Terima pertanyaan dari pengikutnya berkenaan orang ketiga dalam rumah tangga. Ringkas sahaja jawapan dari Nina Iskandar untuk selesaikan masalah

artis

Majoriti  masalah rumah tangga berpunca daripada orang ketiga yang selalunya melibatkan wanita menganggu lelaki berstatus suami orang. Menerusi Instastory pelakon Nina Iskandar menerima pertanyaan daripada pengikutnya yang meminta pandangan mengenai cara untuk berdepan dengan orang ketiga.

“Kalau ada perempuan dah gatal sangat nak kacau suami kita, apa cara-cara kita patut bertindak?” tanya pengikutnya itu.Nina menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Instagram.Nina, 29, secara berseloroh berkata sekiranya individu tersebut sudah berkahwin, hubungi suami kepada wanita itu untuk mendedahkan perangai sebenar isterinya.

Bagaimanapun Nina meluahkan rasa simpati terhadap wanita yang sanggup menjadi orang ketiga kerana menagih perhatian daripada lelaki yang sudah berkahwin.”Baling mrcun kat rumah perempuan tu. Tak pun kalau dia dah kahwin, hubungi laki (suami) dia beritahu bini (isteri) dia gatal baru padan muka! Joking!

“Pertama sekali, kita sepatutnya kesian dengan wanita seperti ini. Nampak sangat dia perlukan perhatian yang dia tidak dapat.”Malangnya, dia meminta daripada orang yang salah!” kata Nina memberi jawapan kepada individu tersebut.Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Andainya Takdir ini memberitahu seorang isteri mempunyai hak untuk bertindak secara waras sekiranya berdepan dengan masalah tersebut.

“Sebagai seorang isteri, anda mempunyai hak untuk bertindak dengan secara waras. Tapi kalau suami anda tidak melayan, jangan risau fasal wanita itu.”Dia hanya buang masa dia. It takes two to tango. You do you. Doa seorang isteri dan ibu dimakbulkan Allah.”Ambil tanggungjawab jaga keluarga anda. Kita bawa makanan di atas meja,” ujarnya.

Lama Menyepi Dari Duni Lakonan Gara Gara Terkandas Dia Brunei. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Nina Iskandar Di Brunei.

LAMA tidak muncul dengan drama baharu selepas berkahwin, pelakon Nina Iskandar memberitahu dia belum berhenti daripada bidang lakonan. Nina menjelaskan dia terkandas di negara kelahirannya Brunei selepas bersalin anak pertama pada Disember lalu akibat penularan Covid-19.

“Ramai yang tanya saya dah bersara ke dari dunia seni? Saya belum bersara tapi sebab saya balik Brunei untuk melahirkan anak saya pada Disember lalu. “Saya rancang untuk kembali ke Malaysia dan mula berlakon semula lepas habis pantang tapi Covid-19 pula berlaku” ujarnya.

Dalam pada itu, Nina berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat dulu di Brunei sehingga keadaan pendamik di Malaysia dan dunia stabil. Kata Nina, ia berikutan anaknya masih bayi dan risiko jangkitan yang agak tinggi terutamanya jika dia kembali bekerja dan bertemu orang ramai.

“Keadaan dekat sini (Brunei) sudah okey, cuma kalau nak balik ke Malaysia banyak prosedur yang perlu diikuti. “Lagi pula takut nak balik Malaysia sebab saya ada baby, jadi saya ambil langkah berjaga-jaga dan tunggu sampai keadaan stabil, ” ujarnya.

Nina Iskandar mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember lalu.

Nina Iskandar lahir anak lebih awal daripada jangkaan

RASA syukur tidak terhingga dan hadiah tahun baharu 2020 begitu bermakna buat pelakon Nina Iskandar, 28, yang menimang cahaya mata hari ini. Nina yang berasal dari Brunei selamat melahirkan anak sulungnya jam 9.25 pagi hari ini.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Nina memaklumkan dia sepatutnya dijangka bersalin pada tahun hadapan. “Kamu sepatutnya menjadi bayi 2020 tetapi sesungguhnya saya percaya perancangan Allah itu lebih baik. “Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia, anakku. Tak kira dunia atau akhirat kamulah rahmat dan hadiah tak ternilai daripada Allah yang memberikan gelaran ‘ibu’ buat saya,” tulisnya.

Menurut pelakon drama Andainya Takdir dan Andainya Takdir 2 di TV3 itu, kini dia menggalas tanggungjawab besar. “Kini, kamulah tanggungjawab saya sekarang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjaga kamu sepanjang hayat. “Hari ini, 23 Disember menjadi tarikh keramat kelahiran kamu anak sulung saya, alhamdulillah,” tulisnya.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu. Nina dan Mohd Azlan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah. Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos lalu.

‘Hamil pun kena kritik?’ – Nina Iskandar

“SAYA kena banyak bersabar. Segelintir warganet ini sangat menguji tahap kesabaran saya. Macam-macam saya dapat. Biasalah, mereka suka buat spekulasi,” kata pelakon, Nina Iskandar mengenai sikap segelintir warganet selepas dia mengumumkan dirinya hamil di Instagram, semalam.

Disebabkan itu, Nina, 28, atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar berkata, mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram. Nina berkata, dia tidak mahu komen negatif diterima mengganggu kehamilannya yang kini mencecah tiga bulan.

“Mereka bukan nak bagi kata-kata yang baik, malah menambahkan tekanan lagi yang mana ia tidak bagus untuk kehamilan. “Jalan terbaik ialah saya tutup saja ruangan komen. Barulah rasa tenang sikit. Mereka seolah-olah lebih tahu kehidupan kita berbanding tuan empunya badan sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Nina yang popular menerusi drama Andainya Takdir berkata, dia dijangka bersalin awal tahun depan. Nina berkata, sekarang ini dia masih berlakon selain sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan. “Alhamdulillah, dapat juga saya berasa macam mana perasaan seorang ibu mengandung. Semuanya okey dan keluarga saya banyak memberi semangat dan nasihat sebab ini pengalaman pertama saya jadi banyak perkara saya tidak tahu.

“Saya kena kurangkan aktiviti, jaga emosi dan tak boleh banyak tekanan. Dalam masa sama, saya juga sibuk menjalankan perniagaan produk Aura Kasih. Alhamdulillah, tidak ada sedikit kesulitan pun. Alahan pun tidak ada,” katanya.Terdahulu, Nina bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu. Perkara itu dikongsi Nina menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *