Sekarang tengah tiada job tapi Allah gantikan dengan job bantu orang lain. Terkini Atu dedahkan perlu bantuan fabrik untuk jahit PPE.

artis

Pelawak dan pelakon Atu memerlukan material menjahit Sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk dihantar ke Sabah. Atu berkata, buat masa ini semua berjalan lancar cuma bekalan fabrik untuk menghasilkan PPE semakin berkurangan.

“Saya tidak perlukan bantuan dalam bentuk kewangan, tetapi saya amat memerlukan fabrik untuk menghasilkan PPE buat masa ini. “Di kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada One Nation Centre, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Stacy yang telah memberikan sumbangan.

“Tak lupa juga kepada 20 orang tukang jahit sukarelawan kami yang bertungkus lumus menyiapkan PPE untuk dihantar kepada petugas barisan hadapan di Sabah yang sangat-sangat memerlukan ketika ini. “Oh ya, Persatuan Pengakap Kudat dan yang lain-lain juga yang telah membantu kami, terima kasih…Tidak terbalas jasa kalian,” katanya.

Atu ketika dihubungi Gempak semalam (Isnin), baru sahaja selesai menghantar PPE di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. “Ya, saya hantar ke Subang dahulu dan mereka (TUDM) akan uruskan penghantaran ke Sabah. Alhamdulillah saya tidak sangka urusan dipermudahkan.

“Pada mulanya saya takut-takut juga nak berurusan dengan TUDM, tetapi rupanya tidak seperti yang saya sangka. Ternyata frontliners kita semuanya baik-baik dan sangat membantu. “Insya-Allah, doakan trip kedua kami nanti…Saya sangat berharap agar ada pihak sudi menyalurkan bantuan fabrik kepada kami.

“Jika ada yang ingin berbuat demikian bolehlah hubungi kami terus,” katanya. Ditanya mengenai perkembangan dirinya sekarang, Atu berkata dia kini sedang dalam fasa berehat memandangkan banyak tawaran pekerjaan dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

“Tidak apalah, saya percaya pada rezeki Allah SWT. Semua orang pun terkesan apabila job mereka dikansel dan ditunda…sama macam saya. “Buat masa ini saya berehat dahulu dan sekurang-kurangnya boleh fokus pada projek PPE dan kedai kek saya di Setia Alam. “Alhamdulillah, tak ada job sekarang tetapi Allah SWT bagi saya job untuk bantu orang lain dahulu,” katanya positif.

Atu Zero Dan Isteri Bantu Selamatkan Negara Malaysia Apabila Tekad Untuk Lakukan Sesuatu Ini Sehingga Mendapat Sokongan Dari Orang Ramai. Rupanya Ini Yang Mereka Buat Baru Baru Ini.

Pelawak Atu Zero dan isteri Shafeeqa Johari kini membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital di Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah. Pun begitu, mereka masih belum tahu bagaimana hendak menghantar bantuan tersebut.. “PPE 2.0 ke Sabah pula. Macam best kan buat PPE. “Tak apa, kita bantu kepada sesiapa yang memerlukan. Atu tolong lipat dan packed. “Sekarang ini Cuma saya nak tahu cara macam mana nak hantar ke Semporna dan Kota Kinabalu. Siapa tahu boleh PM (mesej peribadi) saya ya,” katanya. Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Shafeeqa memuat naik video Atu sedang membantunya mengemas PPE tersebut. Dalam entri terbaharu juga Shafeeqa memberitahu mereka turut memerlukan lebih tenaga tukang jahit bagi sesiapa yang ingin volunteer. “Sesiapa yang boleh sumbang dana atau ada PPE yang boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh PM saya.

“Jika ada fabrik, saya akan usahakan untuk menjahit PPE bersama volunteer lain. “Minta tolong sama-sama kita selamatkan negara. Bersatulah kita. Terima kasih,” katanya lagi. Terdahulu,  Shafeeqa yang juga tukang jahit telah menjahit sendiri semua PPE dan menyalurkan kepada hospital-hospital yang memerlukan ketika frontliners sedang membantu merawat pesakit COVID-19 di Malaysia.

Sumber: Gempak

Pecah rekod. Terkini 432 kes positif covid 19 disahkan hari ini. Mengejutkan KKM tampil bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergin baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Kerajaan negara matahari terbit sanggup tanggung semua kos. Jepun dilaporkan rancang agih vaksin COVID19 secara percuma untuk rakyatnya atas satu sebab ini

Kerajaan Jepun dilapor merancang untuk mengagihkan vaksin COVID-19 secara percuma kepada seluruh rakyatnya.Menurut laporan Japan Times, kerajaan negara matahari terbit itu akan menanggung semua kos dan merancang untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi menjelang hujung Jun tahun depan.

Sekurang-kurangnya 670 bilion Yen daripada rizab negara berkenaan akan dibelanjakan untuk tujuan itu.Ketika ini, vaksin COVID-19 sedang dibangunkan diseluruh dunia, termasuk di Jepun.Polisi pemberian vaksin secara percuma itu akan dibincangkan dalam mesyuarat panel Kementerian Kesihatan Jepun pada awal minggu depan.

Melalui polisi ini, kerajaan Jepun berharap ia dapat menggalakkan warganya mendapatkan vaksin berkenaan secepat mungkin, apabila ia ditawarkan kelak.Kerajaan Jepun juga ketika ini sedang bersiap sedia untuk berdepan wabak berganda iaitu COVID-19 dan influenza bermusim. Malah, program vaksin tahunan bagi menentang influenza bermusim sudahpun dimulakan pada Khamis lepas.

Ketika ini, Amerika Syarikat dan Britain sedang mendahului usaha pembangunan vaksin COVID-19. Oleh itu, kerajaan Jepun dilaporkan sedang bergiat menandatangani perjanjian persefahaman dengan pembekal-pembekal vaksin berkenaan daripada kedua-dua negara tersebut.

Jepun ketika ini juga sedang mempersiapkan diri dengan sistem bersesuaian bagi mengagihkan vaksin ke seluruh negaranya dengan ramalan vaksin COVID-19 mula ditawarkan pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun depan.Selain itu, mereka turut dalam perancangan untuk memperuntukan dana khas dalam bajet 2021 yang dijangka diumumkan pada April depan yang akan digunakan untuk menambah stok vaksin.Sumber: Japan Times

Ekoran dengan peningkatan kes secara mendadak sekarang. Hospital Sungai Buloh siap sedia dijadikan pusat rawatan disebabkan penularan covid 19 lebih lebih lagi di negeri ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Selangor mengarahkan 12 hospital di negeri itu meningkatkan mod kesiapsiagaan masing-masing untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di Selangor. Sehubungan itu, beliau meminta HSB bersiap sedia bagi penukaran status dari hibrid kepada hospital penuh COVID-19.

“Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh Malaysia sejak akhir-akhir ini dan khususnya di negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB pada bila-bila masa. “Ini adalah selaras dengan Edaran Garis Panduan Preliminari Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, Perkara 5.3.1 (iv) dengan jelas menyatakan bahawa hospital bukan COVID-19 perlu sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.

“Jabatan memohon pihak HSB untuk bersiap sedia bagi penukaran status dari ‘Hybrid COVID-19 Hospital’ ke ‘Full COVID-19 Hospital’ mengikut arahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH, hari ini. Dalam satu surat edaran dalaman mengenai pemakluman kesiapsiagaan hospital di Selangor untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB bertarikh 2 Oktober 2020, ia menyenaraikan edaran untuk rujukan 12 pengarah hospital di negeri itu. Ia membabitkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang; Hospital Serdang; Hospital Ampang; Hospital Ampang; Hospital Sungai Buloh; Hospital Kajang; Hospital Banting; Hospital Tanjong Karang; Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan Hospital Orang Asli Gombak.

Kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali merekodkan tiga angka sejak tiga hari lalu menyaksikan kemungkinan tercetus gelombang baharu. Berdasarkan taburan kes COVID-19 Jabatan Kesihatan Selangor setakat semalam, 15 daripada 41 mukim di negeri itu dilabelkan zon kuning kerana mempunyai tidak lebih 40 kes aktif. Tiada mukim merekodkan lebih 41 kes aktif di negeri berkenaan sehingga menjadikan kawasan terbabit zon merah.

Sumber: BHONLINE

Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *