Sayu bila seorang bapa titipkan kata kata ini kepada menantunya saat melepaskan anak perempuan kesayangan undang sebak orang ramai. Rupanya ini yang terjadi.

Viral

Momen spontan yang dirakam ternyata lahir dari hati ikhlas apabila kata-kata penuh indah dan bermakna diluahkan sehingga berjaya meruntun hati warganet. Itulah hari yang pastinya tidak akan dilupakan seorang bapa apabila terpaksa melepaskan anak perempuan kesayangannya kepada jejaka pilihan hati anaknya.

Menerusi video berdurasi 44 saat yang tular di media sosial, seorang bapa dilihat memberi pesanan penuh menyentuh hati kepada pengantin lelaki. Dia berpesan agar menantunya itu menjaga anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

“Saya serahkan anak saya kepada kamu, saya serahkan amanah saya. Kamu jaga amanah saya sebagaimana saya menjaga dia. “Kalau kamu datang ambil dia cara begini sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kembalikanlah kepada kami,” demikian kata si bapa, seolah-olah merayu agar menantunya itu menjaga anak perempuannya dengan baik.

Bercerita kepada mStar, pengantin perempuan Awanis Abdul Rahman, 30, terkejut apabila video pada hari pernikahannya dengan suami, Safwan Zakwan Zulkipli, 30, pada 20 Jun lalu tiba-tiba menjadi tular. “Video ni pada mulanya viral di Twitter tapi saya tak ada Twitter. Saya dapat tahu pun dari kawan-kawan yang tag dekat Instagram dan Facebook. “Memang kami sekeluarga terkejut sebab video ni tiba-tiba viral. Sebenarnya saya dan suami selamat diijabkabulkan pada 20 Jun lalu,” katanya.

Gambar kenangan bersama ibu bapa masing-masing. Mengimbau kembali momen itu, anak sulung lima beradik ini mengakui turut sebak dengan kata-kata bapanya, Abd Rahman Abd Latip, 62. “Masa tu saya dapat dengar dengan jelas. Sebak, sedih semua ada. Saya tak sangka ayah akan cakap macam tu selepas selesai majlis nikah.

Kalau kamu datang ambil dia cara begini sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kembalikanlah kepada kami.

ABD RAHMAN ABD LATIP

Bapa

“Hubungan saya dan keluarga terutama sekali ayah amat rapat. Mungkin dia sebak sebab kali pertama lepaskan anak perempuan pada orang lain. “Lagipun ini majlis pertama yang dibuat di rumah dan pernikahan anak perempuan sulung dalam keluarga,” katanya yang bekerja sebagai juruukur bahan. Dalam pada itu, Awanis turut menyifatkan insan disayanginya itu sebagai seorang yang tegas dan bertanggungjawab.

“Ayah seorang yang bertanggungjawab sepanjang membesarkan kami lima beradik. Dia juga jadi tempat rujukan saya untuk pelajaran, karier dan jodoh. “Dia juga amat tegas dalam mendidik anak-anak. Kami memang diajar untuk makan semeja sebab abah kata apa-apa family first,” katanya. Tambah Awanis, dia dan suaminya sepatutnya disatukan pada 4 April lalu tetapi majlis terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).- MSTAR

Ingatkan mak ayah tidur selama 3 hari. Budak 5 tahun ini sanggup jaga adiknya yang berumur 1 tahun sepanjang 3 hari tersebut. Satu hari terbongkar rupanya ibu bapanya sudah lama pergi buat selamanya

Mereka menyangkakan ibu bapa mereka sedang tidur,seorang kanak-kanak berumur lima tahun di Rusia terpaksa menjaga diri sendiri dan adik lelaki berusia satu tahun. Siapa sangka ibu bapa mereka sebenarnya sudah hembuskan nafas terakhir mereka selama tiga hari akibat keracunn makanan.

Pemergian ibu bapa kanak kanak itu terbongkar apabila pasangan Alexander dan Viktoria yakunin tidak hadir pada perjumpaan keluarga yang diadakan. Ibu saudara yang berasa tidak sedap hati segera menghubungi si bapa namun panggilan dijawab anak saudara yang berusia lima tahun.

Menurut si anak, ibu bapanya sedang tidur dan tidak bangun selama berhari-hari. Malah, badan ayahnya bertukar menjadi hitam selepas makan jeruk. Tambahnya, dia mengambil alih tugas menjaga adiknya yang berusia satu tahun.

Selepas mengetahui kejadian mengejutkan itu, ibu saudara, Natalia Bakulina segera bergegas ke flat di kawasan Leningrad Rusia untuk memeriksa keadaan mereka.Saya melulu masuk dan nampak segala-galanya. Saya jatuh terduduk dan menjrit. Menurut Natalia lagi, pasangan itu ditemui tidak bernafas di atas katil. Dia segera menelefon polis dan membawa kedua-dua anak saudaranya keluar dari kawasan kejadian.

Hasil siasatan mendapati sehari sebelum kejadian, nenek ada memberi sebekas jeruk yang dibuatnya sendiri. Jeruk tersebut ditemui di dapur rumah dalam keadaan terbuka.Oleh itu, pihak berkuasa tidak menolak punca pemergian adalah disebabkan oleh keracunn makanan. Mereka turut mengesyaki tksin botulinum dari jeruk adalah penyebab perginya pasangan itu.Menurut jiran, Mikhail Khomchenko, pasangan itu digambarkan sebagai pasangan romantis dan sempurna. Dia turut menafikan ada kemungkinan faktor lain yang menyebabkan mereka terkrbn.

Tular kisah adik beradik yang berpakat nak kenakan ayah mereka ketika menyambut hari jadinya. Tiba tiba lain pula yang jadi hingga mengundang sebak orang ramai.

Ayah diibaratkan seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Walaupun mereka tegas namun, jauh dari sudut hati mereka juga beremosi dan mudah tersentuh dengan apa saja yang dilakukan oleh anak-anak.

Sebuah video yang dikongsikan pengguna Twitter iaitu Muimisa sangat tersentuh ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayahnya. Difahamkan, pada awalnya adik-beradik ini ingin ‘prvnk’ terlupa birthday ayah mereka tapi lain pula yang terjadi.

Tak sangka ayah menangis. Lebih meruntun hati, apabila air mata seorang ayah akhirnya gvgvr. Ayah yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan suka berjenaka itu tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada anak-anaknya. Sambil memotong kek, dia mengadu sebak apabila tiada seorang anak yang mengingati tarikh ulang tahun kelahirannya itu.

Buat prnk birthday abah. Video berdurasi 1:15 minit merakamkan keriangan mereka sekeluarga ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayah. Situasi ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang menonton video tersebut. Warganet turut kongsikan kenangan mereka dibawah ni.

Sementara itu, warganet juga berkongsikan pengalaman dan kerinduan menyambut birthday ibu bapa mereka. Tidak dinafikan, rata-rata di antara mereka juga mengalirkan air mata setelah menonton video yang dikongsikan ini.

Sumber: Muimisa

Selepas belanja ibu dan ayahnya beli barang barang dapur dia terus dapat benda lain sehingga mengejutkan dirinya. Memang tak sangka dapat macam itu.

Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Pasti anda pernah dengar ungkapan ini, yang membawa makna kita perlu sentiasa bersedekah dan membantu orang lain dengan menggunakan rezeki yang didapati. Baru-baru ini, seorang usahawan muda, Diana (@_dianasruddin) ada berkongsikan kisahnya yang mendapat keuntungan besar dalam peniagaan tudung selepas belanja ibu bapanya barang dapur di pasar raya. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Diana di laman Twitter.

Terang pemilik Diana Shawl ini, dia ada berkongsikan sedikit rezeki yang ada dengan belanja ibu bapanya barang dapur yang bernilai hampir RM600 pada 9 Oktober lepas. Namun siapa sangka, pada 10 Oktober, perniagaannya mendapat sambutan dan memberi pulangan untung sehingga 6 angka. Diana sedekah RM600, tapi diganti dengan untung 6 angka! Terkejut dengan apa yang terjadi, usahawan yang berumur 23 tahun ini menyatakan ini adalah pengajaran yang baik buat dirinya. “Jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas”

Ciapan yang mendapat hampir 12,000 perkongsian ini mendapat perhatian warganet, yang turut berkongsikan kisah mereka dalam bersedekah ini. “Patutlah asal nak beli je banyak halangan”. “Dapat offer kerja dengan gaji RM1600++”.

“Tadi baru je belanja opah makan”. “I dapat JPA punya program for my degree life”. Pengajaran buat kita semua, jangan pernah berkira untuk bersedekah terutamanya dengan keluarga sendiri. Ganjaranya pasti lebih besar daripada apa yang disedekahkan. Sumber: LobakMerah

Kredit: _dianasruddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *