Zizi Kirana dikritik teruk selepas memuat naik sesuatu di laman sosial Facebooknya. Kesal dengan perbuatan warganet dan ini tegurannya kepada mereka.

artis

Penyanyi Zizi Kirana teruja menantikan pelancaran projek kolaboratif pertamanya bersama kumpulan nasyid Unic, berjudul  Purnama yang dihasilkan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan bakal dilancarkan hari ini. Bagaimanapun, dalam keterujaan itu, Zizi meluahkan rasa kesal dengan tindakan salah seorang individu yang tinggalkan komen bivdap pada hantaran terbaharunya berkenaan projek terbabit yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Pelantun lagu Eh itu pantas bertindak untuk menegur individu terbabit dan meminta agar menjaga kata-kata yang ditulis di hantaran tersebut. “Please! Untuk kali ini, jaga komen di hantaran yang baru saya muat naik di Instagram dan Facebook saya. “Kalau tak suka Zizi Kirana, komenlah di gambar lain, tapi bukan di hantaran baharu ini. “Tolong respect! Kat situ ada nama Ustaz Fakrul dan Ustaz Bazli. Tolong ya..,” tulis Zizi di Instagram Story.

Mengulas tentang kolaboratif terbabit, kata Zizi, ia merupakan salah satu daripada impiannya yang menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Unic, kumpulan nasyid yang begitu diminati sejak dulu. Selain itu, Zizi juga baru sahaja muncul dengan single terbaharunya, Tentu yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat.

(SUMBER: Facebook & Instagram Zizi Kirana)

Sekarang jalan terbaik mengadu pada Allah. Terkedu Zizi Kirana tekad untuk tidak bukan laman sosialnya gara gara sesuatu ini.

Rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat warganet, penyanyi Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari. Zizi berkata dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara. “Saya ambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial selama lima hari. Saya rasa rimas dan semak dengan pelbagai cerita terutamanya perbalahan warganet mengenai isu Covid-19 dan hal politik negara.

“Lebih membuatkan saya kecewa apabila membaca perkongsian seorang individu di laman sosial yang tak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes Covid-19 ini, sampai ada yang kata Sabah jadi punca kes meningkat. “Itu belum masuk isu politik lagi… sepatutnya dalam keadaan getir begini kita semua berganding bahu dan bekerjasama memutuskan rantaian jangkitan dan bukannya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain,” katanya kepada mStar. Zizi menjauhkan diri daripada menggunakan semua aplikasi laman sosial dan membukanya semula pada Isnin lalu. Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia memilih berehat daripada media sosial kerana teringat nasihat yang disampaikan oleh mentornya iaitu komposer Malique.

Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stres atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!

“Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stress atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!. “Rehat dan tenangkan diri, mengadu dan bercerita dengan tuhan. Saya guna nasihat itu dan cuba jauhkan diri daripada laman sosial buat sementara waktu, ternyata ia sedikit sebanyak membantu meredakan keresahan ini. “Dalam keadaan sekarang ni nak mengadu dengan keluarga… mereka pun tengah susah dan berada jauh di Sabah. Kawan-kawan pun ada masalah sendiri, jadi sekarang ini yang terbaik mengadu pada Allah,” ujarnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is 905723-300x196.jpg

Sementara itu, Zizi berkata dia turut bimbang dengan keadaan dan keselamatan keluarga di kampung halaman di Semporna, Sabah. “Setiap hari saya memikirkan tentang keluarga di kampung. Dalam keadaan angka jangkitan terus meningkat, sudah pasti risau dan bimbang keselamatan mereka itu ada.

“Alhamdulillah mereka semua baik-baik sahaja. Setiap hari saya akan curi masa buat panggilan video dan bertanya khabar. “Apa yang penting sekarang ini kita berdoa semoga wabak ini cepat-cepat berakhir dan ingatlah moto kita jaga kita. Tak sanggup lagi nak lalui Perintah Kawalan Pergerakan atau lockdown seperti bulan Mac lalu!,” katanya.- MSTAR

Kecoh bila Zizi Kirana terhibur dengan pemanggil ini dalam satu rancangan terkenal. Selepas kejadian itu Zizi Kirana tekad untuk cari orang tersebut.

PENYANYI lagu Eh iaitu Zizi Kirana mencari pemanggil wanita dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) yang tersilap menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Sissy Imann. Terhibur dengan gelagat spontan individu berkenaan, Zizi memberitahu dia kini sedang mencari pemanggil yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak itu.

“Saya sebenarnya terhibur dengan kakak Jamaliah ni, comel sangat sampai tersalah penyanyi. Kalau ada peluang saya nak berborak dengan kakak tersebut. “Walaupun salah penyanyi tapi tak mengapa sebab kakak ini jujur mengakui meminati lagu Eh… sampai jadikan ringtone lagi, saya sangat hargai, ” katanya kepada mStar. Pada Khamis lalu, penyanyi Sissy Imann berkongsi rakaman seorang pemanggil dalam program MHI tersalah menyangka dia merupakan penyanyi lagu Eh.

Saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya! ZIZI KIRANA. PENYANYI. Rakaman video itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian warganet yang turut terhibur dengan gelagat pemanggil berkenaan.. Gara-gara itu, Zizi menerusi Instagram meminta bantuan pengikutnya menjejaki pemanggil tersebut. “Hi semua… saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!, ” tulisnya. Sementara itu, Zizi memaklumkan sehingga kini dia masih belum dapat mengesan individu berkenaan.

“Sampai sekarang belum ada info lagi tentang akak tu… saya ada minta bantuan penerbit MHI untuk dapatkan nombor akak tersebut tapi sayangnya mereka tak boleh nak kesan nombor pemanggil. “Teringin nak bercakap dengan akak itu secara peribadi sebab dia seorang yang sangat ceria dan positif. Mungkin kita boleh buat kawan nanti kan?” ujarnya.

Sumber: Mstar


Aksi tarian Zizi Kirana dikritik, tak sensitif Covid-19

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila mengetahui persembahannya semasa ulang tahun sebuah laman membeli-belah atas talian yang disiarkan pada malam Khamis menjadi tular di media sosial. Zizi berkata, dia menerima banyak mesej daripada penonton yang menegur aksinya kerana dikatakan keterlaluan ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

“Sebenarnya persembahan itu adalah rakaman dan bukan siaran langsung, ia dirakam di rumah ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu. “Apabila bangun pagi saya terkejut terima banyak mesej, komen berbentuk kritikan dan paparan skrin persembahan saya malam itu. Saya pun hairan ada buat salah apa? “Mereka kata saya tak hormati malam Jumaat… sedangkan waktu program itu bersiaran bukan bidang kuasa saya. Ia ditentukan oleh stesen televisyen dan client mereka,” katanya kepada mStar.

Pada Khamis, program mempromosikan portal membeli-belah atas talian dikritik teruk warganet kerana menyajikan hiburan pada malam Jumaat dan dikatakan tidak sensitif dengan isu semasa. “Malam Jumaat, di saat Malaysia sedang dilanda satu wabak yang cukup dahsyat, pmergian sudah melebihi angka 20, beribu masih sakit dan dirawat… mereka menyajikan aksi terkinja-kinja untuk tatapan bagi menghiburkan rakyat! Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ini?,” tulis salah seorang pengguna laman sosial. Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu!

Dalam konsert itu, penyanyi lagu Eh ini menjadi salah seorang selebriti jemputan, namun foto persembahannya sahaja menjadi perbualan hangat penonton. Selain Zizi, artis lain yang turut membuat persembahan dari rumah masing-masing ialah Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ismail Izzani, Nabila Razali, Elizabeth Tan dan Hafiz Suip. Sementara itu, Zizi berkata dia hanya mengikut panduan daripada stesen televisyen dan tarian sambil menyanyi itu merupakan salah satu bentuk cabaran dalam program berkenaan.

Zizi menyahut cabaran menyanyi sambil menari dalam program tersebut. “Ramai saja artis lain semasa program itu… tapi nama saya juga yang orang sebut! Sebenarnya menari sambil menyanyi itu merupakan cabaran yang diberikan oleh produksi kepada saya. “Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu,” ujarnya.

Meskipun dikritik oleh segelintir penonton, Zizi menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan berharap mereka memandangnya daripada sudut positif. “Cabaran itu bertujuan nak tunjukkan gaya hidup sihat. Walaupun kita duduk dalam rumah, masih boleh buat senaman ringan dan keluarkan peluh. Itu sahaja! “Saya tak berkecil hati pun dengan kata-kata warganet… saya harap penonton memandang ia daripada sudut positif dan bukannya mengkritik semata-mata,” katanya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *