Timbul isu bila ada yang termakan roti yang sudah berkulat. Terkini Dr. Rudolph bongkarkan jawapan dan kesan makan roti berkulat pada kesihatan yang ramai tak tahu.

Info Infomaklumat tips

ROTI adalah antara makanan yang memang sentiasa ada di rumah kerana ia bukan sahaja sedap tetapi mudah disediakan dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, pasti ada di antara kita yang pernah secara tidak sengaja termakan roti yang telah rosak dan ditumbuhi kulat, bukan?

Persoalannya, adakah ia berbahaya bagi kesihatan? Pakar Gastroenterologi, Pusat Kesihatan Saint John, Amerika, Dr. Rudolph Bedford berkata, termakan makanan yang sudah ditumbuhi kulat tidak mendatangkan bahaya serius apatah lagi menyebabkan kemtian. “Anda tidak akan mvti hanya kerana termakan makanan yang sudah berkulat dan paling tidak anda hanya berasa jijik dan memuntahkannya kembali,” katanya.

Pun begitu kata Dr. Rudolph, sekiranya terdapat gejala selain daripada rasa mual, kita disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada sebarang jangkitan lain. “Perut kita sebenarnya adalah lingkungan yang kuat, jadi sebahagian besar bakteria dan kulat tidak dapat bertahan,” jelasnya.

Bahkan katanya, dalam kebanyakan kes, pesakit tidak akan jatuh sakit. Sementara itu, Dr. Rudolph memberitahu ada sesetengah orang mungkin akan menunjukkan reaksi elergi kerana beberapa jenis kulat dapat mendatangkan masalah pernafasan. Jelasnya, keadaan itu bagaimanapun hanya bersifat sementara dan boleh dirawat.

Dr. Rudolph turut menyarankan sebelum membuat pembelian sesuatu makanan periksa tarikh luput serta membeli dalam jumlah yang kecil. Selain itu pastikan makanan yang mudah rosak disimpan dengan baik selain memastikan tempat penyimpanan adalah bersih.- MSTAR

Kerap bagi anak makan makanan manis. Dr Azila bongkarkan seorang kanak kanak ini mengalami masalah yang melibatkan otak dan harap semua ibu bapa ambil berat akan perihal tersebut

Terbaru,tular perkongsian seorang doktor pergigian,Dr Azila menerusi FBNya berkaitan seorang kanak-kanak yang terlalu kerap makan makanan manis sehinggakan menganggu tahap kesihatannya. Kanak kanak tersebut berhadapan dengan situasi sukar apabila mukanya membngkk dan lebih teruk lagi apabila terdapat kuman yang hampir merebak ke otak.

Oleh kerana tabiat suka makan makanan manis, nyawa kanak-kanak itu hampir berada dalam keadaan bahaya. Lumrah seorang kanak-kanak pastinya suka makan makanan manis seperti gula-gula atau coklat.Namun, tanpa pemantauan ibu bapa keadaan berkenaan boleh memudaratkan.

Doktor Azila berkongsi kisah salah seorang pesakitnya itu untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa.“Setelah masuk ke dalam bilik operasi begini ceritanya. Ibu bapa muda itu memberitahu anaknya sakit gigi di sebelah kanan atas sejak tiga hari lalu,” katanya.

Berikut kronologi pemeriksaan kanak-kanak itu:Hari pertama: Mula-mula mereka membawa ke Klinik Gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor Klinik Gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik Syrup Amoxycillin 3 mililiter (ml) tiga kali sehari dan Syrup Paracetamol 3ml tiga kali sehari. Hari kedua: Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke Klinik Gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

“Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus kerana beliau memberi temu janji untuk rawatan pulpotomi. Berkemungkinan temu janji doktor tersebut penuh,” tulisnya.Doktor Klinik Gigi B memberi pula ubat tambahan Syrup Metronidazole 8ml tiga kali sehari.

Selepas pulang dari klinik, muka kanak-kanak tersebut mulai bngkak. Pipi bawahnya bngkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Sampaikan tertutup mata kanan pesakit! Keadaan itu didiagnosis sebagai ‘facial cellulitis’.Jadi mungkin anda tertanya-tanya, kenapa sakit gigi boleh buat muka bngkak sebegitu rupa?

Ia kerana berlaku jangkitan pada tisu muka, selulit muka menyebabkan muka menjadi bngkak.“Antara puncanya, sering memberi makanan manis setiap pagi,” kongsi Dr Azila.Jadi, buat ibu bapa, awasi pemakanan anak-anak korang. Jangan leka, banyak padah akan menimpa.

Pesakit Ini Enggan Makan Ubat Hospital. Dr Malar Dedah Kisah Seorang Pesakit Ini Dikejarkan Ke Zon Merah Selepas Mendapati Dia Alami Satu Masalah Ini

Lazim bagi pesakit kr0nik, pengambilan ubat secara disiplin adalah sangat penting untuk mencegah diri daripada kejadian yang tidak diingini. Pengambilan ubat-ubatan juga hendaklah mendapat nasihat dan pandangan daripada doktor pakar. Seperti kisah yang dikongsi Dr Malar Santhi Santherasegapan, seorang pesakit dikejarkan ke zon merah selepas muntah-muntah dan sakit kepala. Selepas menjalani ujian CT scan, didapati terdapat pengeluaran cecair merah di bahagian otaknya.

Saya masih ingat lagi pesakit tu, saya shift malam waktu itu. Baru habis makan satay. Tetiba, ada bunyi kereta honk depan pintu emergency. Staff berlari keluar dengan trolley. Pesakit dalam kereta, tak boleh gerak. Anaknya cakap, mntah sampai tak larat. 4 staff keluarkan patient dari kereta. First thing lalu kat fikiran saya, “Lain macam je ni, mesti bukan kes muntah”.

Memang betul. Bila patient dah atas trolley, saya nampak dia langsung tak bukak mata. Tangan dan kaki “tarik”. Panggil nama takde respond. Takde suara. Hanya ada bunyi seperti menjrit kesakitan. Hadoi! Tolak masuk RedZone terus. Pasang BP cuff kat lengan, bacaan 250/120. Saya kira kadar kesedaran dia, Glascow Coma Scale dia 6/15. Sejurus selepas tu, pesakit sawn. Nightmre!!! Ini adalah nightmre bila kerja malam!

Staff saya dah tak perlu diberi arahan, dia orang tahu apa nak buat. Pasang jarum, letak oxygen mask, check gula, itu semua automatic. Saya tanya sejarah sikit je kat ahli keluarga. Info yg saya dapat: Memang ada teknan darh tinggi lebih kurang setahun, tapi tak makan ubat. Pesakit tak suka makan ubat hospital katanya. Muntah muntah dan sakit kepala sejak petang, nampak lembik, dan ada cakap merapu sikit. Lebih kurang waktu Maghrib, dia jatuh terkul4i.

Kurang dari 2 minit je perbualan. Saya terangkan keadaan pesakit , mata tak bukak, dah tak sedar walaupun jantung masih berdegup dan masih bernafas, dan tekanan darh sangat tinggi. Verbal consent untuk prosedur intubasi dan rawatan life saving diminta dari ahli keluarga, mereka izinkan. Then bermula lah perjuangan kami dengan pesakit. Bagi Valium iaitu ubat sawn. Bagi ubat pre intubasi, Fentanyl, Midazolam dan Rocuronium.

Tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak, atau lebih tepat, ke dalam trachea. Tiub disambung ke mesin ventilator, iaitu pengganti kepada paru-paru. Ubat untuk stabilkan tekanan darh, iaitu Labetolol dimulakan dengan segera. Ubat pelali iaitu campuran Midazolam & Morphine diberikan juga. Kedua-dua ubat ni diberi secara infusion, iaitu berterusan. Ryles Tube iaitu tiub dari hidung ke perut dimasukkan untuk elakkan perut kembung. Tiub kncing dipakaikan.

Update keadaan sikit dekat ahli keluarga. Terangkan pesakit perlukan CT Scan Brain (otak) sebab saya suspct tekann darh terlmpau tinggi telah menyebabkan pendarhan dalam otak. Besar kemungkinan itu yang menyebabkan pesakit sawn. Okay next? Tolak patient ke bilik CT Scan untuk CT Brain (otak). Walaupun dekat je, ini satu lagi nightmre! Macam-macam mesin kena pasang kat patient, dan kena angkut sekali. Mesin ventilator, mesin pantau tekanan darh dan tahap oxygen, dan 2 mesin pam ubat. Itu minimum. Korang kira lah berapa mesin.. Ohh lupa plak.. Tangki oxygen pun kena tolak sekali, biasanya kami letak kat bahagian bawah katil.

Putih itu pendarhan

Tolak ke bilik CT Scan dengan penuh berjaga-jaga. Lepas tu, kena transfer dia dan mesin mesinnya ke atas “katil” CT Scan pulak. Haaaaiiiihhhhh… Jangan tanyalah betapa stressnya proses ni semua. Semua ni kena buat secepat mungkin. Sebab setiap minit sangat berharga. Dengan nervous tunggu gambar scan otak terpancar kat computer. Jennngggg jeng jengggg! Dah agak!PENDARHAN DALAM OTAK!! BESAR SANGAT!! Sehingga menyebabkan bahagian otak kanan, tertolak ke kiri (midline shift).
*(rujuk gambar)

Satu lagi ubat ditambah, Manittol. Terus saya telefon Pakar Neurosurgery, rumusan kes diberi. Gambar dan video CT Scan dihantar. Terangkan kepada ahli keluarga: Pesakit perlukan operasi segera untuk buang ketulan darh tu, iaitu Craniotomy. Tengkorak kepala akan dibuka untuk buang ketulan darh. Operasi segera akan menyelamatkan nyawa, dan mungkin boleh pulihkan tahap kesedaran dan fungsi otak pesakit.

Akan lumph tak lepas operasi? Tak boleh nak cakap sekarang. Bergntung kepada keadaan pesakit lepas operasi. Keluarga faham dan setuju! Pakar ready di dewan operasi!! Terus hantar pesakit!! Sekarang korang faham tak moral of the story? Lain kali kalau kerja shift malam, jangan makan satay. Pemakanan satay di waktu malam telah terbukti menyebabkan keJonahan yang tak terhingga. Kalau staff bawak satay, atau orang offer nak belanja pun, korang kena kental jangan makan. Kalau terjonah, jangan cakap Dr Malar tak pesan!#celotehdrmalar**Kalau tak suka makan ubat darh tinggi, sila lah suka sukakan diri untuk keadaan dan prosedur sebegini. Boleh kira sendiri berapa banyak ubat terpaksa diberi bila dah dalam kecemsan macam ni. Makan lah ubat mengikut nasihat doktor.Sumber: Malar Santhi Santherasegapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *