Tak menyangka cermin kereta Zarina boleh pecah. Zarina Anjoulie dedahkan punca cermin kereta dia boleh jadi macam tu dan dia dia sempat tinggalkan pesanan ini

artis

Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan cermin kereta pada bahagian penumpang pecah ketika melalui kawasan orang sedang memotong rumput. Menurut Zarina, 33, kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS itu tidak mengundang sebarang kecederaan.”Kalau korang lalu lebuhraya, baik-baik. Buat orang yang suka hisap rokk lepas tu turunkan tingkap, sangat bahaya.

“Ni saya kena, tak buka pun tingkap. Orang mesin rumput dekat Lebuhraya PLUS, habis kat sini (tunjuk bahagian pecah).”Kau nak claim dari sana memang sampai dah tak adanyawa tak dapat. Harapan la. “Saya diselamatkan sebab tinted. Kalau tak, pecah muka. Jadi hati-hati la ya,” katanya.Perkongsian itu dibuat dengan memuat naik sebuah rakaman video berdurasi 38 saat pada Ahad lalu.Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan tuntutan boleh dibuat di pejabat PLUS.

@fukadacheiko: Anju,boleh calim kat PLUS. Memang depa setiap pekerja PLUS dah disediakan insurance untuk buat kerja-kerja, memang cover kalau kena kerete pengguna.”@ieeja: Anju claim dekat lebuhraya tu. Terus report kat pejabat dorang.”@nramielia_: Boleh claim Anju, kena report dulu lepas tu depa akan bayar, sebab kereta jiran saya pernah kena. “@azie.haslinda: Boleh claim dengan lebuhraya PLUS,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Kritik Segelintir Influencer Sanggup Guna Satu Inisiatif Untuk Lariskan Produk Dan Ternyata Perkongsian Zarina Anjoulie Yang Satu Ini Raih Perhatian Ramai

Baru baru ini,pelakon Zarina Anjoulie mengkritik segelintir personaliti media sosial yang memakai pakaian menjol0k mata demi melariskan produk yang direviu. Tambah Zarina atau lebih popular dengan panggilan Anju,tiada guna untuk menarik perhatian warganet dengan berpakaian yang tidak sopan walhal produk yang ingin dijual tidak mendapat sambutan.

“Ada beberapa org cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka. Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak?”Kau pakai sksi kau kena kritik. Orang bayar bukan untuk kau lacrkan badan atau dikritik,” tegasnya.

Kata Anju dia selesa dengan imej terkininya yang tidak bersolek atau mengenakan pakaian sksi untuk membuat reviu produk pelanggannya. “Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam perempuan tak elok untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya!

“Mereka tak kisah kalau saya pakai plastik sampah sekali pun asalkan barang laku. Sebab itulah kontrak saya dapat disambung, sebab saya real,” tambahnya.Dedah Anju, suaminya juga pernah menyatakan hasrat untuk melihatnya bertudung semula.”Saya ada suami, dia nak saya pakai tudung, berjubah… Tapi belum sampai waktunya. Selagi boleh tutup saya tutup. Saya jenis orang yang ringkas dan tak pandai nak bergaya. Sebab itu juga suami saya suruh pakai kemeja-T besar kalau di rumah,” kata Anju.

Masih Belum Selesai Masalah Di Antara Mereka. Video Live Zarina Anjoulie Buat Fara Mendoza Marah Dan Ini Respon Mengejut Dari Fara Ekoran Isu Itu Mula Tarik Perhatian Ramai

Pada 20 Oktober yang lepas, pelakon Fara Mendoza ada membuat satu video live di IG miliknya sambil mengkritik tindakan bekas pelakon sensasi,Zarina Anjoulie. “Kesian orang macam ni, apa la masalah hati dia, lucu kan. Sebenarnya video ni ada orang sent dekat saya di DM, kenapa bila live nak kena cakap pasal saya?”Sesi live itu telah disaksikan oleh ramai warganet sehingga ada yang cuba untuk menambah minyak di dalam api yang sedang membara.Sebelum Fara membuat live di Instagram, Zarina terlebih dahulu sudah membuat live berkenaan dan isi kandungan live dia ada menyebut tentang kehidupan peribadi Fara.

“Be**** ni ingat aku sakit hati dengan dia. aku ni pun ada orang nak kawin dengan aku, dia tu tak ada siapa nak kahwin dengan dia. Kau tak kerja, mana datang duit tu.”Berang dengan kata-kata itu, Fara cuba untuk membalas semula di dalam live Instagram miliknya sehingga mengkaitkan tentang suami kepada Zarina sendiri.

Maka perbalahan mulut itu bertambah merumitkan apabila masing-masing tidak mahu kalah dengan kata-kata pedas. Namun pagi ini Fara sudah pun memadam semula posting Instagram live miliknya setelah video itu ditonton oleh hampir 65,000 kali.Dalam masa yang sama, Zarina pantas memuat naik posting balasan balik buat Fara yang ada menyebut tentang kehidupan Zarina bersama dengan suaminya.

Orang gelakkan laki aku niaga macam ni, tak apa la kalau setakat pakai BMW tapi kena panjat pagar tak guna juga.Untuk makluman, sebelum ini kedua-dua pelakon ini pernah berbalah besar sehingga kes mereka dibawa ke mahkamah. Kes perbalahan yang berlaku pada sekitar bulan Jun itu telah menyebelahi Fara apabila dia telah memenangi kes saman malu atas penyebaran gambar b0gel dan juga tudhan mengggurkan anak.Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Tanpa Ragu Kongsi Foto Bibir Dengan Kesan Seperti Baru Lepas Operasi. Zarina Bertindak Untuk Membuat Sesuatu Ini Dan Sempat Berkongsi Lebih Lanjut Mengenai Proses Yang Dijalaninya

Pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan warganet dan pengikutnya sejak semalam apabila dia memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti  baru melakukan operasi di sebuah klinik operasi kecantikan.Menerusi satu kiriman di Instagram miliknya, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju memaklumkan dirinya sedang melakukan ‘sesuatu’ kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” tulisnya ringkas.Anju turut berkongsi fotonya dengan kesan garisan darh di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya.Entri tersebut mendapat pelbagai riaksi warganet termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan operasi itu.Meski demikian, mengikut tinjauan Gempak, semua komen yang ditinggalkan warganet sudah tiada pada awal pagi ini kerana Anju telah menutup ruangan komennya.Tak apalah kita tunggu saja video dari Anju ya dan jangan buat spekulasi sebelum tuan punya badan memberi pencerahan apa sebenarnya yang cuba dilakukan terhadap bibirnya.-gmpk

Ramai DM Nak Pinjam Duit. Zarina Anjoulie Luah Satu Perasaan Ini Dan Dia Dedahkan Kebanyakan Daripada Mereka Tergolong Dalam Kalangan Ini

Tampil menmpelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang dikala saat terpaksa menempuh kesulitan hidup, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dedah perkara itu kepada umum di laman Instagramnya.

Ujarnya, beliau amat terkilan apabila wujud dalam kalangan pengikutnya yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.“Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit. Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap.”

Lebih mengecewakan, Zarina mendedahkan ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan namun hakikatnya tidak seperti apa yang ditonjolkan kerana dihmpit masalah kewangan dan hidup susah.“Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.

Menurutnya lagi, ia kelihatan sangat menjengkelkan kerana ramai lagi insan yang wajar diberi pertolongan berbanding golongan seperti ini.“Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri? Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau.”

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zarina merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Malah namanya juga sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya tampil menyelar tindakan selebriti tanah air yang menyeru kerajaan supaya tidak meminggirkan golongan artis yang khabarnya “layak” mendapat bantuan “khas” atas sumbangan mereka dalam industri hiburan tempatan.

Dikatakan Zarina Anjoulie Tak Hormat Satu Golongan Ini. Ternyata Satu Perkongsian Zarina Terus Meraih Perhatian Warganet

Kini meniti kebahagiaan sebagai isteri sekali lagi, pelakon Zarina Anjoulie dilihat ada berkongsi foto kemesraan bersama suaminya, Eilyas Azhar di laman media sosial Instagram. Menerusi salah satu foto terkini yang dikongsikan, Zarina kelihatan gembira dan bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada Julai lalu.

Lantas, perkongsian bintang drama Anak Pontiaanak itu telah menjadi perhatian sesetengah warganet . Rata-rata mereka secara seloroh berpendapat perkongsian Zarina seolah-olah tidak menghormati individu yang masih bujang atau belum mendirikan rumah tangga.“Kesian kami yg single ni… Hahahaha,” tulis warganet menerusi ruangan komen.

Sekadar informasi, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 17 Julai lalu/.Sebelum ini, Zarina pernah berkahwin jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan dikuniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.Bagaimanapun, rumah tangga tersebut berakhir pada Disember 2016.Foto: Instagram Zarina Anjoulie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *