Dapat Ilham dari Ustaz Ebit Lew. Menakjubkan bila pemuda ini buat sesuatu untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat Covid 19 di Sabah.

Viral

“SERONOK bila tengok mereka senyum.”. Demikian kata Adrian Edy Siaw Chee Hua, anak muda kelahiran Papar, Sabah selepas program food bank yang diwujudkan berjaya membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat Covid-19 di negeri itu.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, sebagai permulaan dia mewujudkan dua bank makanan masing-masing dekat Kampung Pomotodon (Inanam) dan Kampung Tombongan (Menggatal) yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 20 September lalu.

“Sebelum ni saya bagi bantuan dari rumah ke rumah tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan nak bergerak pun susah. “Jadi food bank memang inisiatif terbaik buat masa ini. Orang hanya datang sendiri ke sekolah, lokasi food bank tersebut.

Jadi tak perlu datang rumah ke rumah sebab risiko jangkitan tinggi,” katanya kepada mStar. Anak kedua daripada empat beradik itu memilih dua kampung tersebut kerana simpati dengan nasib penduduk di situ. “Penduduk kat situ ramai yang kurang berkemampuan dan buat kerja kampung. Rumah pun jauh dari pekan. Jadi mereka banyak bergantung dengan kedai runcit kalau nak beli barang keperluan.

Setiap hari barang akan ditambah pukul 7 pagi. Masa tu pun dah ada 10 orang beratur dekat luar pagar sekolah. Dalam masa setengah jam saja barang dah habis.

ADRIAN EDY SIAW CHEE HUA. Personaliti media sosial. “Lagipun bila tengok penduduk yang datang tu memang sedihlah. Ada juga yang beritahu kena buang kerja. Ada orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup jalan kaki, naik bukit turun bukit demi mendapatkan makanan,” katanya yang juga personaliti media sosial.

Mesra disapa Edy dia tidak menduga program inisiatifnya itu yang menawarkan barang keperluan seperti beras, telur, mi, garam dan minyak masak mendapat sambutan di luar jangkaan. Orang ramai beratur untuk mendapatkan barang keperluan. “Memang ramai yang ambil lebih-lebih lagi time PKPB. Sepanjang tempoh ini saya kena refill barang sehari dua kali berbeza berbanding sebelum ini.

“Setiap hari barang akan ditambah pukul 7 pagi. Masa tu pun dah ada 10 orang beratur dekat luar pagar sekolah. Dalam masa setengah jam saja barang dah habis,” katanya. Dalam pada itu, Edy turut menjadi pendakwah popular Ustaz Ebit Lew sebagai inspirasi untuk membantu mereka yang hidup dalam serba kekurangan.

“Bila tengok cara dia saya terbuka hati untuk bantu orang ramai. Dia sentiasa tolong orang tak kira agama. “Saya juga suka tengok cara dia dekati golongan susah. Video yang dikongsinya di media sosial jadi inspirasi untuk sebar kebaikan kepada orang lain,” katanya.

Edy berhasrat mewujudkan program bank alat tulis selepas tempoh PKPB di Sabah berakhir. Jelas Edy yang mendapat dana daripada sumbangan orang ramai, dia juga berhasrat untuk mewujudkan bank alat tulis selepas tamat PKPB di negeri itu. “Saya dah kenal pasti sekolah di empat daerah di Inanam, Menggatal, Papar dan Tambunan untuk program seterusnya bank alat tulis. Rata-rata pelajar di sini daripada keluarga susah. “Saya difahamkan khususnya di Inanam ada pelajar dekat situ pensel pun kongsi. Beg sekolah pun ada yang koyak. Jadi saya rasa ini waktu yang tepat untuk wujudkan program ini,” katanya.-MSTAR

Dapat banyak mesej minta hantar bantuan ke Sabah. Mengejutkan rupa rupanya ini antara barang sumbangan yang Ustaz Ebit Lew hantar ke Sabah.

Semalam sebanyak 649 kess baharu C0VID 19 dilaporkan, menjadikan jumlah kvmulatif jangkltan baharu di negara ini sebanyak 30,090 kess. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kess aktif dengan kebolehjangkltan sebanyak 10,087 kess.

“Ingin dimaklumkan daripada 649 kess baharu semalam, terdapat tujuh kess import yang mendapat jangkitan dari luar negara. “Sabah mencatatkan sebanyak 352 kess (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kess (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kess.

Menerusi hantaran terbaru dari Ustaz Ebit Lew di facebook beliau, beliau memberitahu setelah ramai yang mesej beliau minta bantuan, hari ini beliau terus hantar barang medikal ke Sabah dan berdoa agar Allah selamatkan rakyat di sana.

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinlk dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat.

Komen Dari Orang Ramai

Sekali ustaz bagi bantvan sampai berpuluh ribu belanjanya.Memang sepatutnyalah ustaz je jadi ahli kabinet.Cepat bertindak tanpa protokol.Semoga Allah akan terus murahkan rezeki ustaz.Insyallah. Alhamdulillah. Terima kaseh Ustaz Ebit. Moga pnjang umur sihat selalu rezeki melimpah2 sampai syurga aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Alhamdulillah syukur.. Terbaik Ustaz.. Semoga dipermudahkan segalanya utk Ustaz Ebit lew meneruskan perjvuangan beliau dan dipermudahkan segalanya dunio akhrat kelak.. In shaa Allah.. Barakallahahulak.. Aamiin ya Rab… Moga Allah SWT aje yg membalas jasa ikhlas Ustaz.. Syukur…ya Allah. MashyaALLAH. UEL Sendiri..Jadi Pndamplng Pilot Bh…Hebat Nya Rezeki UEL.

Sumber : KKM/FBEbitLew/OM

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *