Selepas tular isu peniaga disaman ketika melalui sekatan jalan. Kini Datuk Seri Ismail Sabri umumkan golongan ini boleh mula memohon surat kebenaran rentas negeri untuk memudahkan urusan.

Covid 19

Sebelum ini ada dakwaan dimana seorang penjaja telah disaman RM 1,000 ketika melalui sekatan perjalanan, dalam perjalanan itu, lelaki tersebut dari tapak perniagaan yang bertempat di daerah sama. Dia menzahirkan rasa tidak puas hati kerana disaman dan isu itu dilihat sampai ke perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau mengulas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa peniaga atau mereka yang tidak mempunyai majikan dinasihatkan memohon surat kebenaran dengan polis untuk merentas negeri bagi mereka yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tiada majikan, mohon surat rentas negeri dengan polis. Tambah beliau, langkah itu bagi membolehkan mereka dibenarkan merentas negeri di setiap sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh  polis. Lapor Berita Harian “Bagi permudahkan urusan mereka, saya nasihatkan ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran pelepasan perjalanan.”

“Saya faham mereka (khususnya penjaja) tidak mempunyai majikan, maka pergi ke balai polis untuk dapatkan surat kebenaran. Dengan cara itu mereka boleh melepasi SJR,” katanya pada sidang media harian PKPB, hari ini. Tambah beliau, prosedur  itu juga boleh digunakan untuk mereka yang tidak mempunyai majikan namun terpaksa melakukan urusan harian seperti menjalankan perniagaan.

Sebelum ini KL dan Putrajaya dibenarkan bernikah. Terbaru JAIS telah beri kebenaran akad nikah di Selangor bermula tarikh ini dan ini syarat syaratnya.

Selepas warga Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh bernikah bermula 27 Oktober lalu, kini penduduk Selangor pula bakal menikmati kelonggaran tersebut selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan majlis akad nikah bermula 2 November ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk memberi kelonggaran dalam pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor dengan kehadiran dan jumlah temujanji terhad pada satu-satu masa mulai 2 November ini. Kelonggaran itu diberikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang dilanjutkan sehingga 9 November.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.

“Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. “Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak-pihak mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu. Syarat-syarat akad nikah di Selangor. 1) Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID. 2) Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.

3) Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang. 4) Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor sahaja. 5) Jika pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor, mereka perlu mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri dari pihak berkuasa. 6) Temujanji akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi PAID di daerah masing-masing.

Beliau berkata, cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Crai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID. “Temujanji upacara bagi akad nikah bolehlah dibuat dengan menghubungi PAID berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Lobak Merah dan HMETRO

Isu akad nikah di KL dan Putrajaya. DS Dr. Zulkifli dedahkan akad nikah boleh dibuat mulai hari ini dan terangkan jumlah kehadiran yang boleh menghadiri akad nikah tersebut

Bermula 27 Oktober, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah. Menteri di Jabatan Perdaa Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bagaimanapun kebenara tersebut hanya boleh dilakuka di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi )

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. “Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang. “Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya. – K! ONLINE

TERKINI: 799 Kes Baharu Positif Covid-19 Dengan 3 Kes Pemergian Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak 799 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889  setakat Jumaat (30 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,392 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 491 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 20,248 bersama 65.6% daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi , di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala, terdapat tiga (3) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 249 orang. Sumber: Sidang Media KKM

This image has an empty alt attribute; its file name is ElkZS8DU8AMk4e2-300x300.jpg

275 bekas pesakit Covid-19 diperlukan untuk kajian

Kuala Lumpur: Hanya 106 bekas pesakit Covid-19 berdaftar dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) berbanding 275 yang diperlukan bagi membantu kajian mengenai tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati antibodi pesakit yang sudah pulih merosot dan hanya bertahan selama tiga bulan.

“Kajian ini pernah dilaksanakan di Sungai Lui dan kita dapati selepas tiga bulan antibodi bekas pesakit berkurang antara 18 hingga 20 peratus. “Sekarang ini kita perlukan lebih ramai lagi bekas pesakit yang telah pulih untuk melaksanakan satu kajian bermakna dan ditafsirkan dengan baik,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Menurutnya, pihaknya memerlukan 275 individu yang dijangkiti dan pulih sepenuhnya. “Setakat ini baru ada 106 individu berdaftar dalam kajian ini, malah kita juga akan melakukan rawatan susulan kepada mereka untuk lihat perkembangan terkini. “Disebabkan itu kita menggalakkan mereka untuk menyertai kajian ini supaya kita dapat lihat antibodi dalam badan itu sama ada berkekalan atau tidak,” katanya.

Katanya, kajian itu amat penting berikutan banyak persoalan yang memerlukan jawapan diperlukan KKM mengenai pandemik baharu itu. “Kita banyak persoalan (mengenai Covid-19) dan kajian ini yang akan berikan kita jawapan,” katanya.-HMETRO

Ramai mempersoalkan tentang penutupan panggung wayang ketika penularan covid 19. Terbaru Pawagam di seluruh Malaysia bakal tutup operasi bermula tarikh ini.

Bermula di China, siapa sangka wabak pandemik COVID-19 ini akan tular ke seluruh dunia. Malah, disebabkan penularan wabak tersebut, sektor ekonomi banyak terjejas. Lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan di Malaysia dan kini beberapa negeri dikenakan PKPB membuatkan lebih banyak bisnes berdepan dengan kerugian.

Terbaharu, kesemua pawagam di Malaysia akan ditutup sementara mulai 2 November 2020 sehingga hujung bulan November. Perkara tersebut telah diumumkan oleh dua pawagam terbesar Malaysia, GSC dan juga TGV. Keputusan penutupan itu diambil bagi memastikan pawagam tidak mengalami kerugian besar dan bagi memastikan pawagam mampu untuk diteruskan pada masa akan datang.

Dalam kenyataan pihak tgv. ” It is with a heavy heart that we announce the temporary closure of all cinemas nationwide from 2nd Nov 2020 till further notice. It is a hard truth for all of us to accept, but we believe that we can brave this storm together.#SupportCinemas #SeeYouSoonTGV

Menurut The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE), penutupan tersebut juga disebabkan oleh kekurangan tayangan filem baru kerana ditangguhkan tarikh tayangan.Walaupun ini satu keputusan yang sukar tetapi ini adalah keputusan yang harus diambil ketika ini.-THEVOCKET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *