Terkini pakar ini telah buat kajian dan menafikan kesan Vitamin C pada demam dan sakit lain. Ini yang dibongkarkan selanjutnya oleh Dr Magaret

Info Infomaklumat tips

RAMAI yang anggap kononnya vitamin C dapat merawat demam dan selsema. Namun demikian, tegas Dr Magaret Sivapragasam, ia tidak benar sama sekali. “Vitamin C (askorbik asid) adalah nutrien yang larut dalam air dan diketahui mengandungi sifat antioksida yang tinggi.

“Antioksida adalah bahan yang melindungi sel badan daripada patogen dan radikal bebas di mana bahan ini adalah molekul yang boleh merosakkan sel badan dan memberi kesan kepada fungsi sel dan tisu badan,” kata Dr Magaret melalui Facebooknya. Oleh kerana badan tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya ia perlu mendapatkan vitamin C melalui diet pemakanan atau pengambilan nutrisi tambahan.

Buah-buahan dan sayuran yang pelbagai warna seperti buahan beri, tomato, sayuran hijau, brussels sprouts dan cili benggala mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Buah-buahan dan sayur-sayuran itu boleh dinikmati secara mentah atau dimasak tetapi perlu diingatkan nutrien vitamin C akan hilang apabila dimasak atau disimpan terlalu lama.

“Vitamin C amat dikenali tentang kebaikan untuk kesihatan terutamanya dalam menguatkan imunisasi badan. Ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka, melindungi sel badan dan menghasilkan kolagen di dalam badan. “Ia perlu diambil sebagai keperluan harian untuk mendapatkan kesan yang baik secara menyeluruh,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, ia tidaklah dapat mencegah diri daripada terkena demam dan selesema. “Tetapi, terdapat penemuan tentang pengambilan Vitamin C dalam dos yang tinggi dapat mengurangkan simptom demam selsema kepada 1.5 hari untuk sesetengah orang,” jelasnya. Selain itu,terdapat juga kajian yang mengatakan pengambilan nutrien Vitamin C semasa demam selesema dapat mengurangkan tempoh yang dialami sehingga 8 peratus untuk dewasa dan 14 peratus untuk kanak-kanak.

“Secara amnya vitamin C tidaklah dapat merawat penyakit demam dan selesema,” tagasnya. Dalam kajian tentang keberkesanannya melawan virus demam selesema, vitamin C terbukti tidak dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti tetapi ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Tambah beliau lagi, vitamin C adalah nutrien larut dalam yang mana lebihan pengambilan tidaklah diserap di dalam badan tetapi disingkirkan melalui proses urinisasi. “Mengambilnya secara berlebihan tidaklah menyebabkan ia disimpan di dalam badan,” katanya.- SINARPLUS

Sedar atau tidak sudah terlalu banyak sangat mitos sampai dijadikan amalan seharian. Mengejutkan Doktor Amalina bongkarkan jawapan sebenar bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

DALAM kehidupan sejak dulu hingga kini, banyak mitos yang wujud sehingga turut dijadikan amalan orang kita. Dengan kajian saintifik dan perubahan masa, kebanyakan mitos lama mula dilupakan dan dianggap tidak relevan. Namun, ada juga yang masih mengamalkan mitos lama pada hari ini, sebagaimana diwarisi oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri turut meminta pengikut Instagram miliknya berkongsi segala mitos diketahui mereka. “Apakah mitos perubatan paling mengarut pernah anda dengar?” soalnya pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories. Ramai warganet turut terhibur membaca mitos-mitos yang dikongsi menerusi Instagram Dr Amalina. Selain Instagram, jawapan-jawapan yang diberikan warganet turut dikongsi semula oleh warganet di Twitter sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab beberapa persoalan mengenai mitos yang dibangkitkan warganet. Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Antara yang meraih tumpuan, mitos dikongsi seorang individu yang mendakwa uri bayi harus ditanam bersama pen dan buku agar anak menjadi pandai. “Nasib mama saya tak buat. Kalau tak, saya dah dapat 50A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” jawab Dr Amalina secara berseloroh.

Selain itu, seorang wanita turut bertanya jika benar dakwaan ibunya mengenai pembentukan darah beku sekiranya seseorang mencuci rambut sewaktu datang haid. Jelas Dr Amalina, ia salah sama sekali memandangkan rambut dan rahim berada pada anggota tubuh yang berbeza.

This image has an empty alt attribute; its file name is 902321-1-300x205.jpg

Antara mitos yang dijawab oleh Dr Amalina. “Rambut di kepala, rahim di abdomen. Tak ada kena mengena. Ini adalah mitos. “Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Tak mahu mereka duduk dekat dengan anda,” kata Dr Amalina. Antara mitos lain yang dikongsi warganet kepada Dr Amalina termasuklah pembentukan parut hitam sekiranya makan kicap sewaktu luka.

“Ini satu lagi. Saya tak faham macam mana timbul mitos ini ya. Nanti minum air bandung banyak-banyak, nanti parut jadi pink,” ujarnya. Dalam pada itu, ramai warganet mengakui terhibur dengan mitos-mitos yang dikongsi.- Mstar

Pengikut kata panadol yang dimakan kekal 5 tahun dalam badan. Tapi bila Dr Amalina bagi penjelasan terus jadi lain

Tweet seorang warganet yang bertanya mengenai paracetam0l yang dikongsi Dr Amalina menjadi tular. “ANDA rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat tersebut secara automatik terus mengingatkan kita kepada iklan paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol di negara ini. Namun ubat yang diambil untuk membantu melegakan sakit kepala itu kec0h diperkatakan di media sosial apabila Dr Amalina berkongsi pertanyaan seorang warganet mengenai ‘mitos’ panadol di Twitternya.

Posting Dr Amalina dengan kapsyen ‘Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama lima tahun?’ mendapat lebih 4,400 ulang kicau dan 3,900 tanda suka dalam kalangan warganet. Dr Amalina sering berkongsi ilmu perubatan dengan pengikutnya di Twitter. Pakar operasi berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bagaimanapun menafikan dkwaan tersebut. “Panadol atau paracetam0l hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

“Panadol akan diproses oleh hati bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kncing,” katanya. Malah seorang gadis mendkwa dia dimaklumkan ubat tersebut berada di dalam badan selama lima tahun oleh guru subjek Sains di sekolahnya. “Unfortvnately, yang beritahu benda ni dulu cikgu Sains aku. Emmm,” kata Fiza. Dkwaan tersebut kata Fiza menyebabkan dia takvt untuk mengambil ubat berkenaan.

Dr Amalina menafikan ubat paracetamol kekal dalam badan manusia sehingga tempoh lima tahun. “Iyaa doktor. Masa tu kita takut-takutlah kan nak makan panadol lepas cikgu cakap macam tu. But me hmmm b3dal je. Lima tahun dalam perut pun lantaklah. “Tak tahan sangat makan je. That was back then lah. Ampunkan beliau ya semua,” katanya lagi.

Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Dr Amalina tetapi juga pelayar Twitter lain. “Samalah cikgu cakap macam tu. Mak saudara pegawai bank cakap macam tu. Haihh,” kata Nis. “Haah. Mostly cikgu cakap macam ni. And I realized benda ni tak betul bila dah masuk med school,” kata Njwa. Susulan itu, Dr Amalina berkata panadol selamat untuk diambil mengikut dos yang disarankan.

Antara komen warganet pada tweet tersebut. “Panadol bukan NSAID. Ia adalah acetaminophenTake it regularly as recommended when you feel p4in. “Jangan tunggu bila dah sakit teruk baru nak ambil. Kalau tidak berkesan pergi berjumpa doktor untuk further check up and advice,” katanya. Jelas Dr Amalina lagi, bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 50 kilogram, dos yang dibenarkan adalah 500 mg-1g, setiap empat hingga enam jam. “Bagi mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang, anda mengambil ubat TB, ubat pencair cecair merah, atau ubat epilpsy sila dapatkan nasihat doktor atau pharmacist,” katanya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *