Industri penerbangan semakin terkesan dengan penularan covid 19. Terbaru Malindo Air terpaksa memberhentikan ramai pekerja dan ini luahan hati pekerja pekerja tersebut.

Covid 19 Viral

Berikutan impak COVID-19 ke atas industri penerbangan, Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) juga terpaksa mengurangkan sekitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil. Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting istimewa selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi semalam.

Trending di media sosial. “2000 Malindo staff signing off with farewell wishes on medsoc. It is a loss of livelihood: the ability to support ourselves and often our families. This must be incredibly difficult for you guys. Stay strong @malindoair. We’re all in this together #sad#malindo#COVID

Dengan meletakkan ‘hashtag’ #Malindo, mereka membuat dedikasi dengan mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat tambah rendah itu yang pastinya tinggalkan memori serta kenangan terindah. Rata-rata memuat naik pelbagai gambar dan video bersama rakan seperjuangan sehingga turut mengundang sebak warganet yang lain. “Terima kasih Malindo Air!”. “last day kerja, thank you malindo for 5 amazing years”. “Hari pemberhentian”.

Bekas pekerja yang menggunakan nama seperti @irriananana dan @nasuhajamil antara reda selain menerima takdir tersebut serta percaya dengan perancangan terbaik Allah SWT. “Saya terima & tidak salahkan siapa2”. “Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya”. “The end of the chapter. Thank you Malindo for all the memories. Dari zaman trainee then masuk kerja. Never ever imagined this day would come, but Allah’s plan is always beautiful than our desire. Stay strong, dear self. Khairun Nasuha signing off”.

Terdahulu menerusi laporan media, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja sahaja. Difahamkan proses pemberhentian tersebut dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang kekal akan melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

Sumber: Twitter, BH Online (Alzahrin Alias)

Malindo Air kecilkan operasi, kurangkan pekerja

KUALA LUMPUR: Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) akan beroperasi pada skala yang lebih kecil dan terpaksa mengurangkan sehingga 2,200 pekerjanya dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan ekoran impak COVID-19 ke atas industri penerbangan. Sumber berkata, perkara itu sudah dimuktamadkan oleh pengurusan Malindo Air pada mesyuarat yang berlangsung Jumaat lalu.

Beliau berkata, ketika ini syarikat penerbangan tambang rendah itu mempunyai 3,200 pekerja memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja. “Armada pesawat Malindo Air juga akan dikurangkan. Syarikat beroperasi dengan lima buah pesawat berkuasa jet merangkumi Boeing 737-900ER dan 737-800 serta enam pesawat turboprop ATR72-600.

“Syarikat juga meminta pekerja yang masih kekal melaksanakan bidang tugas berganda, bagi menampung kekurangan tenaga kerja. “Tempoh akhir untuk pekerja yang terbabit dalam pemberhentian itu adalah pada 30 November ini,” katanya kepada BH. Malindo Air sebelum ini pernah mempunyai 5,200 pekerja telah menjalankan proses pembuangan pekerja tahun ini.

Ia juga telah mengurangkan lebih daripada 50 peratus kapasiti penerbangannya berbanding 2019. Armada pesawat Malindo Air yang beroperasi sebelum ini adalah sebanyak 24 buah pesawat Boeing 737-800 dan enam pesawat 737-900ER serta 12 buah pesawat ATR 72-600. Mac lalu, Malindo Air memindahkan pesawatnya kepada syarikat sekutunya Batik Air.

Pengurusannya juga telah melaksanakan beberapa langkah pengawalan seperti menggantung beberapa perkhidmatan, selain meminta penangguhan bayaran daripada operator lapangan terbang, syarikat pengurusan darat dan pembekal/vendor. Ia juga meminta pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela, manakala pengurusan kanannya dipotong gaji sehingga 40 peratus.

Ketika awal penubuhannya, Malindo Air adalah syarikat penerbangan usaha sama antara National Aerospace & Defense Industries (NADI) dari Malaysia sebanyak 51 peratus kepentingan bersama Lion Group dari Indonesia (49 peratus). Syarikat itu berpangkalan di Subang Skypark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun pada 2017, NADI melupuskan keseluruhan kepentingan dalam syarikat penerbangan itu. Ketika ini, pemegang saham utama Malindo Air adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy melalui Sky One Investors Sdn Bhd sebanyak 51 peratus, manakala Lion Group menguasai 49 peratus.-BHONLINE

Ratusan lagi pekerja AirAsia dijangka akan diberhentikan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19. Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan COVID-19 berkenaan.

Bercakap kepada Bernama, sumber enggan dikenali yang mempunyai akses terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat pada dialog awam bersama pekerja hari ini berkata, tiada butiran lanjut diumumkan kecuali pekerja terbabit akan dimaklumkan paling lewat dalam tempoh 72 jam ini.

Pada sesi itu, Riad dipetik sebagai berkata: “Kita sedang menghadapi situasi yang amat sukar. Dalam keadaan semasa ini, sukar untuk kita bertahan mengikut keadaan sebelumnya. “Ya, keadaan ini amat mencabar dan tidak mudah. Kita berusaha gigih untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan dan (pada masa sama) cuba untuk mengekalkan khidmat semua pekerja.

“Apa yang pasti, kita berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat seramai mungkin pekerja mengikut (jumlah) pesawat yang digunakan. Kita amat berhati-hati (dalam membuat keputusan) hari ini namun mlangnya, kita telah memutuskan untuk melepaskan segelintir daripada anda.”

Menurut sumber itu lagi, pasukan pengurusan AirAsia akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja terbabit seperti ganjaran perubatan, penebusan kupon penerbangan sehingga akhir tahun ini selain kaunseling. Riad juga dipetik sebagai berkata, pekerja terbabit akan dipanggil untuk berkhidmat semula selepas syarikat penerbangan itu berjaya mengatasi kesukaran terbabit.

“Untuk mereka yang berkenaan, saya mohon maaf. Anda perlu tabah…kita akan menyokong anda dan membantu anda mengharungi (keadaan ini). Ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan, namun sebagai CEO syarikat ini, saya bertanggungjawab penuh dan menggalas kebertanggungjawaban ini.

“Kita telah mencuba sedaya mungkin tetapi syarikat ini perlu terus bertahan…semuanya menyentuh aspek kelangsungan itu,” kata Riad, sekali gus menunjukkan bahawa langkah pengurangan pekerja itu dijangkakan selesai menjelang akhir bulan ini. Selain itu, kata sumber berkenaan, pekerja yang tidak terbabit dengan langkah itu juga tidak akan dikenakan potongan gaji.

Menurutnya, Riad juga berkata kumpulan syarikat penerbangan itu telah memaklumkan mengenai keadaan yang dialami syarikat kepada kerajaan namun belum mendapat sebarang maklum balas. “Kita bertahan secara sendirian. Ini bukanlah perkara baharu. Kita adalah ‘survivor’ (pemandiri) dan belum menerima sebarang bantuan secara langsung,” katanya.

Sementara itu pada sesi berasingan, CEO AirAsia X Bhd (AAX) Benyamin Ismail pula mengumumkan bahawa syarikat penerbangan jarak jauh itu turut meneliti langkah pemberhentian yang lebih meluas dan membabitkan pekerja segmen teknikal sehingga anak kapal. Beliau dipetik sebagai berkata, keputusan itu berdasarkan prinsip ‘pekerja terakhir masuk, diberhentikan dahulu,’ sekali gus membayangkan bahawa ini dijangka membabitkan ratusan pekerja dengan hari terakhir bekerja mereka jatuh pada akhir Oktober.

Menurut sumber itu, segelintir pekerja akan turut ditawarkan cuti tanpa gaji yang berkemungkinan besar membabitkan tempoh selama enam bulan atau sehingga keadaan kembali pulih. “Saya tidak tahu bila kita dapat meneruskan semula penerbangan. Kita beranggapan, pemberhentian pekerja ini adalah yang sewajarnya dan berharap dapat memberi sedikit kepastian kepada orang ramai,” kata Benyamin. Sumber itu berkata, AAX juga akan turut melakukan semakan semula gaji pokok pekerja di segenap peringkat. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *