Terbaru Dr Noor Hisham bongkarkan kesan PKPB kepada wabak Covid 19 dan kadar kebolehjangkitan covid 19 di negara ini semakin menunjukkan perubahan.

Covid 19

PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini semakin menunjukkan penurunan apabila kes positif baharu dilihat kurang daripada unjuran yang dibuat Kementerian Kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebelum ini unjuran ditetapkan pada 1.5 dan sepatutnya kes positif boleh mencecah 1,357 pada semalam dan hari ini.

Beliau berkata, unjuran pada kadar kebolehjangkitan 1.0 pula menjangkakan kes positif sebanyak 950 pada semalam dan hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, semalam KKM merekodkan kes positif baharu pada 799 dan sebanyak 659 kes positif baharu direkodkan hari ini.

“Bererti apabila kita mengikut unjuran 1.0 kes direkodkan kurang daripada itu. Ia bermaksud tindakan kita dalam tempoh dua minggu apabila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengimbangkan kesihatan dan ekonomi, telah menampakkan hasil positif.

“Kita dapat menurunkan kadar kebolehjangkitan kurang daripada 1. Ini adalah kerana positif hasil pengurusan dan tindakan KKM,” katanya pada sidang media harian COVID-19. Beliau berkata, pihaknya berharap dengan menggiatkan tindakan dan aktiviti pengurusan jangkitan COVID-19, ia dapat dikurangkan dalam tempoh dua minggu lagi. Justeru, beliau berkata, KKM mengharapkan kerjasama rakyat Malaysia untuk kekal di rumah dalam tempoh dua minggu lagi selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP).- BHONLINE

1000 kes pulih dicatatkan pada 31 Oktober. Ketua pengarah Kesihatan maklumkan tiada pemergian dan tiada kluster baharu serta jumlah klusterbuat masa ini

Sejumlah 1,000 kes pulih Covid-19 dicatat hari ini, jumlah kes pulih paling tinggi sejak permulaan pandemik itu di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes baharu yang dicatat hari ini juga turun kepada 659 kes dengan tiada pemergian dan tanpa pertambahan kluster baharu dilapor.

Dr Noor Hisham berkata, dengan itu, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 di negara ini adalah 21,248 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 10,051 kes.”Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh melibatkan bukan warganegara dan bagi kes tempatan pula Sabah mencatat 529 kes manakala negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang merekodkan 70 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru, jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster,” katanya pada sidang akhbar perkembangan situasi Covid-19, di sini hari ini. – Bernama

Ramai Petugas SPR Nyatakan Perasaan Bimbang Bertugas Di PRK Batu Sapi Kerana Takut Jangkitan COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya memberitahunya bahawa para petugas mereka khuatir dijangkiti COVID-19 jika pilihanraya diteruskan di Batu Sapi dan Sarawak.

Dalam perutusan hari ini, beliau berkata PRK Batu Sapi yang dijangka akan diadakan pada Disember ini dan Pilihanraya Sarawak yang mungkin diadakan bila-bila masa tidak dapat dielakkan kerana tertakluk kepada perlembagaan. Pun begitu katanya, kedua-dua pilihanraya ini hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di kawasan terlibat.

“Dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan hari ini, setiausaha SPR memaklumkan, ramai petugas pilihanraya menyatakan berasa bimbang untuk bertugas ketika pilihanraya Batu Sapi nanti kerana takut dijangkiti COVID-19.

“Ketua Pengarah Kesihatan juga melaporkan, jika pilihanraya negeri Sarawak diteruskan, beliau amat bimbang kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap, apakah akan mampu menampung peningkatan kes COVID-19 yang berkemungkinan naik mendadak selepas pilihanraya,” tambahnya.Katanya, sebanyak 20,000 kes positif baru telah dicatatkan dalam gelombang ketiga COVID-19 berbanding 10,000 kes direkodkan sebelumnya.

“Saya memandang serius trend peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di negara kita pada masa ini. Dalam gelombang ketiga COVID-19 ini, hanya dalam tempoh sebulan lalu, hampir 20,000 kes positif baru dicatatkan di Malaysia berbanding 10,576 kes dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

“Jumlah keseluruhan kes positif setakat 30 Oktober 2020 ialah 30,090 kes dengan 246 kematian. Setakat ini Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,701 kes. Negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sementara itu tambahnya, peningkatan mendadak ini telah memberi tekanan kepada para petugas barisan hadapan.Katanya, di Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan positif dan lebih 1,200 petugas dikuarantin manakala seramai kira-kira hampir 11,000 anggota polis terpaksa dikuarantin setakat ini di seluruh Malaysia.Ramai petugas SPR nyatakan perasaan bimbang bertugas di PRK Batu Sapi kerana takut jangkitan #COVID-19— BERNAMA (@bernamadotcom)

PRK Batu Sapi, PRN Sarawak Tidak Dapat Dielak – Muhyiddin

Putrajaya, 31 Okt – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihanraya di Batu Sapi dan Sarawak hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.Katanya dalam perutusan khas hari ini, peningkatan kes COVID-19 yang tinggi kini merupakan situasi yang merisaukan. Pun begitu, pilihanraya tidak dapat dielakkan kerana tuntutan perlembagaan.

“Kalau saudara saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak patut diadakan langsung pada hari ini. Tetapi apa boleh dibuat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan.“Maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya kecualilah jika darurt diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak. Maka bolehlah kita tangguh kedua-dua pilihanraya itu sehingga COVID-19 ini berakhir.

Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa sebab sekalipun, rayuan saya pada semua penduduk di Batu Sapi dan Sarawak, berhati-hatilah. Jagalah diri saudara saudari semua dan patuhi SOP apabila pilihanraya diadakan, katanya.Menurut Fasal 1, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi parlimen manakala fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dewan undangan negeri.Sumber: Bernama TV

SHORTS: Dari udara ke darat Covid-19 ubah gaya hidup. Kehidupan semakin mencabar saat diuji Covid-19. Statistik menunjukkan bilangan mflis tahun ini juga bertambah.Bagaimana keadaan sukar ini boleh dipulihkan? Ikuti kupasannya bersama Bekas Juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

MKN rangka pelan tindakan kawal Covid-19 jangka panjang


KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka pelan tindakan menyeluruh bagi menjamin wabak koronavirus (Covid-19) terus terkawal meskipun pandemik itu berterusan untuk jangka masa panjang.Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelan tindakan tersebut akan berdasarkan penilaian fakta dan pengalaman tindakan yang telah dilakukan kerajaan dalam mengawal Covid-19 sejak Januari tahun ini.

“MKN masih dalam proses menganalisis semua corak tindakan yang telah dilakukan. Tindakan yang dipilih daripada sampel-sampel yang mempunyai kesan baik akan digabungkan supaya ia dapat menjadi satu pelan hadapan yang boleh menjadi panduan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi bertajuk ‘Pengurusan Covid-19: Pelaksanaan, Cabaran dan Masa Depan’. Dalam pada itu, Rodzi berkata, keadaan geografi negara seperti kawasan pedalaman yang luas, perairan terbuka yang bersempadan dengan negara jiran di pantai timur Sabah menjadi cabaran besar dalam menangani pandemik Covid-19.

Sehubungan itu katanya, penguatkuasaan di kawasan sempadan perairan dan daratan bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mungkin pembawa Covid-19 menjadi perkara penting ketika ini di samping usaha menyekat penularan tempatan.“Penularan Covid-19 yang tinggi di negara jiran dengan kemasukan PATI yang ramai, menyebabkan ia menjadi satu fenomena sekali gus menambahkan kadar kes di negara kita,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *