meskipun tidak selebat dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *