Mengejutkan ramai yang tak sedar benda ini boleh memberi kesan besar dengan penularan Covid 19. Dr Alan bongkarkan tips untuk elakkan pencemaran virus covid 19.

Info Infomaklumat

SEDAR atau pun tidak, wang kertas sebenarnya penuh dengan bakteria dan kuman. Berdasarkan kajian yang dilakukan, setiap 1:7 wang tercemar oleh bakteria feses. Manakala 1:2 kad debit atau kredit mengandungi bakteria. Oleh itu, idea membawa sebotol pembersih tangan ketika keluar membeli-belah adalah idea yang baik.

Menurut Dr. Alan Taege yang juga seorang pakar dalam menangani pnyakit berjangkit, wang dan benda lain yang berulang kali disentuh orang lain cenderung mengumpul pelbagai kuman. “Bayangkan kita beri kad kredit kepada orang lain berulang-kali dan jangan pelik kalau ia dicemari bakteria,” katanya.

Dr. Alan memberitahu bakteria merebak dengan cepat malah pada permukaan telefon dan beg tangan yang sering dipegang. Bagaimanapun katanya, kita mampu mengurangkan pencemaran virus ketika berbelanja apatah lagi pandemik Covid-19 yang sedang berleluasa dan vaksin masih belum ditemui.

1. Membersihkan kad debit atau kredit sejurus selepas digunakan untuk membuat pembayaran. Sekiranya ia sudah bersih, giliran kita pula untuk mencuci tangan. Memandangkan kita berada di luar, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol sebagai alternatif dan basuh tangan menggunakan sabun dan air apabila pulang ke rumah.

2. Pastikan tangan tidak menyentuh mata dan mulut ketika membuat pembelian. Cara itu kata Dr. Alan, membolehkan bakteria masuk ke dalam tubuh dengan mudah. Dalam kajian yang dilakukan pada 2012, Dr. Alan memberitahu penyelidik di Universiti Queen Mary, London membuatkan uji kaji terhadap tangan, wang dan kad kredit terhadap 300 koresponden. Hasil kajian itu, mereka menemui 11 peratus bakteria pada tangan, lapan peratus (kad kredit) dan enam peratus (wang).

Sel atau organisme yang ditemui adalah jenis bakteria stafilokokus yang bertanggungjawab terhadap pelbagai jangkitan ringan hingga serius. Penyelidik juga menemui material feses yang berasal daripada kotoran pada saluran gastrointerstinal yang boleh menyebabkan masalah serius jika jangkitan tidak di kesan awal.- MSTAR

Cara betul pakai pelitup muka

SELAIN pemakaian pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggalakkan individu sihat memakai pelitup muka fabrik. Sebaik-baiknya memilih pelitup muka yang dibuat menggunakan fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam). Kajian menunjukkan keupayaan pelitup muka fabrik untuk menghalang virus berbeza berdasarkan jenis fabrik.

Bukti keberkesanan pelitup muka fabrik. Saranan pemakaian pelitup muka dapat membantu menghalang cecair pernafasan orang dijangkiti virus Covid-19 daripada tersebar ke udara dan orang sekeliling ketika batuk, bersin, bercakap serta meninggikan suara.

Hasil kajian klinikal dan makmal membuktikan penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung menggunakan pelitup muka. Virus Covid-19 boleh merebak kepada individu lain pada jarak kedudukan sangat rapat iaitu kurang daripada 1.8 meter. Oleh itu, penggunaan pelitup muka fabrik adalah sangat penting apabila berada dalam keadaan sesak dan tidak dapat melakukan penjarakkan fizikal.

Individu yang sesuai memakai pelitup muka fabrik. Individu berusia dua tahun ke atas boleh memakai pelitup muka fabrik apabila berada di tempat awam dan ketika bertemu orang lain yang tidak tinggal serumah, terutama jika tiada penjarakkan fizikal.

Covid-19 boleh tersebar daripada individu tak bergejala dan individu yang tidak mengetahui mereka dijangkiti. Terdapat dua golongan yang tidak sesuai memakai pelitup muka fabrik, sebaliknya perlu menggunakan pelitup muka pakai buang tiga lapis: i. Individu yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 ii. Jika anda berkemungkinan dijangkiti (dalam tempoh kuarantin), jangan ke tempat awam. iii. Individu yang menjaga pesakit Covid-19.

Individu tidak dibenarkan memakai pelitup muka fabrik?. i. Kanak-kanak berusia kurang dua tahun. ii. Individu mempunyai masalah pernafasan. iii. Individu tak sedarkan diri dan tidak upaya membuang sendiri. iv. Pelitup muka tanpa bantuan

Penyesuaian memakai pelitup muka. Pelitup muka fabrik mungkin tidak sesuai dipakai oleh semua orang pada setiap masa. Ini kerana dalam keadaan tertentu, pemakaian pelitup muka fabrik boleh menyebabkan masalah pernafasan, ketidakselesaan dan sebagainya.

Antara contoh penyesuaian yang boleh dilakukan. i. Pelajar. Berkemungkinan menghadapi masalah memakai pelitup muka dalam tempoh yang panjang semasa di sekolah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka memakai pelitup muka mengikut saiz bersesuaian. ii. Berenang. Aktiviti berenang menyebabkan pelitup muka fabrik basah yang boleh menyukarkan pernafasan. iii. Bersukan. Pemakaian pelitup muka semasa berjoging boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Amalan berbahaya memakai pelitup muka pakai buang tiga lapis. Antara amalan yang dipraktikkan sebilangan masyarakat sebenarnya amat berbahaya kerana pelitup muka yang dipakai adalah kotor dan berkemungkinan dicemari virus Covid-19. i.Memakai pelitup. muka pakai buang berhari-hari sehingga rosak atau koyak. ii. Mengutip pelitup muka yang dibuang untuk dijual atau dipakai sendiri. iii.Berkongsi pelitup muka

Pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah. Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok. Pengguna dinasihatkan memutuskan satu tali pengikat sekiranya hendak membuang pelitup muka. Ini untuk memastikan pelitup muka yang dibuang tidak diguna semula atau dijual oleh pihak tak bertanggungjawab.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Dr Wan Shahida Wan Sulaiman Pakar Mikrobiologi Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.

Ramai yang masih mempersoalkan samada wanita yang berpurdah perlukah untuk memakai pelitup muka walaupon sudah menutup separuh muka dengan kain tersebut. Akhirnya ini yang dibongkarkan Dr Nurul Yaqeen mengenai perkara itu.

Baru-baru ini menjadi sebutan di bibir-bibir orang ramai mengenai wanita berpurdah dan berniqab. Tidak kurang hebatnya ada yang mengambil inisiatif menambah ilmu mengenai perbezaan pemakaiannya termasuklah pemakaian burqa. Namun demikian, wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 22 Oktober 2020 lalu. Menerusi ciapan itu juga, KKM menjelaskan bahawa pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Justeru, KKM mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Mengulas lanjut mengenai isu, Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa ada hujahnya. Katanya, wanita berpurdah masih perlu memakai pelitup muka, kerana purdah tidak menepati syarat-syarat keselamatan yang boleh menghalang penularan wabak Covid-19 seperti yang dikehendaki oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

This image has an empty alt attribute; its file name is medik-8-1-300x146.png

“Seperti yang kita semua maklum, purdah diperbuat daripada selapis kain sahaja dan ia juga tidak betul-betul menutup bahagian hidung, mulut dan dagu yang mana masih ada ruang yang terbuka di bahagian bawah dagu pemakai purdah. “Jadi, masih terdapat ruang untuk kemasukan atau transmisi virus melalui bahagian bawah dagu purdah tersebut,” jelasnya. Pelitup muka yang menepati syarat-syarat keselamatan bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 perlulah mempunyai tiga lapisan seperti yang disyorkan oleh WHO iaitu ia perlulah mempunyai tiga lapisan:

1. ‘Inner layer’ (lapisan dalam yang bersentuhan terus dengan kulit) yang diperbuat dari ‘hydrophilic’ material (bahan yang mudah menyerap air). Contohnya: ‘cotton’ atau ‘cotton blends’. 2. ‘Middle layer’ (lapisan tengah yang bertugas sebagai filter atau penapis) yang diperbuat daripada ‘hydrophobic material’ (bahan yang tidak menyerap air) seperti ‘polypropylene’ atau ‘cotton’ yang boleh membantu penyerapan rembesan air. 3. ‘Outer layer’ (lapisan luar yang bertugas sebagai penghalang kemasukan pencemaran/bendasing luar) yang diperbuat dari ‘hydrophobic’ material (bahan yang tidak menyerap air). Contohnya: polypropylene dan polyester yang boleh menghalang kemasukan virus, kuman dan bendasing dari memasuki mulut dan hidung.

Menjawab kepada satu soalan lain, Dr Nurul Yaqeen menjelaskan cara untuk mereka memakai pelitup muka adalah dengan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh WHO. Ini panduan mudahnya: 1. Mereka perlu membasuh tangan sebelum memakai pelitup muka dan mengenakannya dengan betul-betul menutup bahagian hidung, mulut dan dagu dengan baik. 2. Mereka masih boleh memakai purdah di atas pelitup muka tersebut, setelah mengenakan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisaan fabrik tersebut. “Pastikan mereka sentiasa mencuci pelitup muka fabrik dan juga purdah yang telah digunakan. “Sekiranya pelitup muka fabrik dan purdah telah kotor, maka mereka perlu mencucinya dahulu sebelum menggunakannya,” kata Dr Nurul Yaqeen.- SINARPLUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *