Baru pulang ke tuan yang asal selepas 3 hari hilangkan diri. Mengejutkan sekali bila kucing tersebut pulang dengan nota dan muka tak bersalah

Viral

Seekor kucing tabby akhirnya pulang selepas 3 hari menghilangkan diri namun perasaan pemiliknya yang sepatutnya gembira bercampur baur dengan terhibur dan geram. Ia pulang dengan ‘rantai baru’ di lehernya tercatat nota buat si pemilik.Hilang 3 hari balik bawa hutang. Cantik bukan? #hambakucing”

Begitulah bunyi di caption pemilik kucing yang pulang dengan muka tak bersalah setelah memberi hutang kepada tuannya. Setelah diselidik, rupanya si kucing mengintai ikan di kedai. 3 hari tak pulang rupanya si kucing berada dekat dengan kedai ikan. Dikatakan dia telah mengintai ikan di sebuah kedai sehingga tuan kedai itu memberinya beberapa ekor ikan.

Namun ia bukanlah percuma, sebuah nota telah digntung di leher si kucing seakan-akan rantai mencatat hutang harga ikan yang telah diberi. Kucing anda asyik pandang ikan kembung di kedai jadi saya bagi 3 ekor kepadanya. Makcik May di lorong nombor 2.”Turut tertera di nota kecil itu nombor telefon bimbitnya.Adoilah si kucing, nasib baik jumpa dengan orang baik, dikasi makan ikan lagi. 

Mengejutkan Penyelidik Bongkarkan Fakta Sebenar Mengenai Tindak Balas Kucing Apabila Dipanggil Nama Mereka. Ternyata Ini Yang Dibongkarkan.

Kucing boleh mengenali nama mereka sendiri tetapi memilih untuk tidak mendengari pemiliknya, kata penyelidik. Kajian oleh Universiti Sophia di Jepun menunjukkan kucing bertindak balas dengan menggerakkan kepala atau memekakkan telinga ketika nama mereka dipanggil tiga kali dengan panjang yang sama. Namun tidak ada reaksi yang terlihat setelah kata-kata lain diungkapkan.

“Terdapat begitu banyak kajian mengenai kemampuan anjing untuk berkomunikasi dengan manusia. Kami rasa penting untuk menunjukkan kemampuan kucing juga. “Banyak pemilik kucing tahu bahawa kucing memahami namanya sendiri. “Kucing memahami isyarat manusia lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh ramai orang,” kata Dr Atsuko Saito, pengarang pertama kajian itu.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bagaimana haiwan lain, termasuk anjing, ikan lumba-lumba dan burung kakak tua dapat menunjukkan reaksi tentang pemahaman suara manusia. Tetapi hingga kini, belum ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kucing dapat menunjukkan pemahaman seperti itu.

Eksperimen ini melibatkan 78 kucing yang berada di dalam rumah dan “kafe kucing” di Jepun. Namun karya itu telah dikritik oleh ahli penyelidik profesional yang lain. Dr John Bradshaw, seorang pakar mengenai tingkah laku anjing dan kucing di University of Bristol, mengatakan:

“Pada pandangan saya, kajian ini tidak banyak memberitahu kita mengenai hubungan antara kucing dan manusia, kucing mampu mempelajari kepentingan tertentu, sesuatu yang sudah diketahui oleh kebanyakan pemilik kucing. ” “Contohnya, banyak yang menggunakan makanan ringan kucing untuk memujuk kucing mereka masuk ke dalam rumah. Ini jelas tidak menunjukkan bahawa kucing dapat memahami bahasa manusia,” kata akademik itu kepada The Guardian.

Sumber: Mirror

Terkini Saintis bongkarkan risiko tinggi kepada kucing untuk terkena Covid 19 yang juga memberi kesan buruk kepada haiwan yang lain. Ini perkara yang dilakukan sekiranya perkara itu berlaku terutamanya bagi pemilik kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk

COVID-19: Haiwan peliharaan individu positif perlu dikuarantin

KUALA LUMPUR: Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). “Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil dan tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah. Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19. “Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda, pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi, namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet. “Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia. “Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan, namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan. Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya. Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. – BERNAMA

Kucing peliharaan dijangkiti COVID-19

LONDON: Seekor kucing peliharaan didiagnos menghidap COVID-19, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan haiwan di United Kingdom (UK) dan ia disahkan kerajaan. Kucing itu dipercayai dijangkiti virus daripada pemiliknya, yang semuanya sudah sembuh sepenuhnya.

Haiwan itu hanya menunjukkan gejala ringan, sekali gus dipercayai tidak menjadi punca menyebarkan penyakit berkenaan kepada pemiliknya atau manusia dan binatang lain. Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Jangkitan itu disahkan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu. Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya. Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.

“Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COVID-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan. “Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.

“Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya. Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan.

Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COVID-19. Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *