Lepas sahaja tamat penggambaran mereka. Tergamam bila Uqasha Senrose beri ucapan istimewa kepada Kamal Adli. Ini respon balas Kamal Adli sehingga meraih perhatian peminatnya.

artis

Pelakon, Uqasha Senrose ada menitipkan ucapan penghargaan buat gandingannya, Kamal Adli sejurus selepas berakhirnya sesi pengambaran bagi drama, Perempuan Tanpa Dosa. Menurut Uqasha, dia sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk bergandingan bersama Kamal meskipun pada awalnya dia merupakan pilihan kedua pengarah. Jelasnya lagi, Kamal merupakan pelakon yang sangat berbakat dan mampu untuk menjayakan apa sahaja watak.

“To my dearest #Rizal @kamaladli thank you so much for being such a good sparing to me, honestly youre very talented bagi la watak apa semua awak boleh buat dengan jayanya. “Dari situ saya belajar macam mana nak menjadi pelakon yang bagus and memahami watak. Walaupun dua drama STA & PTD saya pada mulanya hanya la second choice, tapi saya happy sebab dapat berlakon dengan awak and hopefully dapat lagi naskah yang best-best.

“Btw, good luck for you new series VIU BLACK SEASON 2! Do your best dan semoga sihat tubuh badan dan bahagia selalu dismping org yg disayangi amin. Bye #rizal gonna miss everyone in PTD,” kongsinya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon berusia 28 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Uqasha turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Kamal dalam apa juga bidang yang akan diceburinya selepas ni. Akui tersentuh dengan kenyataan tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Kamal;

“Alamak banyak pula gambar peram yang dia keluarkan ek. Hehe. Awhh thank you so much. You the best. “Takde maknanya second choice. Always first okay. Thank you Lily. Gonna miss Lily,” balasnya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa rindu selain turut berharap akan ada lagi kerjasa diantara Kamal dan juga Uqasha pada masa akan datang.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose, MH

Babak Uqasha Senrose pakai seluar ketika bersalin dikritik gara gara tak logik. Ini penjelasan dari Michael Ang sendiri susulan menjadi bualan di media sosial

Baru baru ini, foto salah satu babak dalam drama Perempuan Tanpa Dosa yang memperlihatkan lakonan Uqasha Senrose memakai seluar ketika melahirkan anak mendapat perhatian di laman sosial.Rata-rata warganet mengkritik foto berkenaan dan menganggap adegan itu sebagai tidak logik.

Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan foto yang tular itu bukan babak sebenar dalam drama berkenaan sebaliknya ia hanya gambar yang diambil sekitar penggambaran.Foto yang menjadi tular di laman sosial.Tambah Michael, dia juga mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru produksi.

“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.”Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang dan sebab itu la ada letakkan kain.”Nanti ada babak Usu (lakonan Uyaina Arshad) buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,” kata Michael kepada mStar.

Michael Ang diminta mengulas mengenai foto tular sebuah babak dalam drama arahannya iaitu Perempuan Tanpa Dosa yang sedang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.Drama gandingan Uqasha dan Kamal Adli itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 Oktober lalu.Dalam pada itu, Michael menganggap foto yang tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kritikan warganet secara positif.

Lakonan mantap Uqasha dan Uyaina dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.“Saya tak kisah dengan kritikan warganet. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular.”Tapi saya terima saja kritikan sebab warganet memang suka membuat andaian. Mereka lihat gambar itu dah terus buat andaian sendiri tanpa tahu apa-apa,” ujarnya.Drama bersiri itu turut dibintangi oleh Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Hilal Azman, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor dan Azza Elite.

Janganlah Sembunyi Kalau Pergi Kursus Kahwin. Ini Reaksi Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Bila Dikatakan Sudah Menghadiri Kursus Perkahwinan Baru Baru Ini.

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon yang digosip bercinta, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini. Pengarah dan pelakon, Michael Ang dalam empat video yang dimuat naik di Instagram, hari ini bertanyakan soalan itu kepada mereka ketika di lokasi penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Dalam video berkenaan, Michael mendakwa dia ada mendengar Kamal dan Uqasha mengikuti kursus perkahwinan sama ada di Kuantan atau Perlis dan meminta mereka mengakuinya. “Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar,” katanya dalam video itu.

Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa dalam video itu tidak memberikan reaksi. Sebaliknya Uqasha hanya tersenyum sambil memandang Kamal, manakala Kamal pula hanya memandang Michael tanpa sebarang reaksi sambil bermain telefon.

Menurut Michael, dia jarang mahu membuat gimik seperti itu di media sosial miliknya. “Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini,” tulisnya.

Video itu menerima pelbagai maklum balas pengikut sehingga meraih lebih 100 komen dan lebih 11,000 tanda suka. Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Sharifah Shahora dan Uyaina Arshad. “Nampak sangat Uqasha gadis yang pemalu sangat di situ,” komen Sharifah.

Uyaina pula hanya tinggalkan komen Alhamdulillah berserta emoji doa dan teruja. Sementara itu, Kamal ketika dihubungi menafikan dakwaan Michael itu. Katanya, video yang dimuat naik Michael itu hanya sekadar gurauan semata-mata. “Jangan percaya. Dia hanya bergurau saja,” katanya.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu. Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan lalu. Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.-HMETRO

Kecoh posting Uqasha Senrose menerusi laman sosialnya telah meraih perhatian warganet sehingga peminat mendoakan mereka cepat kahwin. Ini yang terjadi dengan hubungan Uqasha dan Kamal Adli.

Pelakon bernama Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berlakon dalam drama bertajuk Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang. Uqasha menjadi teraju utama sebagai Lily dan Kamal Adli melakonkan watak Razif. Karakter yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dalam drama ini boleh tahan berat dan banyak bermain dengan emosi. Biarpun begitu, baru-baru ini Uqasha Senrose berkongsikan satu foto di sebalik tabir ketika penggambaran Perempuan Tanpa Dosa ini menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut kelihatan beberapa krew pengambaran dan dirinya serta Kamal Adli yang sedang menghulurkan air kepada Uqasha. Di ruangan kapsyen, dia menulis seperti berikut, “Such a sweet person @kamaladli . n very supportive hero .. dia tahu qasha sc back to back meroyan nangis , dia pulak yg jd PA. hehehe . cute la”.

Begitulah pasangan bercinta yang saling faham memahami. Berikut adalah perkongsian penuh oleh selebriti ini mengenai Kamal Adli jadi PA Uqasha. Perkongsian Uqasha Senrose menerusi laman Instagram miliknya itu telah meraih lebih 23 ribu tanda suka. Rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian Kamal Adli jadi PA Uqasha ini di ruangan komen seperti berikut: “Lucky u to have him. Jaga baik-baik. We’re waiting for the good news”. “PA for life please ada orang jaga selamanya”. “Cepatla kawin Qasya”

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *