Hanya sekadar bergurau tapi tiba tiba jadi kenyataan. Gemuruh Ustaz Kazim Elias bila kemunculannya yang terkini seakan lain dari yang lain. Rupanya ini yang terjadi.

artis

Buat pertama kali pendakwah bebas iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias muncul dengan lagu ketuhanan berjudul Salawat 1442 bersama dua penyanyi rap iaitu Tuju dan Tyco. Bercerita tentang itu, Ustaz Kazim, berkata, dia tidak menyangka gurauan meminta Datuk Norman Abdul Halim membuatkan lagu untuknya menjadi kenyataan.

Biarpun mengakui gemuruh kerana tidak pernah melalui proses rakaman namun beliau berpuas hati dengan nyanyiannya. “Alhamdulillah… saya sangat berpuas hati untuk cubaan pertama dalam bidang nyanyian. Bila saya dengar lagu itu, saya rasa nak dengar lagi dan lagi.


Ustaz Kazim tampil dengan lagu Salawat 1442. “Mulanya saya berjumpa dengan Norman untuk pembangunan sekolah yang dia nak buat… lepas itu saja bergurau minta dia buat satu lagu. Tak sangka, dia buat betul-betul. “Pada awalnya saya gemuruh juga sebab mana saya tahu nak nyanyi dengan betul. Bila menyanyi ini kekoklah sikit,” kata Ustaz Kazim kepada mStar.

Lirik video lagu Salawat 1442 boleh ditonton bermula pukul 10 malam, Rabu di saluran rasmi YouTube Imaan Music. Dalam pada itu, Tuju atau Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 24, berkata lirik rap dalam lagu tersebut merupakan luahan mengenai perjalanan hidupnya yang belum pernah dikongsikan kepada umum.

Saya memang sukakan sesuatu perkara baru dan mencabar.

“Pembikinan lirik lagu rap dalam lagu ini sesuatu yang belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. “Salawat 1442 saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi insan yang lebih baik.

“Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam semua penglibatan saya menghasilkan muzik, ini kali pertama saya beranikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Sementara itu, Tyco yang sudah 12 tahun menghilangkan diri kembali membuat kemunculan berharap lagu tersebut dapat memberikan impak kepada pendengar. “Setelah 12 tahun berdiam diri, saya bakal membuat kemunculan kembali di mata orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan adalah dalam filem Cicakman 2 iaitu pada tahun 2008. “Walaupun konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya Tyco terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar,” ujarnya.- MSTAR

Mengejutkan Tuju yang merupakan salah seorang ahli kumpulan K Clique membuat satu pengakuan tentang hubungannya dengan seseorang ini. Ini yang didedahkannya.

Anggota kumpulan K-Clique Tuju mengejutkan peminatnya apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan penyanyi rap wanita, Loca B. Tuju menerusi foto di ruangan Insta Story miliknya mendedahkan status mereka dengan ayat paling ringkas. “I love you my wife” tulisnya. Coretan itu juga dilengkapkan dengan foto Tuju bersama Loca B yang kini sedang hamil.


This image has an empty alt attribute; its file name is eee-160x300.jpg


Manakala menerusi akaun Instagram Loca B pula, penyanyi itu sudah mula mendedahkan bahagian perutnya dengan memuat naik beberapa gambar seakan-akan memiliki ‘babybump’. Ternyata pendedahan itu membuatkan peminat mereka terkejut kerana rata-ratanya menyangka pasangan ini belum mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, Tuju dan Loca B menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka.

“La dah kahwin ke dorang ni baru tahu,” komen @blesseyra. “Happy anniversary Loca B dan Tuju semoga jodoh korang kekal hingga ke Jannah dan sentiasa di lindungi oleh Allah,” doa @aienputri_. Terdahulu, Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali pernah membuat pengakuan dikasari sehingga anggota badannya lebam, namun menarik semula dakwaan terbabit tidak lama selepas pengakuan tersebut dibuat di media sosialnya.

Sumber: Gempak

Tular video Tuju K-Clique ditvduh buat hal, Loca B jelaskan perkara sebenar- “Ramai sangat cakap tak guna otak!”

SEBUAH video pendek memperlihatkan seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju seolah-olah mengkasari seseorang individu ketika di sebuah acara menjadi tular di laman sosial. Video berdurasi lima saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @Redjuan memberitahu penyanyi lagu Merais itu cuba menyrang seseorang individu selepas berlaku provokasi.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan beberapa pengawal keselamatan yang mengawal ahli kumpulan itu cuba menghalang tindakan Tuju. Ciapan yang dimuat naik pada malam Jumaat itu mendapat lebih 3,000 ulang siar dan 2,000 tanda suka. Tidak berdiam diri, Tuju atau nama sebenar Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 24, menerusi Twitter menjelaskan video yang tersebar itu satu fitnh terhadap dirinya. Dia juga mendoakan individu berkenaan supaya sedar apa yang dilakukan itu satu kesalahan dan berdosa.

“Assalamualaikum, minta maaf saya awal awal, kepada semua yang melontarkan kata-kata seperti mereka tahu apa yang berlaku dan ia tidak betul. “Simple, aku doakan semoga kamu sedar dan selamat, selebihnya itu urusan kamu dengan yang di atas, ” ujarnya. Dalam pada itu, kekasih kepada Tuju iaitu penyanyi rap Loca B atau Hani Azali pada Sabtu menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku ketika itu.

Menurut Loca, video yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu telah memberi persepsi buruk kepada kumpulan itu. “Dia hanya ingin melepaskan diri daripada pengawal. Dia nak tengok apa yang berlaku. Berapa saat punya video klip konklusikan jadi tak baik. “Bukan ada geng boleh la, tapi kau sibuk nak sebar benda tak betul, ” ujarnya. Loca berkata, dia berasa kesal dengan segelintir warganet yang melontarkan kata-kata kesat tanpa berfikir panjang.

Sumber: Mstar

Bertemu jodoh di pusat pendidikan Ustaz Kazim

Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu, Datuk Mohd Kazim Elias menjadi ‘orang tengah’ penyatuan pasangan berkenaan.

Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan pada Ahad. Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu. “Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.  Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya,” kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Sementara itu, Kamsiah yang pemrgian suami sejak 37 tahun lepas berkata, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.

“Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.  

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan. “Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya. – Bernama

Mengadu penat, Ustaz Kazim masuk wad lagi

SEBAIK pulang dari Bukit Jalil, pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin. Susulan itu, beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di Ipoh sebelum dimasukkan ke wad petang Rabu untuk rawatan susulan.

Sinar Harian melaporkan, sumber memaklumkan Mohd Kazim dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu penat selepas pulang menghadiri sebuah program televisyen di Bukit Jalil. Menurut sumber berkenaan, Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah itu kini masih dirawat di wad hospital berkenaan.

“Selepas tiba di rumah dari Bukit Jalil, Datuk (Mohd Kazim) mengadu tak larat dan terus dibawa ke hospital. “Setakat ini, saya belum terima sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Datuk selepas dimasukkan ke hospital semalam,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, berita mengenai keadaan terkini Mohd Kazim dimuat naik menerusi satu hantaran di dalam Facebook Dato’ Mohd Kazim Elias hari ini. “Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas,” jelas hantaran Facebook tersebut.- SINARHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *