Jujurnya sampai menangis ketika buat satu benda ni. Gara gara mengimbau kembali kisah dahulu Fedtri Yahya buat satu pengakuan ini dan kongsikan ceritanya.

artis

Komposer dan penulis lirik, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita mengenai satu lagu yang ditulis olehnya yang berjudul Kasih Padamu. Bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul pada hari ini, Fedtri telah mengimbau kembali saat menulis lirik lagu tersebut. Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya mengakui berasa sayu dan syahdu ketika menulis lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Hafiz Hamidun. “Jujurnya saya menangis sewaktu menulis lirik lagu ini sebab syahdu….

“Apatah lagi mengenangkan betapa indah Madinah yang menjadi kota cinta Rasulullah SAW. “Terima kasih @hafizhamidun untuk kolaborasi indah ini. Sudah 8 tahun usia lagu ini,” tulisnya. Sekadar informasi, lagu Kasih Padamu ini merupakan sebuah lagu yang berkisahkan tentang baginda Rasullah Nabi Muhammad SAW. Lagu ini dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan satu kolaborasi Fedtri dan Hafiz Hamidun.

Video: Instagram Fedtri Yahya

Buat pertama kalinya Sambutan Maulidur Rasul disambut dalam suasana norma baharu dengan SOP yang telah ditetapkan. Ini keadaan sambutan maulidur rasul di beberapa tepat.

KUALA LUMPUR – Walaupun diuji dengan pandemik Covid-19, kemeriahan Maulidur Rasul tetap dirasai sungguhpun disambut secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard dalam suasana norma baharu. Di Sarawak, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan Taman Islam Darul Hana di Jalan Tun Salahuddin di sini malam ini sempena majlis sambutan peringkat negeri untuk memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu.

Majlis perasmian itu turut dihadiri isteri Abdul Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kenamaan negeri. Sebelum itu Abdul Taib bersama-sama kenamaan lain menghadiri majlis kesyukuran sempena sambutan itu di Masjid Darul Hana yang menjadi sebahagian daripada Taman Islam berkenaan yang siap dibina baru-baru ini dengan kos RM8.6 juta.

Di Perak, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh dihadiri kira-kira 450 orang termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Majlis sambutan anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diikuti pelancaran Buku Modul Remaja Al-Ridzuan yang menyasarkan penyemaian dan pembinaan generasi muda hari ini mendekatkan diri dengan masjid.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) bergambar bersama penerima cenderahati yang merupakan wakil barisan hadapan pada sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah malam ini. Ahmad Faizal turut menyampaikan cenderahati kepada petugas barisan hadapan yang berjuang dengan penularan Covid-19 sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah dan berselawat beramai-ramai ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan Timbalan Mufti Negeri Perak Datuk Zamri Hashim sebelum solat Isyak berjemaah dan diikuti majlis jamuan makan. Sementara di Pulau Pinang, seorang pesara guru Datuk Abdul Rahman Yob dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1442 Hijrah peringkat negeri.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang juga merasmikan peringkat negeri itu di Masjid Negeri Pulau Pinang dekat George Town, di sini. Abdul Rahman yang juga merupakan bekas pesakit knser usus menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan negeri Datuk Abdul Halim Hussain. Kira-kira 200 orang jemaah masjid turut serta dalam majlis itu yang disambut secara sederhana sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19. – Bernama

Sambut Maulidur Rasul tanpa perarakan

ALOR GAJAH: Umat Islam di negeri ini meraikan sambutan Maulidur Rasul tanpa perarakan berikutan langkah kerajaan negeri menangguhkan program berskala besar akibat pandemik COVID-19. Bagaimanapun, program ceramah agama berkaitan kelahiran Nabi Muhammad SAW di masjid dan surau tetap diadakan kerana ia tidak membabitkan perhimpunan anggota komuniti pada skala besar.

Di Masjid al-Ehsan Kampung Londang, Masjid Tanah dekat sini, program ceramah agama sempena Maulidur Rasul selepas solat Subuh diadakan dengan ceramah disampaikan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Khairuddin Abu Khair.

Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul, berkata umat Islam perlu terus berdoa memohon Allah SWT menamatkan pandemik COVID-19. “Sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Ummah Rabbani Negara Aman, marilah kita berdoa supaya Allah menganugerahkan kita kestabilan ekonomi, sosial, siasah dan politik di negara kita.

“Kita berdoa supaya negara kita di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberikan keamanan dan keberkatan,” katanya. Selain itu, katanya umat Islam juga harus terus berdoa memohon Allah memberikan kesabaran dan ketabahan untuk terus menghadapi cabaran hebat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia sejagat dan Baginda harus menjadi ikutan serta amalan umat Islam. Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dilaporkan berkata, semua majlis dan acara rasmi kerajaan negeri ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa serta merta.- BHONLINE

Sudah masuk hari kelima Fedtri Yahya menjalani rawatan. Kini anak perempuannya datang buat sesuatu untuk ayahnya itu. Ini kisah selanjutnya dengan keadaan pengacara Malaysia Hari Ini.

Memasuki hari kelima, personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor akibat terjatuh dari basikal. Terbaru, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram bersama anak sulung Indah Sutera Jannah yang datang melawatnya di hospital tersebut. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak berusia lapan tahun itu menyuapkan bubur dengan penuh kasih sayang ke dalam mulut bapanya.

“Kakak datang suapkan bubur untuk daddy,” tulis personaliti berusia 39 tahun itu yang mengalami kelukaan di bibir, kening, dagu dan rahang. Rata-rata pengikutnya terus menitipkan kata-kata semangat untuk Fedtri selain mendoakan agar dia kembali pulih seperti biasa. Terdahulu, kejadian tersebut berlaku di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama selepas Fedtri membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk MHI.

Sumber : Fedtri Yahya, OHMYMEDIA

Isteri maklumkan kondisi Fedtri


Baru sahaja bertugas secara langsung di Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2020 semalam, pengacara dan juga penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dimaklumkan mengalami kejadian tidak diingininya baru baru ini. Selebriti yang juga pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kejadian itu dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. Berita itu dikongsikan isterinya Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya. “Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam satu kejadian dan selesai menjalani operasi malam tadi.“Banyak luka di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah.

This image has an empty alt attribute; its file name is 51600297943_fedtriyahyaAhmadFed-300x203.jpg

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh isterinya menerusi media sosial Fedtri dengan memuat naik kondisi pengacara itu yang baru selesai menjalani rawatan. Lukanya sudah dijahit. Menurut isterinya, Fedtri mengalami kelukaan di muka disebabkan kejadian tidak diingini yang berlaku. Namun begitu, kesemua luka tersebut sudah dijahit dengan sempurna.

Dia turut memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan suaminya dan semoga Fedtri Yahya kembali sembuh seperti sedia kala. Innalillahiwainailahirajiun… Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui terkejut dengan berita yang diterima. Mereka juga sempat mendoakan agar pengacara itu lekas sembuh dan diberi kesihatan yang baik dengan segera.”Semoga cepat sembuh”. “Semoga tiada yang serius”.” Hilangkanlah kesakitan adinda Fedtri’

Sumber: Fedtri Yahya, MEDIAHIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *