Ramai berkumpul setiap 2 November setiap tahun. Shah Rukh Khan meminta peminatnya untuk tidak berkumpul di hadapan blognya susulan situasi sekarang yang tidak mengizinkan

artis

Setiap tahun dan setiap 2 November,peminat superstar Bollywood, Shah Rukh Khan akan berkumpul di hadapan banglonya bagi melihat bintang kesayangan mereka melambai dari anjung sempena ulang tahun kelahirannya.Bagaimanapun dek kerana penularan virus pandemik, Covid-19 yang melanda seluruh dunia, Shah Rukh Khan meminta peminatnya untuk tidak berbuat demikian pada tahun ini.

“Saya cadangkan kepada semua supaya tidak berkumpul kali ini. Tidak kiralah hari jadi saya atau apa pun.“Hanya kali ini, kita meraikan dari jauh sahaja,” ujarnya menerusi satu tweet di Twitternya baru-baru ini. Shah Rukh Khan ketika itu menjawab soalan yang bertanya apa perancangan ulang tahun kelahirannya kali ini, memandangkan pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan termasuk di depan Mannat iaitu banglo milik bintang Dilwale itu.

Seminggu terkurvng dalam hospital akibat Covid-19… Amitabh Bachchan sempat ‘update’ peminat di media sosial

SELEPAS seminggu mengumumkan dijangkiti Covid-19, keadaan kesihatan pelakon Amitabh Bachchan dilaporkan stabil dan terkawal.Meskipun sedang menerima rawatan di hospital, Amitabh masih mampu berinteraksi bersama peminat menerusi laman sosial.Menerusi posting terbaharu di Instagram, aktor Bollywood ini mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan peminat.

“Kami menerima cinta kalian… kami mendengar doa kalian dan mengangkat kedua tangan kami dalam rasa syukur dan terima kasih!” tulisnya.Bersama kapsyen tersebut, Amitabh memuat naik foto bersama Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai dan Aaradhya.

Perkongsian terbaharu Amitabh di Instagram.Keempat-empat mereka disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.Sebelum itu, Amitabh berkongsi foto bersama Abhishek dan menulis kapsyen terharu dengan sokongan serta kata-kata semangat yang diterima daripada peminat.”Dalam masa bahagia, masa sakit, kalian dekat dan sayang, orang-orang yang mendoakan kami, anda telah memberi kami cinta tanpa henti, perhatian kasih sayang dan doa.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kalian semua… dalam keadaan berada di hospital agak terbatas tetapi kami melihat, membaca dan mendengar suara anda semua. Terima kasih,” katanya.Pada 11 Julai lalu, Amitabh dan Abhishek Bachchan memaklumkan mereka dijangkiti koronavirus dengan gejala ringan.Setelah dilakukan ujian terhadap keluarga, Aishwarya dan anaknya Aaradhya turut positif Covid-19.Manakala anggota keluarga yang lain termasuk Jaya Bachchan, Navya Naveli, Agastya dan Shweta Bachchan Nanda dan 26 pekerja dilaporkan negatif.

Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

PELAKON Bollywood terkenal Amitabh Bachchan serta anaknya yang juga aktor Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Nanavati sejak Sabtu.Menerusi laman Twitter, Amitabh Bachchan meminta mana-mana individu yang berhubung rapat atau bertemu dengannya dalam tempoh 10 hari untuk melakukan ujian wabak tersebut.

“Saya disahkan positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.”Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” tulis Amitabh Bachchan di laman sosial miliknya.

Amitabh turut memuat naik fotonya yang kini berada di hospital menerusi akaun laman Instagram miliknya. Amitabh mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter milknya.Laporan Indiatoday turut melaporkan pelakon filem Kahbi Khusi Khabie Gham itu dibawa ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan.

Menurut laporan tersebut, doktor memberitahu bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.Ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan disahkan negatif.

Dalam pada itu, Abhishek Bachchan menerusi status di Twitter miliknya turut memberitahu dia serta bapanya mempunyai simptom ringan dan meminta orang ramai tidak panik.”Hari ini (Sabtu), saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.

 Ahli keluarga lain terselamat daripada jangkitan wabak tersebut.“Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih,” katanya.Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun dia membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya baru-baru ini.Sementara itu, Abhishek Bachchan pernah dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali seminggu yang lalu.

Rumah Amitabh Bachchan diisytihar zon larngan, kini ditutup untuk kerja pembersihan

KEDIAMAN pelakon Bollywood Amitabh Bachchan di Juhu, Mumbai, India ditutup bagi tujuan pembersihan selepas aktor veteran dan beberapa ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 pada Ahad.Pihak berkuasa tempatan, Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) mengisytiharkan tempat tinggal aktor itu sebagai zon larangan.

Seperti dipetik Wionews, pihak BMC juga meletakkan sepanduk di depan rumah bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham dan menutup laluan keluar masuk di kawasan itu.Pihak BMC turut melakukan kerja-kerja pembersihan cecair anti virus di rumah berkenaan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman Amitabh dan anaknya Abhisek di laman sosial bahawa mereka disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Nanavati Super Speciality.Pada malam Ahad, menantunya Aishwarya Rai dan anak Aaradhya Bachchan turut disahkan positif virus berkenaan dan menjalani kuarantin di rumah.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

Amitabh Bachchan Sedia Beri Kerjasama Kes Mi Segara Beracn

Amitabh didkwa sebagai punca lelaki makan mee segera beracun.SEBAGAI seorang duta kepada mi segera yang dikatakan bercun sehingga seorang pelanggan jatuh sakit, pelakon veteran Amitabh Bachchan sedia memberi kerjasama sepanjang proses pengadilan dijalankan di mahkamah berhubung kes itu.

Amitabh berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya jika dimaklumkan tentang perkara tersebut.”Saya sudah menjadi duta iklan untuk produk itu selama dua tahun. Tentang laporan keracunn itu setakat ini saya belum terima sebarang surat daripada pihak mahkamah.”Kalau benar ia terjadi, saya akan berbincang dengan peguam dan sedia beri kerjasama sepenuhnya dalam proses undang-undang itu,” katanya.

Beliau turut kelihatan tenang menjawab perkara berkaitan kes tersebut.Terdahulu, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap syarikat m segera selepas menikmati hidangan mi tersebut.Lelaki tersebut turut membuat laporan polis terhadap tiga dutanya iaitu Amitabh Bachcan, Madhuri Dixit dan Preity Zinta yang dikatakan sebagai punca dia terpengaruh memakan mi itu.

Daripada siasatan dilakukan polis turut mendapati bahan pengawet Mono Sodium Glutamat (MSG) dalam jumlah yang membahayakan kesihatan dalam mi segera tersebut yang mengheret nama-nama pelakon tersohor sebagai dutanya.

Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari – “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”

PELAKON Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak Covid-19.Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.

“2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.”Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12 ribu orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan,” katanya menerusi blog peribadi.Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India.

Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut.Bagaimanapun, hasratnya itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan lokasi di India ditutup kerana lockdown dan perjalanan mereka terhad.”Agak susah nak pergi ke lokasi yang lebih jauh kerana kebanyakan tempat sudah lockdown.”Ia membuatkan perjalanan untuk hulurkan bantuan lebih sukar kerana kami dilarang keluar rumah dan tempat tinggal,” “Tugasan yang sukar tapi tetap akan dilakukan” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *