Sebak Fazley Yaakob kongsikan kisah sedih 12 tahun lalu ketika kehilangan seorang anak disebabkan sesuatu ini dan ini luahannya bersama isteri dalam menempuhi dugaan.

artis

Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya iaitu Fariedz sempena ulang tahun ke-12 kanak-kanak itu pada Khamis lalu. Fazley, 42, berkata isterinya iaitu Datin Azrene Ahmad melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka itu. Malah mereka juga kehilangan seorang anak lelaki yang juga merupakan kembar kepada Fariedz atau nama panggilan manjanya Payish.

Fazley berkongsi video koleksi momen bersama anak sulungnya. “Mama perlu lalui banyak cabaran untuk dapatkan awak, malah kami kehilangan kembar lelaki awak. “Saya masih ingat hari di mana kami bawa awak pulang ke rumah, mama masih lemah daripada operasi yang dilakukan. “Saya perlu dukung awak yang kecil di tangan saya. Saya bantu mandikan awak dan bersihkan uri awak dan tanamkannya. “Bergegas pulang untuk peluk awak dengan bangganya, anak pertama saya,” katanya.

Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish, dida sangat berbangga dengan awak.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini turut memuat naik video koleksi anak sulungnya di laman Instagram. Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa bangga melihat anaknya itu semakin membesar dengan baik. Fariedz juga pernah mengikuti dia, isteri dan rakan baiknya iaitu penyanyi Imran Ajmain ke Tanah Suci, Makkah, pada awal tahun ini.

Fazley bersama anak sulung, isteri dan rakan baiknya, Imran. “Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish. Dida sangat berbangga dengan awak. Setahun sudah berlalu dan awak semakin membesar dengan baik. “Alhamdulillah awal tahun ini awak dipilih menjadi tetamu Allah untuk pertama kali bersama dida, mama dan Nanan (Imran Ajmain).

“Awak cakap yang awak mohon pada Allah untuk dikurniakan kebahagian dan keluarga yang sentiasa menyayangi. Saya sayang awak. Happy 12th birthday to you,” ujarnya. Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2006 dan selain Fariedz, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata.- MSTAR

Ibarat bagi duit raya. Usaha Fazley hargai penghantar makanan raih perhatian ramai. Ini penjelasan lanjut dari Datuk Fazley Yaakob susulan perkongsiannya itu

Mengagumkan sekali,sebagai tanda penghargaan kepada penghantar makanan atau rider yang mengambil tempahan dari restoran Minangkapau, cef selebriti negara kita Datuk Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan. Fazley Yaakob sanggup menyediakan sampul berisi duit serta baucer di hadapan restorannya untuk dipilih oleh setiap rider yang datang mengambil tempahan.

“Kepada abang atau adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucher makanan di Minangkapau.“Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,” katanya.

Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memasukkan duit kertas RM50 dan kertas baucher yang ditulis sendiri. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial tersebut apabila rata-rata menyokong usahanya itu.“Baik hati abang, macam bagi duit raya je,” puji salah seorang warganet“Alhamdulilah semoga murah rezeki Datuk sekeluarga,” doa salah seorang warganet. “Amazing gesture bro,” kagum seorang pengikut laman sosialnya.Fazley memiliki restoran MinangKapau sejak setahun yang lalu.

Terkedu Fazley Yaakob Mula Bersuara Mengenai Sesi Persekolahan Yang Berjalan Seperti Biasa Ketika Penularan Wabak Covid 19 Yang Semakin Meningkat Setiap Hari. Ini Komennya Mengenai Perkara Itu.

Susulan peningkatan mendadak angka pesakit COVID-19 semasa, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera. Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat! “Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya,” tulisnya di Instagram.

Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya. Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama. Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.

“Habis keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengguna. Namun, jawab Fazley; “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.” Ruangan komen Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.

Sumber: Gempak

Sebak! 30 hari terpisah… akhirnya Fazley Yaakob dapat peluk cium anak-anak – “Kaki saya longlai, air mata mengalir tanpa henti”

Terdahulu, setelah hampir sebulan tidak bertemu keluarga kerana terikat dengan kerja di luar negara dan melalui tempoh kuarantin diri, akhirnya chef selebriti Datuk Fazley Yaakob dapat bertemu isteri dan anak-anaknya. Menurut Fazley, sepanjang tempoh tersebut dia terpaksa menahan kerinduan sehinggalah bertemu semula di kediaman mereka pada Selasa.

“Saya akhirnya di rumah… 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan kuarantin diri sesuatu yang saya tak jangkakan. “Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luruh, air mata saya mengalir tanpa henti. “Rindu yang teramat sangat!,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram.

Video dikongsi Fazley mengundang sebak pengikut. Dalam video itu, Fazley tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata ketika memeluk isteri Datin Azrene Soraya dan empat orang anaknya. Pada 24 Mac lalu, Fazley mengakui emosinya terganggu apabila anak bongsu iaitu Alayna Selma menangis kerana tidak dapat memeluknya. Ini berikutan dia baru pulang dari Singapura selepas tiga minggu berada di negara republik itu atas urusan kerja.

Fazley kuarantin diri setelah pulang dari Singapura atas urusan kerja. Bagaimanapun, demi keselamatan keluarga dia mengambil pendekatan dengan mengasingkan diri secara sukarela dan selama dua minggu. Sementara itu, rata-rata pengikut memuji tindakan Fazley mengikut saranan kerajaan dengan kuarantin diri setelah pulang dari luar negara meskipun tiada sebarang simptom jangkitan Covid-19.

“Bagus cara Datuk kuarantin diri, Alhamdulillah home sweet home. Keluarga bahagia. “Akhirnya Datuk dapat jumpa famili… setiap kali post video keluarga air mata akan jatuh, saya doakan semoga famili Datuk sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” komen pengikut.-MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *