Seorang warganet ini sanggup hantar dm beri kata negatif dan mahu artis ini pergi buat selamanya. Nabila Razali dedah dm tersebut sehinggakan meraih perhatian ramai

artis

Dikhabarkan Nabila Razali sedih apabila ada warganet mempertikaikan bakat nyanyian dan lakonannya dalam industri muzik tanah air. Malah lebih teruk lagi,Nabila dikatakan telah menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk diterima berlakon dalam sebuah stesen televisyen.

“Hoi su*dal, kau mengangkang dengan orang TV* mana yang dapat job berlakon hah?“Ish bab* lah muka hitam hodoh dan hidung besar pun boleh jadi heroin.“Menyanyi pun macam kartun nak berlakon ish geli.“Tolonglah tengok cermin muka kau tu, sedar diri kau tu tak berbakat,” berikut antara potongn kata kata penghinaan yang dihantar seorang pengguna media sosial kepadanya.

Kata-kata negatif itu diterima Nabila di dalam mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama akaun @nobody! melalui Instagram miliknya.Tambah warganet itu lagi dalam DM yang dihantar panjang lebar, dia mendkwa rakan-rakan seperjuangan Nabila di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) tidak mahu berkawan dengannya.

“Memang patut kawan AF kau mengata kau sebab mereka pun tak sanggup nak berlakon ‘fake’ dekat kau lah ‘chipmunk’ (panggilan warganet kepadanya),” katanya.Pelantun lagu Peluang Kedua itu mendedahkan paparan skrin tersebut di sebuah entri IG.Menurut Nabila, dia sedih dengan apa yang diterima kerana tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain.

“Sesungguhnya, saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Ini sangat menyedihkan,” katanya.Tidak hanya itu,selain kritikan, warganet itu juga mahu melihat Nabila pergi buat selamanya.“Kenapa ah kau tak mamp*s je, senang bagi orang lain menyanyi lagu tu lagi sedap,” kata warganet itu lagi.Pun begitu, Nabila menutup komen di entri yang menunjukkan paparan skrin mesej warganet itu.

Nabila Razali Sampai Terkedu Bila Datuk Siti Nurhaliza Buat Sesuatu Ini Sehingga Video Itu Tular Dan Menjadi Bualan Hangat Warganet.

Nampaknya selepas menerima pelbagai komen, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti memilih untuk membuat cover lagu nyanyian daripada Nabila Razali berjudul Peluang Kedua. Berikutan lagu berkenaan juga kini sedang hit maka ia juga menjadi sebab pemilihan lagu tersebut untuk dilakukan cover olehnya. Dalam pada itu sebelum menyanyikan lagu tersebut, Tokti menerusi video turut memberitahu ia merupakan versinya sendiri dan mengharapkan semua terhibur. “Semoga terhibur!! Alhamdulillah seronok saya baca komen-komen pilihan lagu anda. Sampai saya tak tahu nak pilih yang mana satu! Apa pun terima kasih pada semua yang sudi mengundi.

“Dan saya telah memilih untuk cover lagu ini. Peluang Kedua oleh adik saya Nabila Razali. Jom dengarkan cover saya.” Tulis Tokti disamping memuat naik rakaman video di IGTV. Ternyata, posting Tokti mendapat respon luar biasa peminatnya disamping komen daripada Nabila Razali yang ditinggalkan turut mendapat perhatian ramai. “I love you to…”. “Kat mana button 1000 likes, nak tekan”. Video berkenaan lalu juga dimuat naik oleh Nabila Razali di laman Instagram peribadi bagi berkongsikan perasaannya kepada umum selepas Tokti cover lagu Peluang Kedua ini.“I’m speechless…”

Sumber: HCL

Nabila Razali tidak lupa orang ini selepas meraih kejayaan yang luar biasa. Rupa rupanya kehadiran seseorang ini juga merupakan faktor pencapaiannya itu.

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila muzik video Peluang Kedua telah mencapai tontonan sebanyak 10 juta. Jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam masa dua minggu selepas ia dimuat naik di YouTube. Berita gembira itu turut dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Bella di sebuah entri di Instagramnya. “Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are.

“Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je.  “Tidak dilupakan MK K-Clique untuk penampilan yang cukup cemerlang,” katnnya. Tambahnya, orang ramai juga boleh menonton video di sebalik tabir pembikinan muzik video Peluang Kedua di YouTube rasmi Nabila Razali.

“Kalau nak tahu siapa orang penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di YouTube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni,” katanya. Menerusi ruang komen, rata-rata terkejut apabila jumlah tontonan tersebut sangat tinggi memandangkan ia baru dimuat naik dua minggu lalu.  Walaubagaimanapun, terdapat juga komen ‘nakal’ yang mendakwa kehadiran MK MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan antara faktor video tersebut mendapat perhatian.

Penyanyi Nabila Razali memilih penyanyi rap MK (K-Clique) sebagai hero sekaligus rakan duet bagi video muzik lagu Peluang Kedua versi baru. Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, pemilihan MK adalah tepat memandangkan dia seorang yang sangat mudah bekerjasama. “Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk video muzik ni. Ramai nama yang muncul dan sesuai tapi dalam ramai-ramai tu, MK paling mendapat perhatian.

“Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal jadi pada saya, MK adalah pilihan yang tepat” ujar Bella kepeda Gempak. Nabila ditemui ketika majlis pelancaran video muzik Peluang Kedua versi baru yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sebentar tadi. Tambah Bella, dia bersyukur apabila buah tangan terbarunya ini menjadi juara di semua carta-carta radio, streaming termasuk Carta RIM.

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga video muzik Peluang Kedua. Pada awal perancangan, video muzik ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran. “Saya anggap ada hikmah di sebalik ujian tu,” katanya lagi. Video muzik Peluang Kedua telah menjalani penggambaran selama dua hari di Cameron Highland, Pahang.

SUMBER: GEMPAK

Mengejutkan timbul kembali spekulasi warganet tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza bila ternampak petunjuk melalui perbuatan anaknya Aafiyah. Rupanya ini yang Aafiyah buat sampai warganet buat andaian mereka.

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang membuat promosi produk makanan kesihatan milikya, baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, gelagat comel anaknya, Siti Aafiyah yang kelihatan beberapa kali cuba mencium perut Ibunya mendapat perhatian wargamaya. “BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI,” tulisnya pada ruangan komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat secara tak langsung cuba meneka dan membuat spekulasi bahawa bintang kesayangan ramai kini sedang hamil anak kedua. Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Sebelum ini, Siti ada menyatakan kesediaannya untuk hamil sekali lagi sementelah puteri sulungnya itu sudah mencecah usia lebih 2 tahun.

Sumber: Media Hiburan

Terkejut betul dengan spekulasi warganet tentang sesuatu ini. Kini Datuk Siti Nurhaliza tampil beri penjelasan mengenai sangkaan warganet itu. Rupa rupanya ini perkara sebenar.

Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sudah pasti menjadi buah mulut wargamaya.  Daripada lagu-lagu popular, keluarga tercinta, aktiviti berbasikal serta penampilan terbarunya, boleh dikatakan mata-mata peminat begitu tertarik.  Terkini, warganet mendakwa pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini hamil anak kedua semakin menjadi-jadi di laman sosial. 

Selepas melancarkan album terbarunya ManifestaSITI 2020 dan menyiapkan beberapa buah video muzik, Tokti memaklumkan dirinya mahu berehat untuk memberi tumpuan kepada perancangan mendapat anak kedua. Menerusi satu temubual ketika membuat penampilan istimewa di sebuah klinik kecantikan, Tokti menyatakan usaha untuk mendapatkan anak kedua tidak akan berhenti selagi dikurniakan rezeki itu. 

Untuk fokus pada kehamilan, sesorang itu perlu tenang, relaks, tidak memikirkan perkara-perkara yang mendatangkan serabut kepala. Bukan sahaja aktiviti seni, Tokti juga dilihat kurang aktif melakukan aktiviti berbasikal seperti kebiasaannya. Tetapi apa yang peminat perlu faham, Tokti bukannya menghilang. Dia cumae mengurangkan tumpuan pada aktivitvi seni dan menghabiskan masanya untuk diri sendiri. Apa yang diperlukan sekarang Tokti adalah ruang untuk dia berehat dan menjalani rawatan yang sepatutnya. 

Bagaimana warganet dengan mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan sebuah gambar yang tular di laman sosial berbanding memberikan penyanyi kesayangan negara ini masa dan ruang yang diinginkan.  Mendoakan rezeki dirinya hamil anak kedua dan diberikan kesihatan di tahap yang terbaik adalah apa yang Tokti perlukan daripada semua. Kami pasti jika kehamilan kedua itu berhasil, Tokti akan berkongsi sendiri berita baik itu bersama dengan para peminat tetapi buat masa sekarang, hentikan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan salah faham. 

Tokti sebelum ini pernah mengalami kegug0r4n pada November 2015.  Pada tahun 2017, Tokti, 41, membuat pengumuman tentang kehamilan dirinya setelah 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61.  ‘Sweet couple’ ini bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.- GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *