Kadang kadang malam pun tak boleh tidur. Sebak bila Dr Noor Hisham luahkan perasaan sebenar yang dialaminya dan seluruh warga KKM berdepan penularan wabak Covid 19.

Covid 19

Tekanan tugas yang tinggi, kelesuan mental dan fizikal, sukar melelapkan mata di malam hari tidak mematahkan semangat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus berjuang menghalang penularan COVID-19 yang berlarutan di dalam negara.

Dr Noor Hisham berkata seluruh warga KKM termasuk beliau sendiri tidak terkecuali daripada terkesan akibat kelesuan mental dan fizikal dalam berhadapan dengan wabak yang tidak dapat dilihat itu. “Setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (yang merasai) tekanan yang amat tinggi.

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur kerana pelbagai aktiviti yang kita fikirkan (mengenai) bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. (Namun), setakat ini kita masih boleh bertahan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 semalam. Dr Noor Hisham berkata semasa menghadiri persidangan video bersama pakar-pakar perubatan di Sabah  pagi ini, beliau berpendapat rata-rata daripada mereka masih bersemangat tinggi dalam membincangkan  situasi pandemik COVID-19 negara.

Katanya lagi, petugas kesihatan perlu pandai menjalankan jadual bekerja secara penggiliran bagi memberi masa untuk mereka berehat. “Tetapi, walaupun bagi masa (untuk) rehat kita kadang-kadang tak boleh rehat… bangun tengah malam memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah. Ini semua cabaran untuk kita semua sama ada di lapangan, petugas barisan hadapan atau di sebalik tabir,” katanya.

Mengenai jumlah kumulatif petugas kesihatan yang dijangkiti wabak itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 949 petugas kesihatan mendapat COVID-19. Beliau berkata kebanyakan daripada petugas kesihatan yang positif mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya dari wad unit rawatan rapi atau COVID-19. “Apa yang penting apabila mereka terdedah dengan kes positif, kita kena kuarantinkan mereka dalam  tempoh tertentu. Yang penting mereka kena patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). 

Contohnya, kalau mereka berkhidmat di unit rawatan rapi dan wad Covid mereka kena patuh SOP sedia ada, namun banyak kes positif jangkitan bukan di dalam unit rawatan rapi atau COVID-19 tetapi daripada komuniti,” katanya. Menurut Dr Noor Hisham dua kumpulan yang amat berisiko dijangkiti ialah ahli keluarga kepada pesakit positif dan petugas kesihatan. — BERNAMA

Tergamam KKM bongkarkan kumpulan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 sehingga membuatkan orang ramai tak senang duduk dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Kuala Lumpur: Dua kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu ahli keluarga kes positif dan petugas barisan hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, bagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan petugas barisan hadapan berlaku di luar waktu bertugas iaitu dalam komuniti dan tempat awam. “Ketika bertugas, saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan adalah memakai pakaian perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.

“Apabila di luar waktu bertugas, mereka juga mesti patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ke pasar atau tempat awam. “Ini yang kita bimbangkan dan kita perlu pastikan mereka patuh SOP ketika di luar tugas. Bukan hanya rakyat tapi juga petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. Beliau berkata, pematuhan kepada SOP itu adalah amanat penting KKM untuk melindungi mereka ketika bertugas dan mengurangkan jangkitan.

Sumber: HMETRO

Pernah dinamakan antara doktor terbaik dunia. Terkini Tan Sri Dr Noor Hisham dinamakan pula antara Trio Wira Covid19 atas sebab ini

Pada pertengahan April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai “antara doktor terbaik dunia” oleh sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani COVID-19 di Malaysia.Enam bulan berlalu dan dengan Malaysia sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik itu, reputasi beliau tetap gah.

Kali ini nama beliau dinyatakan dalam tajuk berita portal The Independent, Singapura yang dibaca:“Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci – Covid’s heroic trio “ (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci – Trio Wira COVID).Wacana itu ditulis oleh Tan Bah Bah, editor perunding portal berita tersebut dan juga merupakan bekas penulis kanan The Straits Times.

Dalam kolumnya ‘Sense And Nonsense’, Tan memulakan dengan: “Tidak dapat dinafikan, hero asal pandemik COVID-19 ialah mndiang Dr Li Wenliang, pakar oftalmologi yang merupakan orang pertama memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan di Wuhan tentang virus itu Disember lepas.

“Tatkala Beijing berjaya mengawal situasi di wilayah Hubei dan lain-lain kawasan di China, negara-negara lain yang berglut menntang virus itu turut melahirkan wira masing-masing.“Seorang daripada mereka memainkan peranan penting di sebuah negara yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 Nov ini yang keputusannya bakal membawa kesan di seluruh dunia,” tulis Tan, merujuk kepada Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Pnyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat.

Seorang lagi ialah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.Tan seterusnya berkata tiga pakar kesihatan awam negara itu kini menjadi perhatian antarabangsa, selain Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu, Tan menulis: “Hampir setiap petang sejak beberapa bulan lepas, rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung taklimat COVID-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham.“Beliau tenang memperincikan perkembangan terkini, dan secara bersahaja saling beralih di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau merupakan jurucakap negara tentang usaha Malaysia membendung penularan virus itu.”

Tan juga berkata usaha Dr Noor Hisham “tidak berhenti setakat itu. Beliau juga membuat hantaran Twitter dari hati.”“Kita perlukan perpaduan untuk menentng pandemik ini, bukan saling bertelagah. Barisan hadapan kita berjuang di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24/7. Keletihan mntal dan fizikal kini dirasai. Sesetengahnya sudah bersedia untuk mengalah. Belajarlah dari Sabah,” demikian hantaran Twitter Dr Noor Hisham yang dipetik oleh Tan.

“Malaysia mengalami peningkatan mendadak sekarang disebabkan, antaranya pilihan raya Sabah,” kata Tan dalam artikelnya itu.Tan juga berkata di New Zealand, individu yang setara dengan Dr Noor Hisham ialah Dr Bloomfield yang memenangi hati dan minda rakyat negara tersebut dengan kepimpinannya yang tenang sepanjang pelaksanaan sekatan.

Editor perunding itu turut menyifatkan Dr Fauci sebagai “tidak mudah gelabah”.The Independent yang bermula pada 9 Ogos 2013 merupakan platform berita yang dimiliki dan dioperasikan oleh wartawan, dan portal ini melaporkan isu-isu semasa, ekonomi dan politik di Singapura secara mendalam dan bebas.

Seperti yang kita tahu,kelmarin ramai rakyat Malaysia panik apabila angka COVID19 mencecah angka 1228 kes baharu iaitu agak tertinggi yang pernah dilaporkan sejak penularan pandemik itu di negara kita. Heboh di media sosial. Sudah tentu kerajaan yang menjadi sasaran kemarahan kerana dianggap gagal mengekang COVID19 daripada terus merebak.

Sebelum ini kerajaan pernah mengumumkan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes dalam negara mencecah tiga angka.Kalau PKP dilaksanakan, kita kena duduk rumah tak boleh pergi mana-mana. Susah nak buat kerja. Peniaga pun tak boleh nak berniaga. Pusat beli-belah pun dah sunyi sepi macam dilnggar garuda, tak ada pengunjung.

Merak Jalanan rasa tiga empat minggu lagi mungkin ramai peniaga yang gulung tikar. Memang susah nak cari makan dalam keadaan sekarang ini. Rakyat Malaysia jangan alpa. Sebagai rakyat, kita ada tanggungjawab untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini. Pastikan kita sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Amalkan gaya hidup yang sihat. Gunakan pelitup muka yang betul dan elakkan 3S. Apa itu 3S? 3S ialah sesak, sempit dan sembang pada jarak dekat. Merak Jalanan mahu kongsi satu berita baik. Jeng, jeng, jeng… bermula hari ini anda semua boleh membeli pelitup muka istimewa dihasilkan oleh Karangkraf Medicare yang boleh dibeli secara online di karangkrafmall.com.

Bukan sahaja ada enam pilihan rekabentuk yang menarik, pembeli turut dihadiahkan hygiene case untuk menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.Tak perlu marah kerajaan, tak perlu salahkan orang lain. Beli pelitup muka ini untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga. Kita jaga diri kita dan keluarga terlebih dahulu. Insya-ALLAH, pandemik Covid-19 akan berjaya kita atasi.

Sebak Dr Noor Hisham Titipkan Pesanan Untuk Rakyat Malaysia Yang Masih Berdepan Dengan Penularan Wabak Covid 19 Sehingga Membuka Mata Orang Ramai.

Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memrangi wabak Covid-19 bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya. Sementara itu, dalam satu lagi posting, Dr Noor Hisham meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan Covid-19 di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memrangi Covid-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya.

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *