Baru sahaja kehilangan insan yang tersayang. PU Azman dedah dia baru hilang orang yang dia sayang dan dia sempat berkongsi luahan dia di satu perkongsian ini

artis

” Cikgu.. Pergi jugak cikgu. Tak sempat nak ziarah. Terima kasih cikgu, atas segala curahan ilmu selama ni. Saya pasti akan rindukan segala kenangan. Tak boleh lagi nak dengan celoteh cikgu lepas ni..”Demikian luahan pendakwah popular PU Azman yang baru sahaja kehilangan insan tersayang, bekas gurunya ketika belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

PU Azman yang berkongsi dua hantaran di Instagram menganggap pemergian gurunya itu merupakan kehilangan besar buat masyarakat Islam setempat.” Hari ini bumi Gemencheh menyaksikan perjalanan terakhir seorang murobbi. Cikgu Yunus bin Parot.

” Biar foto berbicara. Aku ingin menjadi salah seorang daripada ratusan malah ribuan muridmu yang menyaksikan kebaikannya melepasi tembok sekolah.” Kau tidak hanya mengajar subjekmu di dalam kelas, malah mendidik jiwa kami tentang makna hidup.” Selepas aku tinggalkan bumi Maahad, bila mengimbas zaman sekolah, antara yang menjadi inti bualan ialah keletah cikgu melayan karenah kami.

” Sikap tegas, lucu dan sporting cikgu, cukup adunan untuk kami menganggapmu bukan sekadar insan yang makan gaji, tapi pendidik yang tabah membentuk kemanusiaan kami.Cina di pasar pun tak percaya.” Cikgu, kalau cina di pasar pun tak percaya dengan pemergianmu, apatah lagi kami anak muridmu.

” Untuk segala pengrbananmu, sikap yang membahagiakan kami, segala ilmu yang kau curahkan, hanya Allah saja yang mampu mengganjarnya.” Antara impiannya dan cetusan ideamu ialah membentuk Alumni Maahad Ahmadi yang mana beberapa hari lepas telah selesai peringkat awal perjumpaan dan perancangan.

” Tapi taqdir yang tertulis, telah menetapkan cikgu tak sempat melihat perancangan ini direalisasikan. InsyaAllah, pesan cikgu akan membimbing kami untuk meneruskan impian dan tanggungjawab untuk menggalas mandat alumni ini.” Buat ahli warismu cikgu (balu dan anak-anak), biarpun ucapan takziah kami tak mampu mengub4t sepenuhnya kesedihan mereka yang menjadi fitrah untuk sebuah kehilangan, tapi kami menyaksikan keberuntungan mereka mewarisi drah seorang insan yang dicintai dan disenangi ramai.

” Cikgu, kami ini muridmu yang serba kekurangan membalas baktimu. Seandainya kami dilihat hebat, itu adalah kerana kau adalah guru kami.” Berehatlah dengan tenang cikgu. Doa kami mengiringimu. Sebelum kami sendiri menyusulimu.” – PU Azman- (muridmu yang selalu tidur dalam kelas)

Berdasarkan carian, Almarhum Ustaz Yunus bin Parot memegang jawatan sebagai Pengetua di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan atau singkatannya MANS.MANS dipercayai merupakan pecahan daripada sebuah sekolah agama tertua ditubuhkan di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Ugama Menengah Tinggi atau singkatannya SUMT yang ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Jun 1956.

Sekolah ini bermula dengan hanya 40 orang pelajar lelaki yang pada ketika itu ditempatkan di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Al-fatihah buat Allahyrham dan tkziah buat ahli keluarga dan juga buat PU Azman.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

“Bukan sebab bayaran semata-mata!” – PU Azman ada syarat terima tawaran jadi duta produk

MEMILIKI pengikut yang ramai di laman sosial memberi kelebihan kepada selebriti menerima tawaran menjadi duta atau melakukan perkhidmatan ulasan Instagram.Bagi pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Azman, dia hanya akan terima tawaran berdasarkan kualiti produk tersebut dan bayaran yang setimpal.

“Sebelum saya terima tawaran untuk menjadi duta sesebuah produk atau perlu lakukan IG Review, saya akan guna terlebih dahulu produk itu.PU Azman hanya akan terima tawaran menjadi duta produk yang berkualiti.“Sebagai contoh, sebelum saya terima jadi duta produk Aura White Toothpaste, saya cuba sementara dan produk itu bagus baru.

“Sebab saya ada pendirian saya sendiri iaitu perlu memastikan tiada usul-usul penipuan. Bukan sebab hanya bayaran semata-mata.”Kualiti dan bayaran kena seimbang. Siapa yang tak nak duit itu pembohong la,” kata PU Azman kepada mStar.Pemilik nama Azman Syah Alias ini ditemui ketika sesi Meet & Greet duta Aura White Toothpaste X Guardian di Guardian IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Saya berharap semoga disebalik beli barang muslim, tak ada usul nak b0ikot atau jatuhkan mana-mana syarikat lain.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kempen Utamakan Produk Muslim (BMF), pelakon drama Sweet Dreams ini menganggap ia merupakan salah satu perdekatan yang baik.Bagaimanapun, PU Azman berharap tiada tujuan ingin memb0ikot atau menjatuhkan syarikat lain disebalik melaksanakan kempen tersebut.

“Saya setuju dengan kempen BMF kerana ia salah satu perdekatan yang baik. Namun saya berharap semoga disebalik beli barang muslim, tak ada usul nak b0ikot atau jatuhkan mana-mana syarikat lain.PU Azman setuju dengan kempen BMF.“Sebab kadang-kadang ada kalangan orang Islam yang hasilkan barangan tak halal, tak bersih dan tak baik. Ada juga orang luar negara yang menjual barang-barang bersih dan halal.

“Tapi sebenanrnya paling utama, barang itu mesti halal dan baik untuk kesihatan. Sebab ada juga barang yang halal tapi tidak baik untuk kesihatan,” ujarnya.Kempen Buy Muslim First (BMF) antara usaha umat Islam melalui persatuan pengguna dan ekonomi Islam bagi mengajak umat Islam menyokong dan membeli barangan keluaran syarikat umat Islam sendiri.

Isu Melayu diperl3keh! PU Azman pun terasa tapi Allah suruh kita memaafkan – “Kalau nak b0ikot, b0ikot sendiri tanpa tiup provokasi”

GARA-GARA posting yang didakwa memperlekehkan orang Melayu di Instastory baru-baru ini, usahawan Muzaffar Mohamed Jakel terus menerima kritikan hebat warganet.Meskipun sudah membuat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan warganet nampaknya masih belum reda sehinggakan ada gerakan mengajak masyarakat memboik0t perniagaan yang dibina keluarga usahawan ini.

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Pencetus Ummah (PU) Azman di Instagram, pendakwah bebas itu berkongsi pandangannya mengenai kepentingan memaafkan kesilapan orang lain seperti yang dianjurkan dalam Islam.Walaupun tidak menyebut secara khusus mengenai isu yang berlaku, namun pengikut mengaitkan pandangan PU Azman itu dengan kejadian yang sedang tular di media sosial.

“Cik Man juga Melayu, marah juga rasa tapi sampai bila? Ketika dia melontarkan sentimen perbezaan, cuba kita cari apa yang kita sama dengan dia iaitu mukmin (beriman kepada Allah).PU Azman kongsi pandangan di Instagram.“Ketika sesama mukmin berseteru, ada yang lain meraikan kemenangan. Bukankah Allah memujuk kita dalam surah Al Hujurot ayat 10… maksudnya: ‘Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)’.

“Ketika kita menuding jari kepada orang yang mengh1na, kerana tidak ikut sunnah Rasul dalam berkata baik, kita juga terpalit tidak mengikut sunnah Rasul dalam memaafkan,” katanya.Sementara itu, PU Azman berkata memaafkan kesilapan seseorang merupakan satu tuntutan dalam Islam dan tiada kaitan dengan bangsa.

Muzaffar buat permohonan maaf.“Ini bukan lagi soal kita mesti b0ikot produk sesiapa tapi soal mengamalkan pesan Allah dan Rasul. Bila kita silap akhlaknya memohon maaf. Bila kita dihulurkan permohonan maaf, akhlaknya pula memaafkan.”Mungkin kita sukar melupakan tapi Allah suruh kita memaafkan… kita nak terus ingat kesilapan dia, silakan kerana itu soal ingatan. Tapi memaafkan adalah satu kewajipan kerana itu soal tuntutan.

“Jadi jangan tiupkan provokasi b0ikot kepada sesama masyarakat ini yang dilarng. Kalau nak b0ikot, b0ikot sendiri tanpa perlu memperlihatkan di media sosial,” ujarnya. Pada Isnin lalu, Muzaffar menerusi Facebook membuat permohonan maaf berhubung kenyataanya itu dan memberitahu menjadi mngsa manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan dia dikritik hebat oleh warganet.

“Biarkan isteri, anak dedah aurat tu days”- PU Azman tegur warganet kata Shuib days sebab tak faham maksud

PENCETUS Ummah (PU) Azman menyelr beberapa individu yang menganggap tindakan pelawak Shuib meminta izin isterinya untuk membeli sebuah motosikal sebagai dayus.PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan sikap suami yang meminta izin sebelum melakukan sesuatu perkara bukanlah sifat seorang lelaki 
days.

Ia sebaliknya sebagai menghormati keberadaan isteri yang juga merupakan pasangan hidup si suami.”Suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motor baru tu bukan dayus.”Tu suami yang menghormati keberadaan isteri di sisi,” katanya.

Malah, PU Azman menjelaskan maksud sebenar dayus adalah sikap seorang suami yang tidak menegur anak serta isteri mereka mendedahkan aurat tanpa memberikan nasihat dan didikan agama.”Dayus ni suami yang biarkan anak isteri dedah aurat tanpa nasihat dan didikan agama,” ujarnya.PU Azman membuat teguran itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Isnin.

PU Azman membuat teguran itu lantaran perkongsian penyanyi Shuib untuk memiliki sebuah motosikal idaman selepas meminta keizinan daripada isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima kritikan warganet

“Ramai yang salah guna istilah. Jadi bila salah guna istilah, membawa kepada fahaman yang salah.”Nabi pernah lumba lari dengan isterinya Aisyah dan Aisyah menang.”Sebenarnya boleh je Nabi menang, tapi Baginda nak wujudkan suasana romantika,” ujarnya.PU Azman merupakan juara bagi program realiti televisyen Astro iaitu Pencetus Ummah bagi musim kedua.Tags/Kata Kunci:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *