Alhamdulillah Hani Fadzil selamat melahirkan cahaya mata yang pertama setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan lebih menarik lagi Hani Fadzil dedahkan maksud nama anaknya sulungnya.

Uncategorized

Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 22 Oktober lalu. Menurut Hani, bayi lelaki seberat 3.42 kg itu dilahirkan dengan sempurna pada jam 7.07 minit pagi. Dalam pada itu, Hani turut mendedah dia bersama suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka itu Faris Salazar.

“Alhamdulillah Syukur, 7 days ago on the morning of the 22nd of October 2020 at 7:07am, @obiwanfaiz and I welcomed this 3.42kg bundle of joy into our arms. Introducing our son to all of you, Faris Salazar. “Faris means the pious one/yang alim, While Salazar comes from two words : Salah which means righteousness/kebaikan and Zahar means the one that shines:sangat begemerlapan.

“Thank you all for your kind words and prayers . May our son grow healthily and turn out as awesome as his parents,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas penyampai radio Era itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu Hani turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya sewaktu melahirkan cahaya mata sulung yang dinantikan sejak tiga tahun lalu. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitip ucapan tahniah buat Hani dan juga suami. Terdahulu, Hani telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Wan Faiz Wan Nor pada tanggal 7 Julai 2017.

Sumber: Instagram Hani Fadzil, MH

Hani Fadzil hamil empat bulan

SELEPAS lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pengacara, Hani Fadzil berkongsi hamil empat bulan. Hani yang berkahwin dengan suami, Wan Faiz menyifatkan ini waktu tepat untuk mereka menimang cahaya mata. “Selepas lama berusaha mendapatkan zuriat, akhirnya rezeki sampai juga. Kehamilan ini memang tidak dijangka dan kami sangat bersyukur.

“Ketentuan dan rezeki Allah tidak pernah silap. Kebetulan pula sekarang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bolehlah saya beri tumpuan penuh menjaga kandungan ini selain kesihatan diri,” katanya. Menurut pengacara Mpop itu, dia kini lebih banyak berehat sejak mengetahui kehamilan itu selain kurang melakukan kerja berat.

“Sebelum ini, saya memang sangat aktif menghadiri pelbagai acara dan memenuhi tuntutan kerja. Apabila di rumah, saya pun banyak buat kerja dan membantu keluarga. “Bagaimanapun, sekarang saya betul-betul kena berehat demi menjaga kandungan,” katanya. Hani dan suami bernikah pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.- HMETRO

Kandungan masuk trimester kedua, Hani Fadzil lega ‘shopping mall’ kembali beroperasi – “Masa awal mengandung tak boleh buat apa!”

MEMASUKI usia kandungan lima bulan, pengacara Hani Fadzil mengakui lega apabila lebih banyak sektor perniagaan termasuklah pusat beli-belah kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Menurut Hani, 29, pembukaan premis perniagaan itu membolehkan dia membuat persediaan dan membeli barangan keperluan untuk ibu hamil dan bayi memandangkan pada awal PKP dia tidak dapat berbuat demikian. “Masa awal-awal mengandung iaitu trimester pertama saya memang tak boleh nak buat apa-apa kerana alahan sangat teruk, jadi memang duduk rumah sahaja!

“Memandangkan tiada sebarang persediaan, jadi sepanjang tempoh tiga bulan PKP, kandungan saya pun turut sama membesar… sekarang ini apabila kerajaan umumkan PKPP dan benarkan mall serta kedai beroperasi, rasa bersyukur sangat! “Walaupun agak berisiko nak keluar rumah tapi kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, iyalah… nak suruh orang beli barang-barang takut saiz tak betul pula,” katanya kepada mStar.

Hani dan suami teruja menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka. Hani ditemui semasa sesi temubual program hiburan MPop! yang diadakan secara atas talian pada Selasa. Dia yang kini sedang hamil anak sulung berkahwin dengan Wan Faiz di Putrajaya pada Julai 2017.

Sementara itu, bekas penyampai radio Era ini memberitahu dia sedang mengikuti kelas bahasa Korea sebagai inisiatif untuk memantapkan lagi kebolehannya dalam bidang pengacaraan.”Selalunya apabila ada artis dari Korea berkunjung ke Malaysia saya sering diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara dan sebab itu saya mengambil inisiatif menghadiri kelas secara formal.

Hani belajar bahasa Korea bagi memantapkan lagi bidang pengacaraan. “Selepas ini dah tak perlu lagi guna khidmat juru alih bahasa apabila saya sudah menguasai bahasa Korea. “Alhamdulillah, saya baru selesai mengambil ujian untuk tahap dua. Memandangkan sekarang sedang hamil, jadi mungkin ambil masa sedikit… apa-apa pun saya seronok belajar bahasa Korea,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hani menggalas tanggungjawab mengacarakan program MPop! yang bersiaran selama lima minit setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3, pukul 12.55 tengah hari dan TV9 pada pukul 8.30 malam. Selain Hani, program itu turut dikendali oleh dua pengacara lain iaitu Nina Nadira dan Harris Alif.- MSTAR

Hani belajar bahasa Korea

Terdahulu, pengacara, Hani Fadzil, 29, mengambil inisiatif menghadiri kelas bahasa Korea bagi memberi kelebihan sebagai hos yang sering mengendalikan artis dari negara berkenaan. Hani berkata, dia mula belajar bahasa Korea secara tidak formal bersama kenalannya sejak tahun lalu dan hanya mengikuti kelas secara formal, awal tahun ini.

“Apabila artis dari Korea berkunjung ke sini, saya sering diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara. Jadi, saya mengambil inisiatif menghadiri kelas secara formal. “Saya tidak perlu menggunakan khidmat pengalih bahasa apabila saya sudah menguasai bahasa Korea. Sebelum ini, saya boleh membaca sejak dari zaman sekolah, cuma pemahaman dari segi percakapan agak kurang.

“Alhamdulillah, saya baru selesai mengambil ujian secara talian sebentar tadi untuk tahap dua. Saya ambil masa juga untuk belajar memandangkan sekarang saya hamil, tetapi saya seronok,” katanya kepada BH Online. Hani mendirikan rumah tangga bersama suami, Wan Faiz kini hamil lima bulan, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pengacara program hiburan MPop! itu berkongsi ketika sidang media atas talian, khusus memperkenalkan program berkenaan.

Mengulas lanjut program yang berlangsung selama lima minit setiap Isnin sehingga Rabu di TV3 dan TV9 itu, Hani berkata, dia bersyukur diberi kepercayaan mengendalikan MPop! ketika banyak program seni yang lain dibatal atau ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Syukur saya masih ada MPop!. Sekurang-kurangnya ada kerja untuk saya ketika PKP ini, memandangkan saya juga tidak bertugas sebagai penyampai radio, saya boleh fokus mengacarakan program ini.

“Program Mpop! ini adalah program infotainment selama lima minit yang mengetengahkan berita hiburan, gosip, fesyen dan tips gaya hidup terkini,” katanya. Ketika negara menjalani tempoh PKP, program MPop! diteruskan dengan mengubahsuai temu bual artis menerusi temu bual atas talian supaya penonton terus diberikan info terkini dari industri hiburan dan fesyen.

Selain Hani, program itu turut dikendali oleh dua pengacara lain, Nina Nadira dan Harris Alif. MPop! boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Rabu di TV3, jam 12.55 tengah hari dan TV9 pada jam 8.30 malam. Ia juga boleh ditonton di platform digital iaitu www.tonton.com.my untuk paparan yang eksklusif.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *