Muka saling tak tumpah. Jasmin Hamid kongsi gambar adik perempuannya dan ia terus meraih perhatian ramai kerana muka mereka yang hampir serupa

artis

Pelakon Jasmin Hamid diakui jarang tampil berkongsi mengenai hal-hal melibatkan keluarga dan peribadi kepada umum.Namun, baru-baru ini Jasmin Hamid dilihat ada memuat naik beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang hampir seiras dengan raut wajah pelakon itu menerusi ruangan Instagram miliknya.

Malah, pelakon senior itu juga sempat memberikan pesanan kepada peminat di luar sana supaya menatap wajah adiknya itu jika rindu atau teringat ketika dia sudah tiada lagi di dunia ini.“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya. Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan confuse tau. Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb..”

Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut tidak menyangka bahawa pelakon ini mempunyai saudara perempuan yang hampir seiras.Sering menggunakan tagline ‘Hebat Bukan?’, Jasmin Hamid kini difahamkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bertajuk Derita Untuk Bahagia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Jarang Berkongsi Perkembangan Anak. Jasmin Hamid Terbuka Luahkan Perasaannya Terhadap Anak Sulungnya Yang Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya

Pelakon senior, Jasmin Hamid memaklumkan bahawa anak lelaki pertamanya, Lukhman Hakim bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Jasmin menzahirkan berita gembira tersebut bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

“Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi, anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya..Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan agar segala urusan anaknya dipermudahkan.“Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi Khalifah yang terbaik untuk Bidadari mu, son..

“Dah nak jadi suami orang anak ibu ni..No matter what, you are always my baby..Kasih Ibu hingga Jannah..“Mohon doa kalian agar kita sama-sama dapat bina sebuah lagi Masjid..Semoga Allah makbulkan doa kita semua..Aamiin.. Hebat Bukan?,” tulisnya.

Sekadar informasi, Jasmin turut memiliki lagi seorang anak angkat bernama Rohana selain Luqman.Selepas itu, Jasmin dikurniakan seorang anak bernama Ian Haziq hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ian Rashid.Foto: Instagram Jasmin Hamid

Punca Pemergian Hayati Atas Satu Sebab Ini Bukannya Satu Sakit Ni. Jasmin Hamid Perjelaskan Satu Bahagian Yang Membuatkan Ramai Salah Faham Dengan Wataknya

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah menjadi perhatian penonton setia drama tempatan kini telah pun melabuhkan tirai pada malam Isnin. Pelakon, Jasmin Hamid ada memberi penjelasan mengenai pengakhiran watak Hayati yang dilakonkan menerusi drama berkenaan.

Jasmin memberitahu kisah watak Hayati berbeza daripada penceritaan dalam novel kerana syarikat produksi harus mengikuti piawaian stesen televisyen. “Mungkin ada yang bertepuk tangan dan puas hati bila Hayati sudah tiada.. Yang penting Hayati dapat minta maaf pada semua orang, dapat peluk cium Mia dan maafkan segala kesalahan Mia sebelum dia pergi buat selamanya

“Allah Maha Pengampun dan Maha Baik. Pintu Taubat sentiasa terbuka buat hambaNya. Pemergian Hayati amat di cemburui. “Dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah dan menghembuskan nafas terakhir di depan masjid dengan wajah yang tenang.

“Punca pemergian sebab sakit jantung dan bukan HI V seperti dalam Novel kerana ia harus mengikut garis panduan pihak penapis dan TV Station untuk memberikan contoh yang baik pada masyarakat bila di visualkan,” katanya.

Pada masa sama, Jasmin menambah jangan dihakimi sikap orang, sebaliknya mendoakan yang baik-baik. “Walaupun permulaan hidup Hayati penuh dengan Dosa tapi pengakhiran hidupnya amat baik. “Sebab itu bila kita melihat kejahilan seseorang, hendaklah kita mohon pada Allah supaya di berikan Hidayah buatnya. Doakan yang baik-baik.

“Bukan menghukumnya, jangan jadikan diri lebih hebat dari TUHAN. “Akhlak family Pak Samad yang sering memaafkan kesilapan manusia, patut di contohi oleh masyarakat..Kita dah tau pengakhiran hidup HAYATI..Bagaimana pula dengan kita??,” tulisnya.

Dalam pada itu, Jasmin berharap penonton boleh menjadikan watak Hayati sebagai pengajaran atau satu contoh yang baik kepada penonton. “So doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan moga Allah terima segala amal ibadat dan taubat kita agar kita mendapat HUSNUL KHATIMAH.

“Semoga segala message yang ingin family #7HariMencintaiku2 sampaikan ini, melekat pada hati penonton dapat di jadikan pengajaran dan iktibar. “Terima kasih kepada Puan @sitirosmizahsemail, Sutradara @khanmancung dan pihak @tv3malaysia kerana beri peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menjayakan watak HAYATI..

“Begitu juga kepada seluruh family #7HariMencintaiku2 yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang pembikinan drama ini..Terima kasih kepada Sutradara @kasroshan kerana editing yang terbaik dan kepada penyanyi-penyanyi untuk OST drama ini. “Tak di lupakan kepada uols yang support drama #7HariMencintaiku2 dan percaya dengan watak HAYATI.. LOVE UOLS,” tulisnya panjang lebar.Foto: Instagram Jasmin Hamid

Gara Gara Tak Suka Hayati. Jasmin Hamid Dedahkan Dia Terima Satu Mesej Menakutkan Ini. Sekali Jasmin Bersuara Warganet Ni Terdiam

Penonton beremosi menonton lakonan Jasmin Hamid dalam drama 7 Hari Mencintaimu 2. GARA-GARA watak Hayati dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, pelakon Jasmin Hamid menerima ugvtan untuk membahayakan diri Jasmin daripada penonton di laman Instagram. Terkejut dengan mesej yang diterima, Jasmin berkata penonton seharusnya bijak membezakan antara lakonan dan realiti serta tidak terbawa-bawa dengan emosi.

“Subhanallah, kalau marahkan Hayati sekalipun kononnya lakonan saya menjadi tak perlulah cakap nak berbuat sesuatu ini di gambar yang tak berkenaan dengan drama. “Posting perniagaan orang tu, ini sudah salah… boleh tak ambil tindakan undang-undang? Tak perlu emosi sangat sampai terlupa jaga lisan dan akhlak.

“Itukan semuanya lakonan, jadilah penonton bijak yang pandai membezakan lakonan dan realiti, apabila dah berhijab tu pastinya akhlak dan lisan juga akan baik, janganlah rosakkan imej mereka yang berhijab,” katanya menerusi Instagram pada Khamis. Antara mesej peribadi yang diterima Jasmin di Instagram. Bersama kapsyen tersebut, Jasmin turut berkongsi paparan skrin mesej yang dikirim oleh warganet.

Sementara itu, Jasmin meminta orang ramai berhati-hati sebelum menulis sesuatu di laman sosial terutamanya mesej berbentuk ugvtan. Ini kerana tindakan mereka itu merupakan satu keslhn dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jasmin harap penonton dapat bezakan baik dan buruk dalam drama yang ditonton. “Yang hebatnya, pemilik akaun tersebut bukan pengikut saya pun… followers saya hebat, berakhlak dan positif. Syukur Alhamdulillah, percuma saja saya dapat pahala.

“Jadi anda semua hati-hati bila nak kritik ya, kritik watak bukan pelakonnya tak fasal saja anda dapat dosa sedangkan pelakon dapat gaji. “Takut kalau salah komen, sampai keluar kenyataan mahu membuat sesuatu ini pada foto yang tak ada kaitan dengan drama boleh dibawa ke pihak berkuasa kerana ia boleh dikira ugvtan,” ujarnya. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 arahan Jamal Khan bersiaran di setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Selain Jasmin Hamid, ia turut dibintangi oleh Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah dan Kazar.-mstar

Jasmin Hamid gelar ‘cleaner’ sebagai wira tak didendang, tanggung risiko Covid-19 dengan gaji yang rendah

Jasmin bangga melihat petugas kebersihan masih menjalankan tugas biarpun berisiko untuk dijangkiti Covid-19. PERANAN petugas barisan hadapan (frontliner) seperti doktor, jururawat, polis dan tentera dalam mem3rangi Covid-19 tidak perlu dipersoalkan lagi. Malah, pelakon Jasmin Hamid turut menganggap petugas kebersihan (cleaner) juga merupakan barisan hadapan atau wira yang perlu diberi penghormatan.

Pelakon drama Pesan Pada Hati itu berkata, petugas-petugas kebersihan itu sanggup berdepan risiko dijangkiti biarpun dibayar dengan gaji yang rendah. Terima kasih kepada semua cleaner yang bertugas pada masa yang krit1kal ini.  “Kadang-kadang kita terlupa bahawasanya ada wira di sebalik wira… Mereka juga gadaikann nyawa dan masa untuk pastikan semuanya sentiasa bersih dan selamat. “Dengan gaji yang tak mahal, mereka tetap lakukan demi tugas dan tanggungjawab. Terpaksa berpanas dengan baju keselamatan yang harus dipakai,” katanya. Jasmin turut berkongsi sebuah artikel berkaitan petugas kebersihan yang disifatkan sebagai wira tak didendang. Rata-rata warganet di laman sosial meluahkan rasa bangga melihat pekerja kebersihan itu melakukan tugasan mereka biarpun mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus tersebut.

Terima kasih kepada semua cleaner yang bertugas

Perkongsian Jasmin di laman Instagram miliknya pada Selasa turut mengundang perhatian pengikutnya yang sama-sama mendoakan keselamatan semua petugas yang terlibat dalam menangani Covid-19. Dalam pada itu, Jasmin juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kebersihan yang berkerja dalam situasi yang semakin kr1tikal.

“Terima kasih kepada semua cleaner yang bertugas pada masa yang kr1tikal ini. Boleh bayangkan keadaan di hospital kalau mereka tiada?” ujarnya. Sejak 18 Mac lalu, seluruh rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *