Gara gara sesuatu ini Caprice terus dikejarkan ke hospital dan orang ramai mendoakan kesihatannya namun ada juga yang bertindak tinggalkan komen yang melibatkan peribadinya.

artis

Gara-gara tidak minum air secukupnya sehingga menyebabkan badan dehidrasi, penyanyi rap terkenal Caprice dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas. Menurut Caprice, dia berada tidak sedap badan sekitar pukul 4 pagi, Rabu menyebabkan terpaksa hubungi ambulans memandangkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Pagi tadi (Rabu)… tiba-tiba terbangun sesak nafas dan badan rasa kering lain macam. Sebabkan PKPB, saya tidak dapat hubunggi rakan untuk ambil saya pada pukul 4 pagi.

Maaf guys, Insya-Allah kita akan kembali bekerja pada esok.

“Jadi, saya hubungi ambulans. Nampaknya doktor beritahu saya mengalami dehidrasi… tak cukup minum air kot atau aircond kuat sangat. “Maaf guys, Insya-Allah kita akan kembali bekerja pada esok (Khamis),” kata Caprice.

Penyanyi dah ahli perniagaan itu turut berkongsi video ketika dia berada dalam ambulans di laman Instagram miliknya. Rata-rata warganet mendoakan agar Caprice cepat sembuh namun ada juga antara mereka yang menawarkan diri untuk menjadi isteri supaya dapat menjaganya selepas ini.


Caprice berkongsi video dia berada dalam ambulans. “Saya belum tidur lagi pukul 4 pagi… awak patut kahwin dengan saya saja. Saya jaga baik. “Cepatlah cari bini (isteri) sekurang-kurangnya boleh tengokkan Caprice kalau sakit macam ini. “Semoga dipermudahkan segala urusan bro, kahwin cepat nanti boleh bini (isteri) tolong jaga,” komen beberapa warganet. Bagaimanapun tidak sampai satu hari ditahan wad, Caprice sudah kembali bekerja dan muncul dalam sebuah program yang bersiaran secara langsung pada malam, Rabu.- MSTAR

Apa kaitan guna ‘filter’ di laman sosial boleh kena r*g*l? Caprice keliru sehingga berdebat dengan Fynn Jamal

Nama Fynn Jamal kembali menjadi perbualan hangat apabila penyanyi itu membangkitkan isu jenyh rgol dan beberapa pendapatnya hingga mencetuskan kemarahan warganet yang mendakwa ia agak mengelirukan. Malah teori Fynn Jamal yang mengatakan perbuatan wanita menggunakan ‘filter’ dan ‘selfie’ antara penyebab kepada jenyh rgol menarik perhatian penyanyi rap Caprice yang mahukan penjelasan berhubung perkara itu.

Berikutan itu, Caprice dan Fynn Jamal membincangkan hal tersebut ketika dalam sesi Instagram Live yang diadakan pada malam, Sabtu. Caprice menjawab pertanyaan warganet yang bertanyakan dia berasa tertekan atau tidak ketika IG Live bersama Fynn. Menerusi sesi tersebut, Fynn menjelaskan perkara dan perbuatan seharian yang dilakukan seseorang itu sebenarnya mengundang kepada isu jenyh rgol.

“Benda kita buat contoh seperti TikTok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (berlebih-lebihan). Namun tidaklah bermaksud apabila pakai filter tu kita kena rpe, tidak. Ia tidaklah secara terus begitu,” katanya. Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan Fynn dilihat masih membuatkan Caprice keliru dan tidak memahami kaitan antara penggunaan ‘filter’ di laman sosial dan rgol. “Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki. Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mahu feel good.

Bagi saya, pergol mempunyai sakit mental dan tak siuman.

“Tapi bila Fynn kata pakai filter jadi rpe, Caprice keliru,” ujarnya. Perbincangan mengenai perkara itu berlanjutan apabila Fynn turut memasukkan soal al-Quran dan sunnah sehingga menyebabkan mereka perlu mengadakan dua sesi IG Live. Biarpun berlaku perdebatan dan ia tidak dapat diselesaikan seperti yang diharapkan, namun Caprice menegaskan tiada perbalahan antara mereka berdua. Dalam pada itu, Caprice membalas salah satu komen di Instagram miliknya yang bertanya sama ada dia tertekan atau tidak ketika Fynn memberi jawapan berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

IG Live Caprice dan Fynn berlanjutan sehingga dua sesi. “Stress juga la waktu itu. Tapi nak buat macam mana. Apa yang dia katakan tentang Quran dan sunnah adalah 300 peratus betul. Kita bukan nak debat Quran, kita cuma nak faham kak Fynn punya cerita secara jelas. “Saya pun nak bagi pendapat saya di mana jenyh tetap jenyh walau apa pun dan aplikasi filters, FB, YouTube, Netflix, boleh saja guna untuk buat benda baik atau bangkitkan ummah. Manusia saja yang salah guna. Saya fokus pada manusia.

“Dia salahkan sistem dan masyarakat kerana turut bertanggungjawab terhadap jenyah seperti rgol. Bagi saya, pergol mempunyai sakit mental dan tidak siuman. Saya tak dapat terima yang ada kaitan dengan kes rgol… disebabkan filter di Instagram. “Saya minta maaf jika anda tidak setuju. Saya tak soal Quran atau sunnah, jadi bila kak Fynn bangkitkan perkara itu, sudah tentu kita senyap sebab kalau jawab balik akan nampak macam kita tak faham Quran. Jenyah tetap jenyah tidak kira macam mana pun kita pusing,” ujarnya.- MSTAR

Berang dengan tindakan dua orang lelaki yang melakukan sesuatu memalukan di tempat persemadian baru baru ini. Kini Caprice buka mulut mengenai isu itu. Ini teguran yang diberikan.

Rapper dan usahawan popular, Caprice meluahkan rasa kesal melihat tindakan dua orang lelaki menari dalam tempat persemadian menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini. Menurut Caprice, perkara yang sebegitu tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka. “Dua orang menari dalam tempat persemadian, kalau hang nak menari, ada banyak tempat, dekat rumah, gym, dan kelab.

“Tak kisah hang siapa, Tan Sri ke, Datuk, pekerja bank, artis, orang kaya, orang miskin, kereta terakhir kita akan guna bukan Mercedes, bukan BMW, bukan Range Rover bukan Jeep, tetapi kita semua akan guna van jenzh. “Dan rumah terakhir kita akan duduk bukan banglo, bukan kondo tetapi tempat bersemadi nanti. “Tak kisah hang siapa, tapi kita semua akan duduk dalam tanah, perkara sebegitu jangan buat main,” katanya dalam sebuah video di Instagram.

Dalam video yang tular itu, dua orang lelaki kelihatan menari dalam sebuah lubang seakan-akan tempat persemadian yang baru sahaja digali. Perkongsian Caprice itu semestinya mendapat perhatian dari warganet, rata-rata mereka turut berasa kesal melihat kejadian tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga yang meragui sama ada video tular itu dirakam di Malaysia ataupun di negara jiran.

SUMBER: GEMPAK

Caprice yakin MK K-Clique akan dapat ‘hidayah’ suatu hari nanti

Terdahulu,penyanyi rap Caprice berkata, seseorang itu tidak perlu menunggu perubahan menjadi alim sebelum membuka pintu hati untuk melakukan kebaikan. Kata Caprice, kelaziman seperti itu harus dihindari oleh mana-mana penganut Islam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan pada orang yang melakukannya. “Kita tak perlu tunggu jadi baik baru nak buat perkara baik. Jangan galakkan perkara macam ni. Budaya tu kena hentikan sebab ia tak membawa sebarang kebaikan,” katanya ketika ditemui pada sidang pengumuman Nusa Fest di Bangsa, Kuala Lumpur semalam. Pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu berkata demikian ketika diminta mengulas klip video di Instagramnya pada 23 Jan lalu yang memaparkan penjelasan MK dari kumpulan K-Clique berkaitan isu memakai perhiasan emas.

SUMBER: MALAYSIAKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *