Alami kejadian yang tidak diingini ketika berbasikal. Bagio dedah bukan sahaja bahu dan kening serta bibir ada kesan. Rupanya dia mengalami satu kesan ini ketika kejadian itu berlaku

artis

Dilaporkan,bekas vokalis kumpulan Damasutra,Bagio, 49, tidak serik untuk teruskan sukan basikal,meskipun mengalami kejadian yang tidak diingini hingga menyebabkan bahu kiri patah,selain luka di kening dan bibir ketika melakukan aktiviti riadah,Selasa lepas. Bagio jelaskan dia perlu berehat daripada sukan berbasikal selama tiga hingga empat bulan.

“Nak kata serik, tidaklah. Cuma, travma masih ada kerana ketika kejadian saya hilang memori sekejap disebabkan terkejut dan hntakan. Mujurlah, saya memakai topi keselamatan.”Nak buat macam mana, perkara sudah berlaku. Saya anggap sebagai takdir dan ketentuan. Saya tak boleh nak menyalahkan sesiapa kerana saya tahu, sukan berbasikal terdedah dengan risiko kejadian yang tidak diingini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Bagio berlnggar dengan sebuah kereta di satu simpang tiga sekitar kawasan perumahan di Desa Pandan, ketika dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti berbasikal bersama rakannya di Taman Setiawangsa.”Saya mengalami titik bvta (bl1nd spot), saya toleh melihat, tetapi tidak perasan ada kereta. Kawasan perumahan itu bukannya jalan utama, tetapi saya tak sempat nak tekan brek dan terus jalan ke depan hingga kereta berkenaan berlnggar dengan basikal saya.

“Saya terjatuh dan tayar basikal tercabut. Mujur, ada orang nampak dan membantu memapah saya. Dari situ, saya buka topi dan barulah sedar dahi terluka. Disebabkan ada koyakn, kening dan bibir perlu dijah1t,” katanya. Penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi itu berkata, doktor mengesahkan bahu kirinya patah selepas menjalani pemeriksaan imbasan X-Ray.

“Saya bersyukur tidak perlu melakukan operasi kerana bahu yang patah tidak melebihi satu bahagian. Jadi, saya hanya perlu berehat dan tidak boleh banyak bergerak.”Saya perlu mengambil makanan sihat seperti susu untuk membantu pertumbuhan tulang baru. Insya-Allah, akan cepat sembuh sekiranya menjaga pemakanan,” katanya.

Anak kelahiran Batu Gajah, Perak itu berkata, dia sepatutnya menjalani penggambaran drama bersama JS Pictures. Bagaimanapun, terpaksa menolaknya kerana perlu fokus kepada penyembuhan terlebih dahulu.”JS Pictures sudah memberi deposit, tetapi saya terpaksa memulangkannya semula disebabkan kejadian ini. Jika ikutkan, saya memang nak berlakon sebab sudah lama tidak bekerjasama dengan Jinggo dan Sheila Rusly.

“Saya hanya kayuh basikal secara santai kerana mahu menjaga komitmen untuk drama ini. Tidak mengapalah, sudah tertulis bukan rezeki saya. Saya percaya ada rezeki lain nanti,” katanya. Dalam pada itu, Bagio turut memperjuangkan kelab komuniti, Baggio Community Cycling Club yang diusahakan dengan Kelab Kembara Kebajikan.Katanya, kelab berkenaan diusahakan bagi menggalakkan orang ramai membabitkan diri dengan aktiviti sukan basikal bagi melahirkan generasi yang cergas.

Baggio Nyaris Kehilangan Nywa Ketika Dirawat Akibat Denggi

Baggio (duduk) ketika diziarahi rakan artis Ali (belakang) dan Lola XPDC pada minggu lalu.Baggio (duduk) ketika diziarahi rakan artis Ali (belakang) dan Lola XPDC pada minggu lalu.PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Baggio (Damasutra) yang menghidap demam denggi nyaris kehilangan nywa apabila klip saluran cecair intravena yang dicuck ke tangannya tercabut tanpa disedari sehingga mengakibatkan pendarhan serius.

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun, 41, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia tidak sedarkan diri akibat tindak balas ubat yang dimakannya ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini kira-kira dua minggu lalu.“Kejadian itu terjadi pada malam ketiga saya ditahn di Hospital Pakar Ampang Puteri. Selepas memakan ubat batuk, saya berasa sangat mengantuk dan tidur lena sehingga saya tidak sedar klip saluran intravena yang dicuck ke tangan saya tercabut.

“Malangnya, keadaan itu turut tidak disedari isteri saya Nelly yang menemani saya, sehingga darh mengalir keluar dengan banyak dan mengncam nyawa saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.Penyanyi yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi itu menghidap demam denggi pada awal bulan ini dan ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang selama seminggu selepas tiga hari mengalami demam.

Selain Baggio, anak lelakinya Danial Sufi, 5, turut dimasukkan ke hospital yang sama kerana sakit berkenaan.Kata Baggio, menurut cerita isterinya, semasa kejadian itu pihak hospital terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menstabilkan semula keadaan dirinya yang berada dalam teruk l.“Mujurlah, isteri dan petugas hospital bertindak cepat untuk menyelamatkan keadaan. Kalau tidak, mungkin saya sudah tiada lagi,” katanya.

Berkongsi pengalamannya yang pertama kali mengalami demam yang teruk, Baggio berkata, dia hampir berputus asa apabila bacaan platelet darhnya menurun secara mendadak selepas tiga hari ditahn di wad.“Saya masuk wad kira-kira dua minggu lalu. Selepas mengalami demam selama tiga hari, saya pergi buat pemeriksaan darh. Bacaan platelet darh saya adalah 79 bilion per Liter (bpL) iaitu separuh daripada bacaan normal 150 – 450 bpL bagi orang sihat.

“Bacaan platelet itu turun dan naik sepanjang seminggu sehingga sampai ke satu tahap ia menurun kepada 10 bpL. Ketika itu, timbul juga kebimbangan mengenai sejauh mana peluang saya untuk selamat.“Dalam keadaan reda, saya hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur dan dapat pulih kembali,” kongsinya.

Baggio yang kini masih bercuti di rumah berkata, pengalaman terkena demam denggi itu adalah ujian Tuhan untuk membersihkan diri dan dosa-dosanya selama ini.“Saya tidak pernah sakit teruk. Apabila terkena demam denggi dan kejadian hampir kehilangan nywa, saya anggap ia adalah pembersihan diri atas segala dosa yang saya lakukan selama ini.“Saya bersyukur kesihatan beransur sembuh. Buat masa ini, saya masih berehat sehingga hujung minggu ini selepas keluar dari hospital pada Khamis lalu,” kata pelakon drama bersiri Metro Skuad ini

Baggio tak sanggup hidup tag1h simpati

KUALA LUMPUR: Melihat ramai insan seni berdepan nasib malang, malah terpaksa mengharap belas simpati masyarakat pada usia emas mengingatkan vokalis kumpulan Damasutra, Baggio supaya tidak terus bergntung pada dunia nyanyian dan lakonan.Langsung tidak berniat memandang rendah dunia yang pernah memperkenalkan namanya, Baggio, 48, berkata dia tidak berputus asa mencari peluang perniagaan.

Mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ketika negara berdepan kemelesetan ekonomi pada 1997, sejak itu, kata Baggio, dia berusaha mengubah nasib dan masa depan.“Kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon ada pasang surutnya. Saya tidak sanggup pada penghujung hidup nanti, terpaksa merayu dan meminta belas ihsan orang lain.

“Saya bukan mahu menghina sesiapa, tetapi kadang kala kita tiada pilihan. Saya takut jika nanti hidup terumbng-ambing. Justeru, ketika masih sihat, saya berusaha mengubah nasib demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya. Biarpun pernah berdepan kegagalan, Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun berkata, dia tidak pernah berhenti berusaha menggapai impian.

Bermula dengan membuka pusat servis kereta dan motosikal di Rawang, Selangor, Baggio seterusnya mengusahakan restoran, namun hanya bertahan dua tahun disebabkan masalah pekerja.“Saya pernah menjadi ejen insurans selama empat tahun, seterusnya berniaga kopi yang memerlukan modal besar. Pelbagai jenis perniagaan saya usahakan untuk mencari rezeki halal.

“Berniaga memerlukan kepandaian dalam merangka strategi pemasaran. Jika tidak, pasti tersngkur,” kata penyanyi yang popular dengan lagu berhantu seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Antara Sutera & Bulan, Asyik, Sesat Dalam Rindu, Sufi dan Seribu Bayangan.Terbaru, bapa kepada empat cahaya mata itu dipilih sebagai duta kedai emas, Nazrin Jewellery di Pusat Dagangan Banting, Selangor, yang dibuka sejak Februari lalu.

Penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak itu berkata, dia sudah lama menerima lamaran pihak terbabit, tetapi ia tertangguh disebabkan terikat dengan promosi lagu Nama Mu Di Hati, kolaborasi bersama Ameng dan Nizam Laksamana, awal tahun ini.“Kebetulan, pengurus syarikat itu yang juga adik angkat saya sudah mengendalikan perniagaan emas sejak lapan tahun lalu. Besar harapan saya dapat membuka kedai emas suatu hari nanti. Niat saya hanya satu iaitu untuk keselesaan masa depan anak,” katanya.

Industri lakonan akan hncur jika bayaran masih murah – Baggio

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Baggio meluahkan rasa kecewa dengan keadaan industri lakonan kini yang gagal mengiktiraf pelakon veteran berpengalaman dengan menawarkan mereka bayaran rendah.Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun, 47, berkata dia juga pernah menerima nasib yang sama seperti pelakon Jalil Hamid yang ditawarkan bayaran tidak setimpal.

“Saya agak kecewa juga dengan industri lakonan sekarang. Apa yang Jalil Hamid lalui, saya juga pernah terima nasib yang sama.Baggio pernah menerima tawaran berlakon dengan bayaran yang rendah.“Ada sebuah produksi menghubungi saya untuk menawarkan berlakon dalam sebuah drama tapi dengan bayaran yang tidak sesuai.

“Bukan saya tak nak terlibat dalam mana-mana produksi sekarang ini tapi nilai bayaran itu tidak setimpal,” katanya kepada mStar Online.Bagio ditemui ketika sidang media KL Rhythm Nitez: Konsert Suara Anak Malaysia di Biro Pelancongan, di sini pada Isnin.Sebelum ini, keluhan Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan kepadanya mendapat perhatian selebriti tempatan.

Baggio.Dalam pada itu, vokalis kumpulan Damasutra ini menegaskan industri seni akan hncur sekiranya mana-mana produksi masih mengekalkan sistem bayaran sebegitu.”Sekarang ini sudah tahun 2018 tapi masih ada produksi yang menggunakan sistem bayaran rendah untuk pelakon yang berpengalaman seperti Jalil Hamid.

“Sedangkan sepatutnya nilai pelakon lama lebih tinggi tambahan pula jika dia seorang pelakon yang hebat.”Kalau masih mengekalkan sistem macam ini, industri filem dan drama tanah air akan hncur,” ujarnya.Selain Baggio, pelakon Noorkhiriah turut mendedahkan pernah ditawarkan untuk berlakon dengan bayaran yang rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *