Luqman Hakim sekali lagi meraih tumpuan masyarakat dengan perubahannya sekarang menerusi satu video terbaru. Ini komen warganet dengan penampilan barunya.

sukan

Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk meraih tumpuan ramai apabila tampil dalam sebuah video terbaru. Video tersebut dimuat naik di Twitter rasmi KV Kortrijk, semalam. Apa yang menariknya, menerusi video tersebut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memberi ucapan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Saya kini dalam keadaan sangat baik. Terus berlatih sebaik mungkin, push diri saya untuk mencapai impian. “Saya mahu banggakan Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang sokong saya termasuklah peminat saya di Belgium,” katanya.

Rata-rata peminat kagum dengan penampilan terbaru Luqman yang dilihat semakin berkeyakinan. Tidak kurang juga yang ‘berseloroh’ mengatakan loghat Luqman sudah seperti rakyat Belgium. Anda boleh lihat antara komen warganet di bawah:

Terdahulu Luqman sebelum ini memberitahu dia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk memudahkannya berlatih dan berinteraksi bersama rakan sepasukan di Belgium. Jelas Luqman, kekangan tersebut antara cabaran yang perlu diatasinya. Sebelum ini, Luqman yang baru berusia 18 tahun, berlepas ke Belgium Ogos lalu setelah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Sumber: Gempak. Gambar: Twitter KV Kortrijk

Sekadar duduk di bangku simpanan. Warganet luah rasa tak puas hati bila Luqman dan Safawi hanya mampu duduk di bangku simpanan. Berikut bak kata pemerhati bola sepak susulan isu ini menjadi bualan ramai

Baru baru ini warganet ada yang komen mengarvt di sosial media milik KV Kortrijk dan portimonense SC. Malah ada yang pertikai keputusan dua kelab tersebut sebab tak kasi Luqman dan Safawi ni sekadar panskan bangku simpanan dan macam macam komen lagi lah.

Haih, ni semua lah yang nanti akan effect prestasi Luqman dan Safawi secara tak langsung. Yelah, silap-silap diorang boleh jadi bahan ejekn dekat team diorang sendiri tau. Bak kata pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, peminat perlu sedar yang liga Eropah ada standard sendiri yang berbeza dengan negara kita.

“Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sndiran dalam pasukan. Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan beri tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindirn dan ejekn ini boleh menjejaskan mentl dan fokus pemain.” – katanya.

Jadi, kita kenalah bagi mereka berdua sesuaikan diri dengan suasana baru ni. Sabar dulu, jangan gelojoh sangat. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh. Apapun, semoga Safawi dan Luqman akan terus maju jaya dan mampu harumkan nama Malaysia di bumi Eropah nanti.

Daiyan titipkan ucapan buat Luqman Hakim. Ini pula reaksi yang diberikan oleh warganet bila ucapan Daiyan seakan mahu cuba memikat Luqman

Penghijrahan pemain bola sepak remaja negara, Luqman Hakim ke bumi Bagium bagi menyertai pasukan, KV Kortrijk nyata meraih tumpuan banyak pihak awal minggu lalu. Keberangkatan Luqman itu sememangnya melahirkan rasa bangga di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Malah, ada juga rakan selebriti yang turut tumpang gembira seterusnya memberikan dedikasi buat pemain muda berkenaan, termasuk penyanyi Daiyan Trisya. Daiyan dilihat memberikan reaksinya sejurus selepas akaun Twitter kelab bola sepak, KV Kortrijk memuat naik video khas bagi mengalu-alukan kehadiran Luqman.

Menurut Daiyan, dia berasa sangat gembira selepas melihat video berkenaan selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat pemain di posisi penyeraang terbabit. “Watching this makes me so so happy. Malaysia boleh.

“All the best Luqman, make us proud!,” tulisnya.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian penyanyi lagu Langit itu. Malah, ada juga suara-suara nakal yang membuat andaian sendiri terhadap status yang dilayangkan Daiyan.

Luqman telah pun tiba di Belgium beberapa hari lalu dan harus menjalani sesi kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu. Pada masa sama, kelab devisyen 1 Belgium itu turut turut mengumumkan Luqman menyarung jersi nombor 9 bagi kelab tersebut.

Sumber: Twitter Daiyan Trisha

Satu satunya pemain muda Malaysia yang bermain di Belgium. Luqman mula meraih perhatian peminat bola sepak dengan pencapaian dia yang satu ini

Arena bola sepak negara tempatan baru-baru ini dalam mood bangga selepas seorang pemain muda kebangsaan ditawarkan untuk menyertai sebuah kelab bola sepak di Belgium, KV Kortrijk. Mungkin nama Luqman Hakim masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat biasa, tetapi namanya itu sudah menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ikuti temubual ringkas bersama Luqman Hakim sebelum beliau berlepas ke Belgium dalam video yang dikongsi oleh @zulhelmizainal1 kat bawah ni. Mentaliti juara! Admin berbangga dengan pencapaian Luqman setakat ini. Bukan senang nak dapat offer main untuk kelab luar negara. Admin setakat dapat offer dalam game FIFA 20 pun dah bangga sangat, ini real life tak tahu lah apa perasaannya kan.

Hati kena kuat dik. Jangan sebab homesick nak makan roti canai dan nasi lemak terus balik taknak pegi sana dah. Balik Malaysia kalau kena panggil main untuk negara je. Kalau homesick tu tunggu je lah kat sana. Dapat rezeki tu jaga elok-elok.Sadio Mane, Mo Salah, Anelka, antara nama-nama pemain bola sepak yang merantau untuk mencari rezeki dan atas dasar minat kepada sukan tersebut. Orang kita pun boleh buat! All the best Luqman!Betul, jiwa kena kental. Bertahan disana. Kalau rindu boleh video call. Semoga berjaya dan bawa nama Malaysia baik-baik!-lobakmerah

Pemain bola muda ini membuka mata ramai pihak. Luqman menunjukkan aksinya di satu perlawanan.

KUALA LUMPUR: Pemain bola sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak perlu menunggu lama apabila sudah membuka ‘akaun’ golnya di Eropah untuk KV Kortrijk. Jaringan itu dilakukan ketika Luqman bersama skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk berhadapan KRC Gent. Perkembangan itu dikongsikan menerusi akaun rasmi KV Kortrijk yang turut menyertakan sekali video jaringan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD itu, semalam.

Gol itu terhasil selepas Luqman menekan pertahanan KRC Gent sehingga pemain itu kehilangan bola dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk Luqman melakukan rembatan sekali gus menghadiahkan gol pertama buat KV Kortrijk. Bagaimanapun, jaringan itu nyata belum cukup untuk KV Kortrijk selepas pasukan itu terpaksa akur tunduk 4-1 di tangan KRC Gent.

This image has an empty alt attribute; its file name is luqman-kortrijk-1-300x150.jpg

Apapun, ini sudah pasti memberikan permulaan yang baik buat Luqman di Eropah sekali gus dapat membuka mata pemain di sana betapa dia turut memiliki kualiti yang tersendiri. Sebagai rekod, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tiba di Belgium pada 13 Ogos lalu namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu sebagai langkah berjaga jaga susulan COVID-19. Luqman sebelum itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan itu yang dimiliki hartawan Malaysia,

Tan Sri Vincent Tan sekali gus menamatkan spekulasi selepas dia turut dipancing beberapa kelab Eropah yang lain. Selepas pelbagai halangan sebelum ini, Luqman Hakim Shamsudin sah menjadi milik pasukan dari Belgium, KV Kortrijk. Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan divisyen utama Belgium itu dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara, hari ini. Majlis menandatangani kontrak turut dihadiri pemilik pasukan, Tan Sri Vincent Tan; Duta Belgium, H E Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

Sebagai rekod, Luqman sebelum ini ditawarkan kontrak untuk bermain dengan pasukan itu pada September lalu dan akan menyertai kelab itu pada bulan Mac apabila usianya genap 18 tahun. Mengikut perancangan, dia akan terlebih dahulu menjalani latihan selama tiga bulan di Cardiff City bermula Disember lalu dan kemudiannya terbang ke Belgium, namun pelbagai isu yang berbangkit menyebabkan perancangan berkenaan tergendala.

SUMBER: BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *