Raih pencapaian luar biasa walaupun baru berusia 12 tahun. Alyssa Dezek raih perhatian ramai sekali lagi selepas menjadi satu satunya artis Malaysia trending seluruh dunia

artis

Alyssa Dezek yang baru sahaja berusia 12 tahun dan merupakan penyanyi dan pelakon cilik ini sudah meraih pencapaian luar biasa. Dia menjadi satu-satunya penyanyi Malaysia yang trending seluruh dunia selepas video muzik single pertamanya iaitu Lagu Untuk Kamu meraih tontonan sebanyak 105 juta meneursi saluran Youtube dala tempoh 11 bulan.

Lebih membanggakan, Alyssa atau nama sebenarnya, Aryanna Alyssa Dezek, menjadi selebriti tempatan yang mencatat 3.64 juta langganan dan jumlah pengikut menerusi laman YouTube sejak 5 November 2012. Ekoran itu, Alyssa difahamkan menjadi satu-satunya selebriti solo tempatan berada dalam kedudukan nombor tujuh langganan paling banyak menerusi YouTube Malaysia.

Terus memahat sejarah tersendiri, anak sulung daripada dua adik beradik itu berjaya membeli kereta idaman yang berharga lebih RM250,000 hingga menarik perhatian khalayak, baru-baru ini. Enggan mendabik dada dengan kejayaannya, Alyssa berkata, apa yang dimiliki hasil sokongan peminat sejak dahulu.

“Secara jujur, saya tak sangka single Lagu Untuk Kamu ditonton lebih 100 juta tontonan dalam tempoh kurang setahun. Faktor besarnya, daripada kanak-kanak yang menontonnya setiap hari. Mungkin juga single ini mudah diingati, selain boleh diterima dengan baik.

“Saya berterima kasih kepada pengikut, tak kira Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei Darussalam dan seluruh dunia. Sememangnya, saya bersyukur melihat sambutan dan sokongan padu sebaik ini,” katanya kepada BH Online.Kejayaannya itu membawa Alyssa melangkah lebih jauh apabila berjaya membolosi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Berulang mengucapkan terima kasih, Alyssa mahu menghasilkan karya yang lebih baik untuk pengikut yang menyokongnya kerjaya nyanyian dan lakonannya.”Terima kasih BH yang mencalonkan nama saya. Saya tak menyangka akhirnya berjaya membolosi ABPBH. Saya sedar bukan mudah nama melepasi pencalonan top 20 tanpa karya atau produk yang menonjol.

“Menembusi pencalonan ABPBH 33 pun dikira satu kejayaan. Saya tak terkilan jika tiada rezeki nak menang kerana saya bersaing dengan nama besar dan popular,” katanya yang bercita-cita menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa dan bijak seperti Yuna. Mengulas kerjayanya, Alyssa merancang merakamkan single kedua yang juga ciptaan komposer dari Indonesia, Kangen Band.

“Sepatutnya, saya sudah merakamkan single kedua, tetapi perancangan terpaksa ditunda berikutan kes penularan COVID-19 semakin meningkat. Mungkin akan diusahakan sebelum hujung tahun ini.”Saya memilih karya ciptaan komposer dari Indonesia kerana mahu menembusi pasaran negara seberang.”Saya mahu membina nama dan bekerja dengan lebih ramai komposer Indonesia. Ia dilihat lebih mudah dalam usaha menembusi pasaran di sana.

“Bagaimanapun, ia tidak bermaksud saya mahu mengetepikan peminat di Malaysia. Jika boleh, saya mahu meneroka lebih banyak peluang untuk melangkah lebih jauh dalam dunia muzik,” katanya yang turut menceburi bidang lakonan.Alyssa meluahkan rasa terharu apabila peminat dari Indonesia sering tinggalkan komen positif dalam laman sosial, Instagram (IG).

Bagaimanapun, Alyssa tidak menafikan, ada juga warganet tinggalkan komen negatif selepas perkongsian membeli kereta idamannya.”Saya tak kisah warganet nak kata apa sekalipun, tetapi saya juga manusia biasa, ada kalanya tersentuh dengan kritikan. Untuk elak terbuai dengan kesedihan, lebih baik saya mengambil berat kepada pengikut yang menyokong saya. Kepada warganet yang suka mengkritik, terserahlah nak cakap apa,” katanya.

Alyssa mula dikenali selepas menyertai program Ceria All Star pada usia tujuh tahun dan kemudiannya menyertai menyertai program Ceria Mega Star pada 2018.Sejak itu, Alyssa mula menerima tawaran berlakon seperti Kasut Bola Pink, Anak Anak Ibu, Jangan Semblih Merah, Patahnya Sebelah Sayap, Jodoh-Jodoh Annisa, Ghahim Takut Nak Azan dan banyak lagi. Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, Alyssa tidak pernah mengetepikan pelajarannya.

Katanya, dia tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran.”Alhamdulillah, guru memahami dan mengikuti kelas tuisyen, jadi saya tidak pernah ketinggalan dalam pelajaran. Bagi saya, pelajaran sangat penting memandangkan usia masih muda. Saya akan menumpukan pelajaran pada waktu yang sepatutnya.

“Ibu bapa amat menyokong minat saya dari kecil. Jadi, saya tidak mahu mempersia-siakan kepercayaan yang diberi pada saya,” kata pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur itu.Membuktikan dirinya gemar belajar, Alyssa juga mengambil inisiatif sendiri untuk belajar bermain ukulele hanya dengan berpandukan YouTube seawal usia empat tahun, sebelum menyertai kelas muzik. Kini, Alyssa bukan sahaja handal bermain ukulele, malahan boleh bermain gitar, keyboard dan biola.

Sebelum ini, Alyssa banyak menyanyikan lagu saduran penyanyi dari Indonesia. Kehidupannya berubah apabila memuat naik video menyanyi lagu Kun Anta, sambil bermain ukulele di YouTube hingga menjadi tular. Penyanyi asal lagu itu, Humood Alkhudher pernah menyatakan hasrat mahu bertemu Alyssa apabila berkunjung ke Malaysia.Alyssa juga menyanyikan lagu Merindukanmu nyanyian Dash Uciha dan ia menjadi hit dalam kalangan peminat di Indonesia. Sejak itu, peminat dari seberang semakin bertambah.Video muzik ukulele terbaiknya ketika menyanyikan lagu Tak Tun Tuang yang mencatatkan 36 juta tontonan, selain lagu Despacito sebanyak 9.3 juta.

Beli Vellfire pada usia 12 tahun, ibu Alyssa Dezek dikatakan tak pandai urus duit anak – “Mungkin mereka tak tahu siapa ayah dia”

GARA-GARA mendedahkan mampu membeli sebuah kereta jenama Toyota Vellfire pada usia 12 tahun, penyanyi dan Bintang YouTube Alyssa Dezek mendapat pelbagai reaksi warganet .Segelintir warganet menganggap, tindakan ibu bapa kanak-kanak itu membeli sebuah kereta adalah tidak wajar berikutan pendapatan tersebut seharusnya digunakan untuk tujuan pelaburan masa hadapan Alyssa.

Bagi mengulas perkara itu, ibu Alyssa iaitu Suzanne Dezek berkata, mereka menghormati kehendak Alyssa yang mahukan sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan kerjayanya.”Pada saya duit tu duit dia, jadi dia yang nak beli Vellfire untuk memudahkan dia pergi penggambaran dan travel jauh untuk keselesaan dia.

Suzanne dan Hafidz Dezek, ibu bapa kepada Aryanna Alyssa.“Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar,” katanya kepada mStar.Suzanne turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat warganet yang menganggap dia dan suaminya Hafidz Dezek mahu menumpang kesenangan kanak-kanak itu.Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai ketua jurutera kapal mampu untuk memiliki kereta tersebut dan tidak perlu bergantung kepada pendapatan anak mereka.

Terkejut sebab ada yang kata saya dan suami yang nak sangat pakai kereta tu

“Sebab rata-rata warganet cakap saya dan suami yang nak pakai kereta tu. Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu,” ujarnya.Bagaimanapun, Suzanne berkata dia hanya mengambil kritikan itu dari sudut positif dan tidak menyalahkan warganet yang tidak mengetahui latar belakang keluarga mereka.

“Tak apa la itu hak mereka nak komen apa pun, mungkin mereka tak tahu siapa ayah Alyssa.Alyssa membeli sebuah kereta Toyota Vellfire dengan wang yang diperoleh dari video-video yang dimuat naik di YouTube.“Yang kenal rapat dengan keluarga kami saja yang tahu. Saya fikir positif saja,” jelasnya.Dalam pada itu, Suzanne berkata, walaupun Alyssa kini aktif dalam dunia hiburan, dia dan suaminya tetap mengutamakan pelajaran untuk anak mereka.

Suzanne juga sentiasa memastikan anaknya mendapat pendidikan yang sewajarnya seperti kanak-kanak lain.”Sudah tentu kami pentingkan pelajaran, macam sekarang pun Alhamdulillah keputusan peperiksaan dia semua okey.”UPSR tahun ni tak ada, untuk PT3 dan SPM memang kita nak dia fokus dan saya bekalkan dia tuisyen peribadi, cikgu datang rumah dan mengajar,” katanya.

Sebelum ini, Alyssa atau nama sebenarnya Aryanna Alyssa membeli sebuah Toyota Vellfire menggunakan wang yang diperolehi dari video-video nyanyian yang dimuat naik di saluran YouTube yang dikendalikan ibunya, Suzanne sejak lapan tahun lalu.Alyssa mempunyai lebih 3 juta pelanggan di YouTube sekaligus menjadi selebriti Malaysia paling ramai subscribers.\

Anggaran pendapatan YouTube lebih RM29,000 sebulan, ramai peminat Indonesia, ini 10 fakta tentang Alyssa Dezek!

NAMA pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek menjadi sebutan ramai apabila dia mendedahkan berjaya membeli kereta Toyota Vellfire walaupun baru berusia 12 tahun.Menurut ibunya, Suzanne Sahri, Alyssa membeli kereta berjenama Toyota Vellfire itu di atas kehendaknya sendiri bagi memudahkan untuk dia bergerak bagi urusan penggambaran.

Namun, masih ramai tidak mengetahui latar belakang dan perjalanan kerjaya Alyssa dalam industri hiburan.Jom kita semak fakta mengenai pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek!1. Alyssa atau nama sebenarnya Aryanna Alyssa Dezek mencuri tumpuan warganet baru-baru ini selepas membeli sebuah kereta mewah, Toyota Vellfire, yang bernilai kira-kira RM250,000 dengan wang yang diperoleh dari video-video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

2. Si cilik ini lahir pada 21 April 2008 merupakan anak sulung daripada dua beradik. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Aaron Dezek.3. Alyssa mula dikenali selepas videonya menyanyikan lagu Kun Anta sambil bermain ukulele tular di YouTube. Penyanyi asal lagu tersebut iaitu Humood Alkhudher turut menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Alyssa apabila berkunjung ke Malaysia.

4. Selepas tular dengan video nyanyian Kun Anta, Alyssa menyertai program terbitan Astro iaitu Ceria All Star pada usia tujuh tahun. Astro sekali lagi memanggil Alyssa untuk menyertai program Ceria Mega Star.5. Sejak bertanding dalam Ceria All Star, pelakon cilik ini mula menerima tawaran berlakon beberapa drama seperti Kasut Bola Pink, Patahnya Sebelah Sayap dan Anak-Anak Ibu.

Alyssa memulakan karier YouTube pada tahun 2013 seawal usia lima tahun.6. Karier YouTube Alyssa bermula pada tahun 2013 apabila dia menjadi popular dengan lagu-lagu saduran sejak berumur lima tahun.Pendapatan Alyssa diperoleh bukan sahaja daripada penggambaran, malah daripada saluran YouTube yang mempunyai lebih dari tiga juta langganan yang menjadikannya selebriti Malaysia paling ramai pelanggan.

Video-video yang dimuat naik pelakon cilik itu juga mencecah 300 juta tontonan.Laman web penjejakan Social Blade menganggarkan bahawa pendapatan Alyssa bernilai antara US$7,000 (RM29,942) sehingga US$100,000 (RM42,750) sebulan dari YouTube.Bagaimanapun, laman web tersebut menjelaskan bahawa angka itu hanyalah anggaran umum dan kiraannya tidak semestinya tepat.

Alyssa bukan sahaja menyanyi dan bermain alat muzik, malah turut berlakon dan berkecimpung dalam iklan komersial.7. Selain aktif menyanyi di YouTube, Alyssa turut melancarkan beberapa single dan muncul dalam beberapa iklan komersial.8. Single terbaharu Alyssa yang bertajuk Lagu Untuk Kamu memperoleh 63 juta tontonan di YouTube dengan 910,000 tanda suka sekaligus direkodkan sebagai video dengan likes paling banyak di YouTube Malaysia.

Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia iaitu Posan Tobing.Salah sebuah single Alyssa yang bertajuk Lagu Untuk Kamu dicipta oleh komposer Indonesia, Posan Tobing.9. Seawal usia empat tahun, Alyssa mula belajar sendiri cara bermain ukulele melalui YouTube sebelum menyertai kelas muzik.Pada awalnya, Alyssa tidak dibenarkan menyertai kelas muzik kerana faktor umurnya, namun selepas melihat kesungguhannya belajar bermain ukulele serta kepintarannya membaca nota muzik, dia akhirnya diterima menyertai kelas muzik.

Sejak itu, Alyssa bukan sahaja pandai bermain ukulele, malah bakatnya turut dikembangkan pada gitar dan biola.10. Peminat Alyssa dari Indonesia bertambah selepas videonya menyanyikan lagu Merindukanmu nyanyian Dash Uciha menjadi hit.Video ukulele terbaik Alyssa adalah ketika menyanyikan lagu Tak Tun Tuang yang mencatatkan 36 juta tontonan, selain lagu Despacito sebanyak 9.3 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *