Berita Baik untuk golongan B40. Skim Peduli Kesihatan yang diperkenalkan oleh kerajaan boleh dimohon bagi golongan sasaran ini dan berikut adalah manfaat yang anda dapat.

Info Infomaklumat

RAMAI yang tidak tahu yang mana kerajaan ada memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau dikenali sebagai PeKa B40! Skim ini adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40), dengan memberi fokus terhadap pnyakit tidak berjangkit (NCD). Skim PeKa B40 adalah percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Syarat Kelayakan PeKa B40

Skim ini dikhaskan untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berdaftar, yang berumur 50 40 tahun dan ke atas. Penerima BSH yang berumur bawah 40 tahun tidak layak untuk skim Peka B40. Namun, mereka yang berumur 18 hingga 55 tahun layak untuk skim perlindungan mySalam.

Cara mohon dan mendaftar PeKa B40

Caranya mudah! Tiada permohonan atau pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40. Penyertaan adalah secara automatik bagi mereka yang layak dan ia tidak dikenakan sebarang bayaran. Penerima BSH dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di pautan berikut: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan. Masukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain untuk membuat semakan.

Manfaat PeKa B40

Berikut adalah empat manfaat yang ditawarkan oleh Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40):

Manfaat 1: Saringan Kesihatan

Saringan kesihatan boleh dibuat di kebanyakan klinik kesihatan Kerajaan yang ada doktor bertugas dan di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik. Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk di pautan ini: https://bms.pekab40.com.my/provider. Berikut adalah senarai saringan kesihatan yang akan dilakukan:

Pemeriksaan kesihatan. 1) Pengambilan sejarah kesihatan dan pnyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan. 2) Saringan kesihatan mental. 3) Pemeriksaan fizikal. 4) Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko. Pemeriksaan makmal. 1)Ujian sel drah. 2) Ujian kawalan gula dalam darh 3) Ujian paras kolesterol. 4) Ujian air kencing. 5)Ujian fungsi buah pinggang

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Permohonan Bantuan Alat Perubatan adalah melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital Kementerian Kesihatan sahaja. Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan.

Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM. 1) Stent untuk jantung. 2) Alat sendi tiruan. 3) Alat bantuan pendengaran. 4) Perentak jantung. 5) Prostesis & implan untuk tulang belakang. 6) Prostesis dan ortosis tulang anggota. 7) Kanta mata intraokular. 8) Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator. 9) Bantuan sokongan nutrisi. 10) Kerusi roda

Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000 (seumur hidup) untuk setiap penerima. Ianya juga tertakluk kepada julat harga dalam setiap kategori peralatan.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Knser

Insentif sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada pesakit yang melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat. Permohonan insentif ini akan dibuat oleh doktor atau pakar perubatan yang merawat bagi pihak penerima.

Insentif ini akan diberikan dalam dua peringkat. Peringkat pertama – RM300, apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima seperti mana proses Bantuan Sara Hidup (BSH).

Peringkat kedua – RM700, setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan knser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat juga akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun. Insentif ini juga hanya diberikan kepada penerima yang masih hidup sahaja dan tidak boleh dituntut oleh waris.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Insentif tambang pengangkutan akan diberikan bagi perjalanan pergi dan balik untuk rawatan knser (Manfaat 3) dan rawatan untuk menggunakan/ memasukkan alat perubatan (Manfaat 2) di Hospital KKM mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan.

Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital. Had maksimum adalah sebanyak RM500 (Semenanjung Malaysia) atau RM1000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap sakit. Pembayaran akan dibuat untuk setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital / rumah. Bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank pesakit sebelum rawatan susulan akan datang.

Permohonan Insentif Tambang Pengangkutan. Bagi penerima Manfaat 2 iaitu Bantuan Alat Perubatan, permohonan boleh dibuat melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Bagi penerima Manfaat 3 iaitu Insentif Melengkapkan Rawatan Knser, permohonan boleh dibuat melalui doktor yang merawat sakit knser tersebut di Hospital KKM.

Semoga maklumat mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia ini bermanfaat buat para pembaca khususnya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 40 tahun atau lebih. Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan: Laman web PeKaB40

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 segera. LHDN seru peniaga yang untuk memohon bantuan ini sebelum terlambat dan berikut cara untuk memohon

Permohonan GKP ini akan dibayar secara one-off berjumlah RM 3,000. Pemohon boleh layari laman web KitaPrihatin bagi membuat permohonan bagi melayakkan anda menerima bantuan tersebut. GKP ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Antara syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk memohon bantuan GKP adalah seperti yang berikut:Bukan penerima GKP sebelum ini.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:  Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara pembayaran

Pembayaran ini akan dikreditkan terus kepada akaun berdaftar pemohon GKP. Tambahan pula, pembayaran ini akan dibuat bermula 25 November 2020 bagi meringakan beban para peniaga. Tarikh akhir untuk membuat permohonan GKP 2.0 ini adalah 31 Oktober 2020.Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Ramai Rakyat Masih Terkesan Akibat Pandemik. Tarikh BPN 2.0 Dimaklumkan Dan Ini Cara Untuk Memohon Sekiranya Ada Yang Masih Buntu Dalam Hal Ini

Baru baru ini, Inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.Terkini, bayaran BPN 2.0 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM 7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang. Untuk kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bayaran BPN ini akan dibayar secara ansuran iaitu pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Jadual pembayaran

Cara permohonan rayuan

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Permohonan ini dibuka kepada golongan yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Bagi proses rayuan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.Sumber: Bernama 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *