Tular kisah adik beradik yang berpakat nak kenakan ayah mereka ketika menyambut hari jadinya. Tiba tiba lain pula yang jadi hingga mengundang sebak orang ramai.

Viral

Ayah diibaratkan seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Walaupun mereka tegas namun, jauh dari sudut hati mereka juga beremosi dan mudah tersentuh dengan apa saja yang dilakukan oleh anak-anak.

Sebuah video yang dikongsikan pengguna Twitter iaitu Muimisa sangat tersentuh ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayahnya. Difahamkan, pada awalnya adik-beradik ini ingin ‘prvnk’ terlupa birthday ayah mereka tapi lain pula yang terjadi.

Tak sangka ayah menangis. Lebih meruntun hati, apabila air mata seorang ayah akhirnya gvgvr. Ayah yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan suka berjenaka itu tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada anak-anaknya. Sambil memotong kek, dia mengadu sebak apabila tiada seorang anak yang mengingati tarikh ulang tahun kelahirannya itu.

Buat prnk birthday abah. Video berdurasi 1:15 minit merakamkan keriangan mereka sekeluarga ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran ayah. Situasi ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang menonton video tersebut. Warganet turut kongsikan kenangan mereka dibawah ni.

Sementara itu, warganet juga berkongsikan pengalaman dan kerinduan menyambut birthday ibu bapa mereka. Tidak dinafikan, rata-rata di antara mereka juga mengalirkan air mata setelah menonton video yang dikongsikan ini.

Sumber: Muimisa

Selepas belanja ibu dan ayahnya beli barang barang dapur dia terus dapat benda lain sehingga mengejutkan dirinya. Memang tak sangka dapat macam itu.

Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Pasti anda pernah dengar ungkapan ini, yang membawa makna kita perlu sentiasa bersedekah dan membantu orang lain dengan menggunakan rezeki yang didapati. Baru-baru ini, seorang usahawan muda, Diana (@_dianasruddin) ada berkongsikan kisahnya yang mendapat keuntungan besar dalam peniagaan tudung selepas belanja ibu bapanya barang dapur di pasar raya. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Diana di laman Twitter.

Terang pemilik Diana Shawl ini, dia ada berkongsikan sedikit rezeki yang ada dengan belanja ibu bapanya barang dapur yang bernilai hampir RM600 pada 9 Oktober lepas. Namun siapa sangka, pada 10 Oktober, perniagaannya mendapat sambutan dan memberi pulangan untung sehingga 6 angka. Diana sedekah RM600, tapi diganti dengan untung 6 angka! Terkejut dengan apa yang terjadi, usahawan yang berumur 23 tahun ini menyatakan ini adalah pengajaran yang baik buat dirinya. “Jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas”

Ciapan yang mendapat hampir 12,000 perkongsian ini mendapat perhatian warganet, yang turut berkongsikan kisah mereka dalam bersedekah ini. “Patutlah asal nak beli je banyak halangan”. “Dapat offer kerja dengan gaji RM1600++”.

“Tadi baru je belanja opah makan”. “I dapat JPA punya program for my degree life”. Pengajaran buat kita semua, jangan pernah berkira untuk bersedekah terutamanya dengan keluarga sendiri. Ganjaranya pasti lebih besar daripada apa yang disedekahkan.

Sumber: LobakMerah

Kredit_dianasruddin

Selepas sahaja beri makanan kepada kucing ini. Lelaki itu terus dapat sesuatu secara tiba tiba. Rupa rupanya ini yang dia dapat selepas berbuat baik kepada haiwan tersebut.

Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang?. Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang menghadiahkan dengan perbuatan kasar. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pellik. 3.45pm: Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati. Jika Rasulullah nampak, baginda mesti sedih sebab baginda sayang pada kucing. Niat sebab Rasulullah. 6.00 pm: Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak. 6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr, apasal free? Cashieer cakap nasi ni tak perlu bayar.

Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free?. Aku tak kenal pon tokey restoran ini. Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya. Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelikk, dan agak seram juga. Apa pendapat korang? Tu laa gambar budak 2 ekor. Lepas dapat nasi free, aku terus tangkapp 1 keping gambar nasi dengan makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : SK

Berkat Beri Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit, Rezeki Memang Tak Disangka & Jadi Berganda-Ganda

Kedua ibu bapa kita adalah insan paling mulia yang perlu kita hormati tanpa ada batasannya. Merekalah insan yang mendidik kita dari kecil hingga dewasa dan menjadi insan berguna. Lebih-lebih lagi hormati ibu kerana syurga terletak di bawah telapak kaki mereka.

Dan sekiranya kita sudah dewasa nanti dikurniakan rezeki yang murah, jangan sesekali bersifat kedekut dengan kedua ibu bapa. Kalau tak banyak, sedikit pemberian duit juga sudah memadai kerana tanda kita membalas jasa mereka. Memang mereka tidak minta wang ringgit, tetapi tidak salah membalas kasih sayang dicurahkan selama ini dengan wang ringgit.

Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook, Mohd Fadhli Salleh yang bercerita mengenai sifat seorang teman baiknya berkenaan keberkataan duit dan hidup. Menurutnya biarpun kawannya itu bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, tetapi tidak pernah sekalipun dia lupa untuk memberi duit kepada kedua ibu bapanya.

Dia sudah asing siap-siap berapa wang saku untuk diberikan kepada keduanya. Tetapi itu cerita sebelum dia berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Namun apabila diduga dengan keperitan hidup walaupun gaji mencukupi, kawannya itu sentiasa resah dan memikirkan kenapa duit bulanan asyik tidak mencukupi.

Setelah berfikir barulah dia teringat sudah lama tidak memberi wang belanja kepada kedua ibu bapanya seperti yang dilakukan sebelum berkahwin dulu. Dan sejak itu walaupun kehidupannya cukup terdesak sekalipun, kawannya itu tetap akan memberikan duit kepada ibu dan ayahnya.

Berkat berkat tak putus memberi duit kepada orang tuanya, rezeki kawannya itu mula berubah sentiasa murah dan masuk berganda-ganda. – Seratus untuk ibu, seratus untuk ayah. – Pagi Jumaat penuh barakah ini aku nak berkongsi satu kisah benar. Kisah yang seorang kawan baik aku sampaikan sendiri pada aku. Tentang keberkatan duit dan hidup. Aku namakan kawan aku ini Alang saja.

Hanya bekerja biasa sahaja, tetapi tidak pernah lupa untuk beri duit pada mak ayah. Duit diasingkan siap-siap. Alang kerja kerajaan. Namun bukanlah gred besar. Bukan tahap degree, master atau yang lebih tinggi. Lulusan diploma sahaja. Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.

Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia. Tak beri banyak tetapi tetap akan kirim juga. Mahu mak ayah merasa hasil titik peluh bekerja selama ini. “Aku tak mampu beri banyak. Sedikit pun aku tetap kirim juga. Bukan sebab mereka nak duit aku. Mereka tak minta pun.

Tapi aku nak mereka rasa juga hasil titik peluh aku. Selama ini, mereka tanggung aku. Sekarang, aku dah kerja. Aku nak mereka rasa juga. Lagi pun, kalau ikut adat, umur mereka berapa lama sahaja lagi. Berapa lama sahaja lagi mampu aku berbakti dan menghargai.” Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga.

Sumber: Kashoorga

Menarik betul kisah murni ini, banyak pengajaran yang kita dapat. Jadi jangan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan orang lain juga terutamanya untuk ibu bapa kita. Nak lagi kisah dan info menarik? Jom Like & Share page kami Kucing Media Online. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *