Frontliner sanggup redah sungai dan titi demi meneruskan misi di Sabah. Tiba tiba frontliner jumpa sesuatu dan ini yang dikongsikan kepada semua.

Covid 19

Saban hari peningkatan kes positif Covid-19 di negeri Sabah semakin meningkat. Tambahan pula, mereka kekurangan sumber bantuan seperti perubatan dan tenaga pakar dalam menangani penularan wabak berjangkit ini. Salah seorang pegawai kesihatan iaitu Ismuni Bin Bohari berkongsikan pengalaman berdepan dalam menangani wabak ini di Sabah sebelum dia dan pasukannya menemui kluster terbaharu iaitu Kluster Titian.

Menyusuli sungai, laut dan titian

Simpan di sini untuk kenangan satu hari nanti. Ilham Kluster Titian. Semalam turun bersama anak buah ke sekian kali di kawasan berpotensi jangkitan, menyusuli sungai laut dan titian. Sedikit cabaran bila hujan dan mula berangin. Anak buah di CPRC Labuan maklumkan HQ nak cadangan nama untuk kluster yang kami kenal pasti di kawasan ini. Kami tahu sensitiviti tempatan perlu di jaga. Info kena tepat supaya tidak panik. Pening sebab perlu keputusan cepat di kala berhati-hati untuk tidak jatuh laut yang telah menyaksikan ramai anak buah telah tersungkur. Selepas 3 jam di lapangan, salah satu titian sejauh 5 meter patah.

Terpaksa cari kayu untuk sambung sementara dan ketika termenung carik kayu. Nama ‘TITIAN ‘ muncul dan menjelmalah Kluster Titian. Terima kasih semua anak buah yang sangat tabah… InsyaAllah kita selesaikan amanah kita. KITA PASTI MENANG! Ismuni Bohari sempat memuat naik beberapa foto semasa meninjau di sebuah kawasan perumahan di Sabah. Mereka sepasukan terpaksa menyusuli sungai dan titian kayu demi menggalas tanggungjawab buat negara.

Kluster baharu

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat penemuan kluster terbaharu di Labuan termasuk Kluster Titian. Setakat 30 Oktober 2020, terdapat lapan kluster baharu yang dikenalpasti KKM iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok, Kluster Sembulan, Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Meldrum.

Kluster Titian di Labuan pula, 464 individu disaring, 11 positif, 413 masih menunggu keputusan. Kluster Gala yang dilaporkan di Seremban dan Jelebu Negeri sembilan membabitkan saringan dilakukan terhadap h 139 individu, lapan positif (2 kes baharu) dan 33 masih menunggu keputusan.

Sumber: Ismuni Bin Bohari, OHBULAN

1000 kes pulih dicatatkan pada 31 Oktober. Ketua pengarah Kesihatan maklumkan tiada pemergian dan tiada kluster baharu serta jumlah klusterbuat masa ini

Sejumlah 1,000 kes pulih Covid-19 dicatat hari ini, jumlah kes pulih paling tinggi sejak permulaan pandemik itu di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes baharu yang dicatat hari ini juga turun kepada 659 kes dengan tiada pemergian dan tanpa pertambahan kluster baharu dilapor.

Dr Noor Hisham berkata, dengan itu, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 di negara ini adalah 21,248 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 10,051 kes.”Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh melibatkan bukan warganegara dan bagi kes tempatan pula Sabah mencatat 529 kes manakala negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang merekodkan 70 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru, jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster,” katanya pada sidang akhbar perkembangan situasi Covid-19, di sini hari ini. – Bernama

Ramai Petugas SPR Nyatakan Perasaan Bimbang Bertugas Di PRK Batu Sapi Kerana Takut Jangkitan COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya memberitahunya bahawa para petugas mereka khuatir dijangkiti COVID-19 jika pilihanraya diteruskan di Batu Sapi dan Sarawak.

Dalam perutusan hari ini, beliau berkata PRK Batu Sapi yang dijangka akan diadakan pada Disember ini dan Pilihanraya Sarawak yang mungkin diadakan bila-bila masa tidak dapat dielakkan kerana tertakluk kepada perlembagaan. Pun begitu katanya, kedua-dua pilihanraya ini hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di kawasan terlibat.

“Dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan hari ini, setiausaha SPR memaklumkan, ramai petugas pilihanraya menyatakan berasa bimbang untuk bertugas ketika pilihanraya Batu Sapi nanti kerana takut dijangkiti COVID-19.

“Ketua Pengarah Kesihatan juga melaporkan, jika pilihanraya negeri Sarawak diteruskan, beliau amat bimbang kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap, apakah akan mampu menampung peningkatan kes COVID-19 yang berkemungkinan naik mendadak selepas pilihanraya,” tambahnya.Katanya, sebanyak 20,000 kes positif baru telah dicatatkan dalam gelombang ketiga COVID-19 berbanding 10,000 kes direkodkan sebelumnya.

“Saya memandang serius trend peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di negara kita pada masa ini. Dalam gelombang ketiga COVID-19 ini, hanya dalam tempoh sebulan lalu, hampir 20,000 kes positif baru dicatatkan di Malaysia berbanding 10,576 kes dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

“Jumlah keseluruhan kes positif setakat 30 Oktober 2020 ialah 30,090 kes dengan 246 kematian. Setakat ini Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,701 kes. Negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sementara itu tambahnya, peningkatan mendadak ini telah memberi tekanan kepada para petugas barisan hadapan.Katanya, di Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan positif dan lebih 1,200 petugas dikuarantin manakala seramai kira-kira hampir 11,000 anggota polis terpaksa dikuarantin setakat ini di seluruh Malaysia.Ramai petugas SPR nyatakan perasaan bimbang bertugas di PRK Batu Sapi kerana takut jangkitan #COVID-19— BERNAMA (@bernamadotcom)

Jika mereka tumbang maka seluruh negara juga akan turut terkesan. Sebak bila respon Dr NoorHisham dengan situasi yang dihadapi petugas kesihatan terus itu meraih perhatian orang ramai.

Umum sedia maklum bahawa gelombang ketiga pandemik Covid-19 sedikit berbeza dengan sebelum ini. Jumlah positif harian direkodkan sangat tinggi sehingga mencecah lebih daripada seribu angka. Walaupun kes-kes positif tersebut dicatatkan di kawasan zon merah seperti di Sabah dan Selangor, namun ia dilihat sangat membimbangkan.

Perbualan dengan frontliners. Sehubungan dengan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri, Dr Jemilah Mahmood telah berkongsi perbualan beliau bersama barisan petugas kesihatan yang mengendali makmal spesimen Covid-19. Me: “has anyone tested + yet?” Them: “No, we pray we stay healthy as can’t afford to be ill or quarantined. But if we hv to, we’ve decided we will all quarantine together but keep working. If we collapse, Sabah collapses”. Lab staff handling COVID specimens. Heroes @KKMPutrajaya

“Kami adalah pertahanan terakhir”

Muat naik yang dibuat di Twitter itu telah mendapat respon daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila memaklumkan bahawa mereka semua adalah barisan pertahanan negara dan jika mereka tumbang, seluruh negara akan lumpuh. “Kami adalah barisan pertahanan terakhir jika kami tumbang, seluruh negara juga akan tumbang. Hal ini termasuklah kehilangan nyawa dan kehilangan mata pencarian.”

Hal ini berikutan petugas kesihatan negara telah bertungkus-lumus sejak sepuluh bulan yang lalu bagi menghalang penularan pandemik ini dari terus menular. Walaupun sebelum ini kita hampir berjaya, namun kehadiran gelombang ketiga Covid-19 kembali menduga mereka terutamanya di negeri Sabah.

Terus kuat, kami sentiasa menyokong

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen di ruangan Twitter Dr Noor Hisham dengan memberikan kata-kata semangat buat barisan wira negara ketika ini. Mereka juga tidak putus tinggalkan doa buat petugas kesihatan agar terus kuat dan tabah mengharungi dugaan hebat ini. Semoga frontliners kita terhindar daripada wabak tersebut ketika sedang berjuang memberikan rawatan terbaik buat pesakit Covid-19. “Semoga Tuhan menjaga petugas kesihatan kita”. “Terima kasih untuk pengrbanan frontliners

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah, OhMyMedia

Kadang kadang malam pun tak boleh tidur. Sebak bila Dr Noor Hisham luahkan perasaan sebenar yang dialaminya dan seluruh warga KKM berdepan penularan wabak Covid 19.

Tekanan tugas yang tinggi, kelesuan mental dan fizikal, sukar melelapkan mata di malam hari tidak mematahkan semangat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus berjuang menghalang penularan COVID-19 yang berlarutan di dalam negara.

Dr Noor Hisham berkata seluruh warga KKM termasuk beliau sendiri tidak terkecuali daripada terkesan akibat kelesuan mental dan fizikal dalam berhadapan dengan wabak yang tidak dapat dilihat itu. “Setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (yang merasai) tekanan yang amat tinggi.

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur kerana pelbagai aktiviti yang kita fikirkan (mengenai) bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. (Namun), setakat ini kita masih boleh bertahan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 semalam. Dr Noor Hisham berkata semasa menghadiri persidangan video bersama pakar-pakar perubatan di Sabah  pagi ini, beliau berpendapat rata-rata daripada mereka masih bersemangat tinggi dalam membincangkan  situasi pandemik COVID-19 negara.

Katanya lagi, petugas kesihatan perlu pandai menjalankan jadual bekerja secara penggiliran bagi memberi masa untuk mereka berehat. “Tetapi, walaupun bagi masa (untuk) rehat kita kadang-kadang tak boleh rehat… bangun tengah malam memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah. Ini semua cabaran untuk kita semua sama ada di lapangan, petugas barisan hadapan atau di sebalik tabir,” katanya.

Mengenai jumlah kumulatif petugas kesihatan yang dijangkiti wabak itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 949 petugas kesihatan mendapat COVID-19. Beliau berkata kebanyakan daripada petugas kesihatan yang positif mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya dari wad unit rawatan rapi atau COVID-19. “Apa yang penting apabila mereka terdedah dengan kes positif, kita kena kuarantinkan mereka dalam  tempoh tertentu. Yang penting mereka kena patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). 

Contohnya, kalau mereka berkhidmat di unit rawatan rapi dan wad Covid mereka kena patuh SOP sedia ada, namun banyak kes positif jangkitan bukan di dalam unit rawatan rapi atau COVID-19 tetapi daripada komuniti,” katanya. Menurut Dr Noor Hisham dua kumpulan yang amat berisiko dijangkiti ialah ahli keluarga kepada pesakit positif dan petugas kesihatan. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *