Sebelum ini KL dan Putrajaya dibenarkan bernikah. Terbaru JAIS telah beri kebenaran akad nikah di Selangor bermula tarikh ini dan ini syarat syaratnya.

Covid 19 Info Infomaklumat

Selepas warga Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh bernikah bermula 27 Oktober lalu, kini penduduk Selangor pula bakal menikmati kelonggaran tersebut selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan majlis akad nikah bermula 2 November ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk memberi kelonggaran dalam pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor dengan kehadiran dan jumlah temujanji terhad pada satu-satu masa mulai 2 November ini. Kelonggaran itu diberikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang dilanjutkan sehingga 9 November.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.

“Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. “Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak-pihak mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu. Syarat-syarat akad nikah di Selangor. 1) Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID. 2) Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.

3) Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang. 4) Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor sahaja. 5) Jika pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor, mereka perlu mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri dari pihak berkuasa. 6) Temujanji akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi PAID di daerah masing-masing.

Beliau berkata, cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Crai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID. “Temujanji upacara bagi akad nikah bolehlah dibuat dengan menghubungi PAID berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Lobak Merah dan HMETRO

Isu akad nikah di KL dan Putrajaya. DS Dr. Zulkifli dedahkan akad nikah boleh dibuat mulai hari ini dan terangkan jumlah kehadiran yang boleh menghadiri akad nikah tersebut

Bermula 27 Oktober, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah. Menteri di Jabatan Perdaa Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bagaimanapun kebenara tersebut hanya boleh dilakuka di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi )

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. “Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang. “Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya. – K! ONLINE

Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi. Pesanan lain turut dititipkan menerusi sidang media KKM dan harap semua ambil perhatian.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE

Dr Noor Hisham Tunjuk Bukti Kadar Kebolehjangiktan Covid-19 Menurun Sepanjang PKPB Dilaksanakan

Angka kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (R0) di Malaysia kini sudah pada kadar 1.1, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kadar ini berkurang ke 1.1 daripada 2.2 ketika gelombang ketiga bermula pada 20 September lalu adalah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau juga mengatakan bahawa berdasarkan unjuran kadar R0 2.2, kes harian dijangka mencecah 4,500 tetapi beriikutan PKPB di Lembah Klang dan Sabah, ia telah berjaya menurunkan R0 menjadi 1.5, lapor Malay Mail. Terdapat 1,228 kes pada 24 Oktober dan 1,240 kes pada 26 Oktober melebihi 1.5. Tetapi jika kita melihat rata-rata sekarang ia kurang dari 1.5 dan kami mendapati bahawa R0 sekarang telah berkurang menjadi 1.1″

Jelas disini bahawa bahawa sejak PKPB dilaksanakan, sejak 14 Oktober hingga sekarang, kadar kebolehjangkitan boleh menurun. Pun begitu, beliau mengatakan perlu untuk kita meningkatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan bagi mengurangkan kadar R0 menjadi kurang dari 1.0.

Oleh yang demikian, dia mengingatkan orang ramai untuk terus bekerjasama dalam memutuskan rantai jangkitan Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan duduk di rumah. Tambahnya lagi, dengan kadar pengurangan R0 sehingga 1.0 itu, ia akan membantu melandaikan lengkungan kes jangkitan.- LobakMerah

Kadang kadang malam pun tak boleh tidur. Sebak bila Dr Noor Hisham luahkan perasaan sebenar yang dialaminya dan seluruh warga KKM berdepan penularan wabak Covid 19.

Tekanan tugas yang tinggi, kelesuan mental dan fizikal, sukar melelapkan mata di malam hari tidak mematahkan semangat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus berjuang menghalang penularan COVID-19 yang berlarutan di dalam negara.

Dr Noor Hisham berkata seluruh warga KKM termasuk beliau sendiri tidak terkecuali daripada terkesan akibat kelesuan mental dan fizikal dalam berhadapan dengan wabak yang tidak dapat dilihat itu. “Setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (yang merasai) tekanan yang amat tinggi.

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur kerana pelbagai aktiviti yang kita fikirkan (mengenai) bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. (Namun), setakat ini kita masih boleh bertahan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 semalam. Dr Noor Hisham berkata semasa menghadiri persidangan video bersama pakar-pakar perubatan di Sabah  pagi ini, beliau berpendapat rata-rata daripada mereka masih bersemangat tinggi dalam membincangkan  situasi pandemik COVID-19 negara.

Katanya lagi, petugas kesihatan perlu pandai menjalankan jadual bekerja secara penggiliran bagi memberi masa untuk mereka berehat. “Tetapi, walaupun bagi masa (untuk) rehat kita kadang-kadang tak boleh rehat… bangun tengah malam memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah. Ini semua cabaran untuk kita semua sama ada di lapangan, petugas barisan hadapan atau di sebalik tabir,” katanya.

Mengenai jumlah kumulatif petugas kesihatan yang dijangkiti wabak itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 949 petugas kesihatan mendapat COVID-19. Beliau berkata kebanyakan daripada petugas kesihatan yang positif mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya dari wad unit rawatan rapi atau COVID-19. “Apa yang penting apabila mereka terdedah dengan kes positif, kita kena kuarantinkan mereka dalam  tempoh tertentu. Yang penting mereka kena patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). 

Contohnya, kalau mereka berkhidmat di unit rawatan rapi dan wad Covid mereka kena patuh SOP sedia ada, namun banyak kes positif jangkitan bukan di dalam unit rawatan rapi atau COVID-19 tetapi daripada komuniti,” katanya. Menurut Dr Noor Hisham dua kumpulan yang amat berisiko dijangkiti ialah ahli keluarga kepada pesakit positif dan petugas kesihatan. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *