Wanita yang sedang hamil sanggup jual ginjal untuk teruskan hidup. Dr Zulkifli tampil buat perkongsian tentang wanita terbabit dan ini pula respon warganet

berita

Seperti yang kita tahu,realiti kehidupan hari ini sememangnya agak sukar. Ditambah dengan pandemik yang melanda dunia,lebih ramai yang mengalami masalah dari segi kewangan. Baru baru ini, Ahmad Fedtri Yahya ada memuat naik satu mesej yang diterima daripada seorang wanita yang meminta bantuannya untuk bertanyakan kepada orang ramai sama ada memerlukan buah pinggang ataupun tidak

Wanita itu nekad menjual 0rgan buah pinggang miliknya disebabkan kesemptan hidup yang dialami. Dia juga sudah dibantu oleh pihak Zakat Selangor. Perkongsian yang dilakukan oleh Fedtri Yahya pada 24 Oktoeber lepas telah mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri menerusi akaun media sosi4lnya.

Menurut beliau, wanita yang sedang hamiI itu sudah pun dibantu oleh Pusat Zakat Selangor. Pihak pusat zakat telah menyalurkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada wanita itu.Menteri Agama faham keadaan yang dihadapi kini.Walau bagaimanapun, Dr Zulkifli telah menulis sedikit coretan di Instagram rasminya dengan menjelaskan realiti sebenar kehidupan sekarang yang masing-masing terbeban dengan pelbagai masaIah.

“Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kese-mpitan hidup.Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau. Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau. Tahniah atas usaha proaktif Pusat Pungutan Zakat dan Lembaga Zakat Selangor.

Jika anda mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, saya sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android.Terima kasih Saudara Fedtri Yahya atas sebaran ini. Insya-Allah kita sama-sama bantu.” tulis Dr Zulkifli

Ramai yang memerIukan bantuan diluar sana.Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah tinggaIkan komen di ruangan Instagram Dr Zulkifli dengan memberikan pandangan terhadap realiti kehidupan masa kini.Tidak kvrang juga yag berasa simpati dengan wanita tersebut dan berharap agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang mengaIami nasib yang sama seperti individu berkenaan.

Dalam pada itu Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya membantu.Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan sektor pekerjaan formal atau informal.Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat “universal”

Kerajaan Malaysia secara proaktif telah mengambil banyak inisiatif untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi, serta meningkatkan ekonomi di sektor swasta, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dan rancangan Penjana.Prihatin dijangka menyumbang sebanyak 2.8% kepada pertumbuhan KDNK.Agensi antarabangsa meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia antara 4.7% dan 9%, dengan keadaan kesihatan awam yang terkawal.

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan pengangkutan.Sama-sama kita berdoa agar negara kita keluar daripada kr-isis ekonomi.Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri, Ahmad Fedtri Yahya, omm

Selamba Dr Zulkifli Pilih Untuk Potong Rambut Di Kedai Hipster.Ini Reaksi Mengejut Dari Tukang Gunting Bila Dr Zulkifli Tanpa Ragu Datang Ke Kedainya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: KLMENJERITVIDEO

Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.-mymetro

Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yakin pemilihan tokoh agamawan membarisi Kabinet kali ini membolehkan urusan berkaitan agama berjalan dengan lancar tanpa dipengaruhi mana-mana agenda politik kepartian.Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berkata tugas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama disifatkan sebagai amat berat.

“PUM mengucapkan sekalung tahniah kepada Zulkifli di atas pelantikan ini.“Tugas beliau sangat berat untuk menyatukan umat Islam dalam menghadapi isu berkaitan Islam di negara ini.“Namun PUM percaya beliau mampu menggalas tugasan ini memandangkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran Islam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mohd Roslan berkata, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.“PUM berharap Zulkifli dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan dalam masa sama, hubungan dengan NGO Islam dapat diperkasa sebaiknya,” katanya.

Zulkifli, 51, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama dan di antara enam individu yang dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet Persekutuan.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Ccat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Mohammad Faizal Che Yusof turut menzahirkan kesyukuran memandangkan tokoh agama disegani itu sememangnya akrab dengan komuniti orang kurang upaya (OKU).

“Kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan pembentukan jemaah menteri apabila Mufti Wilayah Persekutuan turut tersenarai sebagai salah seorang ahli Kabinet.“Besar harapan kami cetusan baru mampu diperkenalkan bagi mendekatkan lagi komuniti OKU kepada Islam,” katanya.

Mohammad Faizal berkata, besar harapan warga Pertis untuk pembangunan OKU diberikan perhatian.“Portfolio agama sangat rapat dengan Pertis khususnya dan OKU secara umumnya. Cadangan kami konsep OKU Muqarabun dijadikan modul pembangunan OKU Islam.Katanya, pihaknya bersedia untuk membantu kerajaan sebagai sekretariat yang menghimpunkan NGO bagi kepentingan pembangunan sahsiah diri OKU Muslim.-bh

Dr Zulkifli hasilkan buku panduan fekah COVID-19, doa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Zulkifli berkata, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya, dua buku saya iaitu ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’ sudah disiapkan dan diterbitkan.”Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan,” kata beliau dalam laman Facebook hari ini.Menurut laman web Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 191 muka surat itu adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jnzh.”Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini,” katanya.

Bagi buku ‘Inilah Doaku’, ia mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.”Ia mungkin boleh diamalkan selepas Subuh atau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk berdoa dengan doa ini,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *