Mengagumkan Liza Abdullah dedahkan prinsipnya selepas menjadi semakin terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku. Ini jawapan sebenar dari pelakon itu.

artis

Hampir empat dekad bergelar anak seni, nama pelakon versatil, Norliza Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Liza Abdullah, 56, masih lagi menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini. Jika sebelum ini dirinya sinonim dengan watak komedi, semenjak akhir-akhir ini Liza yang telah membintangi lebih 10 buah filem dan hampir 70 buah drama serta telefilem itu meledak dengan karakter antagonis dan kemuncaknya menerusi watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Bicara Seni pada minggu ini berkongsi pandangan beliau kembali meniti populariti selepas beberapa dekad dalam industri.

SINAR PLUSApakah reaksi anda apabila nama menjadi tular dan kembali menjadi sebutan ramai gara-gara watak Mak Leha dalam 7 Hari Mencintaiku 2?

LIZA ABDULLAH: Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini berlaku kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon. Mungkin ia menjadi perhatian kerana watak Mak Leha itu sendiri dekat dengan masyarakat iaitu seorang ibu mertua yang ‘jahat’ dan bermasalah dengan menantu. Rasa macam tak percaya ia begitu memberi impak kepada penonton sehingga ramai betul yang membenci watak itu, selain memparodikan babak melibatkan Mak Leha di laman sosial.

Adakah anda kini dicop sebagai pelakon antagonis dan mula dibnjiri dengan watak-watak sebegitu?

Memang itulah selalunya yang akan dihadapi oleh kebanyakan pelakon kita. Jika lakonannya untuk sesuatu watak itu memberikan impak besar, maka lamalah dia akan melekat dengan watak sebegitu kerana akan ada lagi tawaran-tawaran lain menyusul menerusi karakter sama. Apa pun saya OK sahaja kerana bagi saya, sebagai pelakon kita kena kreatif dan sentiasa sahut cabaran. Jahat pun ada pelbagai gaya dan caya, jadi pandai-pandailah kita warnakan agar watak itu jadi pelbagai walaupun dalam kategori sama.

Apakah cabaran berlakon dengan pelakon baharu di set penggambaran? 

Bagi saya, sebagai pelakon tidak kira senior atau junior, bila kita masuk set semua orang sama sahaja. Masing-masing perlu buat kerja dengan betul, jaga disiplin, tahu peranan yang perlu dimainkan dan selebihnya respek antara satu sama lain. Itu sahaja. Bagaimanapun biasalah, ada juga sesetengah pelakon baharu yang tidak memberikan sepenuh komitmen ketika di lokasi. Saya akan tegur bila ada keperluan untuk berbuat demikian. Bukan saja-saja tegur nak tunjuk bagus kerana kita pelakon senior, tetapi saya buat untuk kepentingan naskhah dan kepuasan bersama.

Sebagai pelakon senior, apa perasaan anda turut menjadi perhatian di media sosial dan dikenali dalam kalangan peminat generasi baharu?

Jujurnya saya memang terkejut dengan perkembangan tersebut kerana kita semua maklum media sosial didominasi oleh budak-budak muda, jadi pelakon senior macam saya ini jarang mendapat tempat di medium itu. Memang satu kejutan jugalah bila pengikut di media sosial saya naik bilangan dengan mendadak dan bila saya muat naik sesuatu gambar atau video, laju sahaja orang ‘like’ atau memberikan komen. Itu belum masuk lagi yang minta buat review produk dan sebagainya.

Rasa seronok sebab rasa penat lelah kita berbaloi bila orang menghargai kita dengan cara macam itu. Tak perlu tunggu anugerah, tetapi cara begini pun saya anggap sebagai satu penghargaan atas kerja seni saya. Bagaimanapun, saya tetap dengan prinsip saya untuk sentiasa bekerja dengan betul meskipun nama dijulang atau tidak. Paling penting, saya tidak pernah mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Adakah anda mempunyai target untuk berada dalam bidang seni sehingga tempoh tertentu?

Saya tidak pernah meletakkan tempoh tertentu untuk meletakkan nokhtah pada kerjaya seni saya. Bagi saya, bila tiba masanya, ia akan berlaku atas apa juga alasan sekalipun. Cuma pada ketika ini, saya selesa dengan apa yang lakukan dan ia adalah punca pendapatan untuk saya meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.

Sumber: SinarPlus

Mengejutkan pelakon 7 hari mencintaiku ini pergi menghadap illahi pagi . Punca dia pergi menghadap illahi mengejutkan warganet.

KUALA LUMPUR – Dramatis veteran, Idris Md. Diah pergi menghadap illahi awal pagi. Berita pemergian pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu disahkan oleh anak saudara nya, Nurul Nabihah Mod. Rizal kepada Kosmo! Online.

“Benar, bapa saudara saya pergi menghadap illahi awal pagi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi,” kata Nabihah. Idris atau nama penuhnya Mohd. Idris Mohd. Diah, 61, merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri. Dia yang sinonim dengan karakter bapa dan datuk itu juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Dia juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Dalam satu perkongsian status menerusi Facebook, seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud menyifatkan Idris sebagai aktor yang cukup dihormati. Pengalaman berganding dengan dia menerusi telefilem Bila Bulan Mengambang sekitar 1990-an masih berbekas di jiwa.

“Salah seorang pelakon yang sangat saya minat, segan dan amat saya hormati. Banyak yang saya pelajari daripada nya. Seorang aktor yang sangat merendah diri tetapi ilmunya luas sebagai seorang aktor. Berehatlah Idris di negara abadi,” memetik tulis Fauziah atau Ogy. Idris kini dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan diuruskan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong, sebelum Zuhur.

– K! ONLINE

Catat 12 Juta Tontonan Sepanjang Episod. Siti Rosmizah Dedahkan Sesuatu Berkaitan 7 Hari Mencintaiku Sehinggakan Meraih Perhatian Penggemar Drama Tersebut

Mencatatkan 12 juta tontonan sepanjang episod tayangan 7 Hari Mencintaiku, drama ini menjadi satu fenomena yang cukup luar biasa sekali. Hasil karya Siti Rosmizah dan diarahkan oleh Jamal Khan ini sudah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lalu.

Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Kazar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi. Semuanya cukup berbakat dan berjaya menghidupkan watak masing-masing.

Biarpun begitu, bagi peminat drama ini nampaknya masih ramai yang masih belum ‘move on’ dengan 7 Hari Mencintaiku. Ada diantara mereka yang membanjiri komen-komen rindukan drama ini di laman Instagram pelakon 7 Hari Mencintaiku.

Buat peminat drama ini selama dua musim berturut-turut, khabarnya ada berita gembira buat anda. Desas-desus mengatakan akan ada 7 Hari Mencintaiku musim ketiga! Menerusi laporan Berita Harian beberapa hari lalu, penulis skrip Siti Rosmizah memaklumkan akan ada 7 Hari Mencintaiku musim ketiga. Menurutnya mengenai musim ketiga drama ini, Siti Rosmizah sudah berbincang dengan TV3.

TV3 meminta saya menyambung musim ketiga. Jalan cerita sudah saya siapkan tanpa tekanan. Cuma saya perlukan masa untuk menulis skrip. Mengikut perbincangan awal, projek ini akan mula digerakkan pada 2022,” ujar Siti Rosmizah.Apa-apa pun kami sendiri tidak sabar untuk menantikan 7 Hari Mencintaiku musim ketiga ini. Harapnya jalan cerita ada perbezaan dari yang pertama dan kedua.Siti Rosmizah sudah menyiapkan jalan cerita musim ketiga 7 Hari Mencintaiku yang dijangka memulakan produksinya pada 2022. -hcl

Penangan 12 juta penonton

KUALA LUMPUR: Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang melabuhkan tirai, baru-baru ini, mencatat kejayaan membanggakan apabila menarik 12 juta penonton sepanjang tayangan 33 episod, mengikut sumber Nielsen 2020 dikeluarkan TV3.Malah, episod akhir drama yang mengisi slot Akasia itu, meraih lima juta tontonan ketika disiarkan pada 17 Ogos lalu, menyamai rekod siri pertama drama berkenaan sebanyak 28 episod pada 2016.

Merakam kejayaan peribadi buat penerbit, Siti Rosmizah Semail, pencapaian drama yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha selaku pelakon utama itu membuktikan penonton dahagakan drama kekeluargaan yang mampu membawa kesedaran.

“Di sebalik kritikan terutama membabitkan watak Mak Leha (lakonan Liza Abdullah), saya mendapat komen yang menyatakan drama ini menyalurkan mesej yang sangat berguna kepada penonton. “Walaupun mereka tidak suka dengan karakter ibu mentua seperti Mak Leha, namun, mereka akur watak begitu wujud dalam masyarakat.

“Berdasarkan komen diberi, saya percaya penonton mahukan perubahan dalam drama kita. Saya sarankan kepada stesen televisyen (TV) supaya mengambil lebih banyak drama genre begini kerana cerita seperti inilah yang penonton mahu.

“Selama ini, kita asyik berkiblatkan drama Korea yang bersifat cinta fantasi. Kita kena buka minda dan terima hakikat bahawa kisah masyarakat lebih dekat dengan hati penonton,” katanya kepada BH Online.Walaupun angka 12 juta penonton boleh dianggap cukup membanggakan untuk sebuah produksi tempatan, namun, Siti

Rosmizah yakin drama terbabit boleh mencatat jumlah lebih tinggi jika tayangan di YouTube diambil kira.”Sejujurnya, saya sudah boleh jangka drama ini bakal mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencatat rating tinggi.”Jumlah 12 juta penonton hanyalah untuk tontonan di TV. Ia tidak termasuk tontonan di YouTube kerana drama terbabit ditayangkan di aplikasi mudah alih iQIYI.

“Jika jumlah tontonan di YouTube diambilkira, kami yakin drama terbabit mampu mencatat rating lebih 20 juta berdasarkan rating sekitar 800,000 setiap episod yang pernah diraih.”Malah, kita pernah meraih sehingga 1.7 juta tontonan. Hendak buat macam mana, bukan rezeki kami,” katanya.

Mengenai kemungkinan drama terbabit disambung, Siti Rosmizah berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan TV3.”TV3 meminta saya menyambung musim ketiga. Jalan cerita sudah saya siapkan tanpa tekanan. Cuma saya perlukan masa untuk menulis skrip.

“Mengikut perbincangan awal, projek ini akan mula digerakkan pada 2022,” katanya.Tambah Siti Rosmizah, berdasarkan perbincangan, drama 7 Hari Mencintaiku mungkin akan diangkat ke layar perak.”Bagaimanapun, itu semua bergantung kepada situasi semasa dan perkembangan wabak COVID-19. Jika tidak, kita kekal dengan drama sahaja.

“Setakat ini, watak utama dalam drama ini dikekalkan. Cuma, kita akan buat perubahan sedikit iaitu memperkenalkan karakter baharu.”Jika sebelum ini, saya lancarkan novel terlebih dahulu disusuli drama, kali ini, mungkin kita ubah. Kita tayang drama dahulu sebelum lancarkan novel.

“Ini untuk mengelak berlakunya ‘spoiler’. Ini boleh buat penonton geram sebab mereka tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam drama terbabit,” katanya yang bertindak sebagai penulis skrip dan penulis novel drama popular itu.Sementara itu, sebagai antara pemegang watak utama, Siti Saleha mengaku agak skeptikal apabila diberitahu drama lakonannya bakal disambung untuk musim kedua.

“Apabila dibikin musim kedua, kebanyakan yang memegang watak utama sebelum ini tertanya-tanya, perlukah ada sambungan. Penamat untuk musim pertama dilihat sudah cukup cantik dan berjaya mencetuskan fenomena.

“Namun, saya percaya dengan karya Kak Siti. Semua pelakon bersetuju untuk kembali ke set drama ini. Cuma apabila terdengar ura-ura mengatakan drama ini bakal disambung, saya hendak tahu juga bagaimana plot dan bentuk karakter Mia Adriana.

“Sebelum ini, saya ada berbincang dengan penerbit mengenai pembentukan karakter Mia,” katanya.Siti Saleha berharap, jika musim ketiga drama Tujuh Hari Mencintaiku diterbitkan, wataknya tidak statik.”Saya harap karakter saya tidak statik dan impknya sama dengan musim lalu. Biar apapun, saya yakin, Kak Siti cukup bijak untuk mengolah kerana beliau yang mencipta watak-watak ini,” kata aktres berusia 30 tahun ini.

Mengulas kejayaan drama ini berbekalkan nilai kekeluargaan dan bukan cinta fantasi ala Kpop, Siti Saleha berkata, penerbit perlu seimbang dalam menghasilkan drama.”Tidak salah kalau hendak tengok drama fantasi cinta walaupun ada pelakonnya hanya bersandarkan kepada paras rupa semata-mata… Itu cerita masing-masing.

“Namun, kita juga harus ada rasa tanggungjawab untuk menghasilkan drama berunsur pengajaran,” katanya.Siti Saleha berkongsi kisah seorang teman yang baru menghadiri kursus perkahwinan.”Teman ini beritahu, ustaz yang mengajarnya banyak memberikan contoh kehidupan alam berumah tangga berdasarkan drama yang ditayangkan.”Justeru, saya harap, setiap drama ada pengajaran, bukannya hiburan kosong semata-mata,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *