Ya Allah berkati mereka yang telah berjuang. Sebak bila frontliner ini gigih menempuh cabaran besar di Sabah menerusi satu video sehingga mengundang sedih orang ramai dengan situasi tersebut.

Covid 19

Buat mereka yang pernah ke Sabah terutama menyusuri kawasan pedalaman pastinya sedar kebanyakan infrastruktur perumahan di sana tidak begitu baik. Ada yang kayunya sudah hampir reput dan tidak kurang juga jambatan yang telah terlalu usang khususnya di perkampungan atas air.

Hakitkatnya, itulah antara cabaran frontliner yang sedang berjuang di Sabah ketika ini. Video memaparkan petugas mengharungi laluan jambatan yang telah ‘uzur’ menjadi viral di media sosial sejak malam tadi. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hazri.

“Sekalung penghargaan dan rasa hormat terhadap frontliner atas pengvrbanan dan komitmen. “Semoga Tuhan merahmati usaha kita semua,” katanya. Rata-rata warganet dilihat tersentuh dengan kecekalan para frontliner yang masih berani biarpun laluan tersebut agak bahaya. Malah, keadaan frontliner yang menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) sedikit sebanyak membuatkan ramai warga Twitter sebak.

“Ya Allah berkati mereka yang telah berjuang,” kata seorang warganet. “Inilah hero sebenar, unsung hero, salute,” kata seorang lagi warganet. Untuk rekod, kes COVID-19 di Malaysia semalam mencatatkan 835 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pandemik itu sebanyak 28,640. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes import manakala selebihnya merupakan penularan dalam tempatan. Negeri Sabah, kata beliau, menyaksikan perkembangan positif apabila terdapat penurunan kes sebanyak 517 kes (55.8 peratus).- GEMPAK

Terkilan tak dapat tolong suami yang hadapi kejadian tak diingini. Frontliner ini kongsikan kisah menyayat hati yang dialaminya ketika musim pandemik covid 19.

Seorang jururawat luah rasa terkilan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang mengkritik mereka sebagai frontliner. Dia turut kongsi kisah sedih tidak dapat membantu suaminya yang jatuh di bilik air gara-gara sibuk menjaga pesakit Covid-19. Malah mereka frontliner terpaksa membelakangkan keluarga demi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di musim pandemik ini.

Suami jatuh bilik air tak sempat bantu. Sakitnya saya apabila dapat tahu suami cuba telefon banyak kali minta tolong (sebab dia jatuh bilik air dan kepalanya jatuh ke lantai) pada pukul 2 pagi. Masa itu telefon saya tiada pada saya dan saya sibuk pakai baju PPE untuk 12 jam dan kumpul pesakit Covid dari 7 malam sampai 6 pagi. Akhirnya dia telefon 999 dan kawan saya yang jawab. Nasib baik dia jatuh tu hanya pitam sekejap dan masih sedar, ada my mum. Kalau tak, terima kasih tuhan suami saya tiada apa-apa. Kamu faham ke perasaan apabila kami (HCW/frontliner) terpaksa membelakangkan keluarga dan orang tercinta demi mendahulukan kebajikan dan kesihatan pesakit di musim pandemik Covid ini?

Menurut jururawat ini, suaminya menelefon untuk meminta bantuan namun dia tidak sempat menjawab memandangkan dia sibuk menguruskan pesakit Covid-19. Nasib baik suaminya hanya pitam sekejap dan ibunya berada di rumah ketika itu. Kami berjuang kerana jaga kebajikan semua. So jangan kamu pandai-pandai cakap buruk kami dan cakap ‘Siapa suruh jadi nurse/doktor/MA/PPK atau PKP’ atau ‘Siapa suruh buat kerja hospital?’ ‘Berhenti kerja la, banyak lagi orang luar nak kerja’ . Wow kalau kami tak pilih untuk jadi HCQ/Frontliner, kamu fikir hospital akan cukup staff ke? Kesihatan dan kebajikan kamu dapat berdiri sampai sekarang ke? Kamu fikir kami tak fikir 100 kali ke untuk berkhidmat dan terus bertanggungjawab dalam pandemik Covid 19?

Disebabkan kami sayang dan ingatkan keluarga kami lah kami terus berjuang untuk kesihatan dan kebajikan rakyat agar pandemik Covid tak terus menular sampai ke keluarga kami. Saya harap ramai faham berapa ramai pesakit Covid yang kami collect setiap shift. I wish u all understand perasaan dan tekanan pesakit dan keluarga yang terkena Covid yang kami collect setiap shift (Our heart hurts when see the child/kids terpaksa jauh with their parents, the parents terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah.

Kejadian itu menyebabkan dia terkilan apabila teringat kata-kata segelintir warganet yang mengkritik frontliner sesuka hati tanpa memikirkan perasaan mereka. Malah dia sanggup berkvrban mendahulukan kebajikan pesakit Covid-19 berbanding keluarganya agar pandemik ini terkawal. Jangan lah biarkan keluarga yang ada Covid. Dan paling menyakitkan ada juga keluarga yang sampai tak mahu terima balik keluarga yang ada Covid ini. U all know kaa!? They are CRYING INSIDE tauu! So..Pls plss & plss!! STOP All ur EGO & STOP all the Gamess!! (tak kisah laa games politik ke, keyboard warrior ka, Anti Vaccine ke, anti-anti segala anti ke atau apa apa yang menyulitkan lagi keadaan) Follow SOP & go take care UR family selagi sempat.

Ini masa anda bersama dengan keluarga anda. Biar kami sebagai HCW/Frontliners buat kerja kami untuk hentikan pandemik ini dan doakan kami. I understand the pressure dan feeling yang terjejas dari segi kewangan tu. I BELIEVE Our Govt will try their BEST to think how to solve OR how to HELP. But for now please Give Full Support to END this Fast! Thank you!

Dalam pada itu, jururawat ini sempat memberi nasihat kepada keluarga-keluarga pesakit Covid agar hentikan segala ego dan jangan menyulitkan keadaan di masa pandemik ini. Menurutnya ada keluarga yang tidak menerima pesakit Covid-19 ini selepas pesakit ini sembuh. Sentiasa sokong dan berdoa untuk Malaysia agar terus berjaya melawan wabak ini!

Sumber: Oh Bulan

Bukan sahaja bertugas mengendalikan kes penularan covid 19. Terharu frontliner sanggup buat sesuatu ini dihadapan pesakitnya semata mata nak hiburkan hati dan ini reaksi warganet dengan aksi frontliner tersebut

Sejak berlakunya wabak Covid-19, tidak dinafikan bahawa frontliner antara pihak yang banyak memberikan jasa mereka dalam mengendalikan kes-kes wabak tersebut dimana mereka bekerja tanpa cuti sejak musim pkp yang lalu. Baru-baru ini juga, banyak pihak yang sempat merakam aksi dan gelagat mereka dalam menghiburkan pesakit Covid-19 menerusi tempoh rawatan dan kuarantin.

This image has an empty alt attribute; its file name is f140-600x300-1-300x150.jpg

Tidak terkecuali dengan seorang frontliner ini yang sempat dirakam oleh salah seorang individu ketika melakukan aksi-aksi lucu sewaktu berada di wad. Menerusi video yang dipaparkan itu, frontliner tersebut dilihat sedang menari bagi menggembirakan hari-hari mereka yang sedang menjalani rawatan. Lebih mengagumkan apabila lelaki terbabit turut menari dengan bersungguh-sungguh sambil mengikut rentak lagu tersebut selama beberapa minit.

Setelah melihat keadaan itu, rata-rata warganet berasa tersentuh dengan tindakan frontliner terbabit dimana ia menari sambil membetulkan set PPE miliknya ke posisi asal di samping terdapat segelintir daripada warganet yang turut memuji tindakan lelaki berkenaan dimana sanggup menghiburkan hati para pesakit. Posting yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter iaitu @evenz_my itu telah menjadi tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 207 ribu tontonan menerusi laman akaun Twitter berkenaan. “Terhibur jap…”. “Bila kau suka dengan kerja kau”. “Dia dapat semua step…”.

Sumber: HCL

“Terbaik lah frontliners” – Sambut Hari Jadi Pesakit, Frontliners Dapat Pujian warganet

Pandemik Covid-19 telah melanda dunia dari awal tahun sehinggalah ke hari ini. Banyak aktiviti yang dirancang oleh orang ramai terpaksa dibatalkan, termasuklah sambutan hari jadi. Walaupun mass gathering dilarang sama sekali, sambutan kecil-kecilan tetap dijalankan. Tular di media sosial sambutan hari jadi seorang pesakit disambut secara surprise oleh frontliners di salah satu pusat kuarantin di Lembah Klang. Lihat video oleh @littlekia_ dibawah untuk video sambutan hari jadinya yang disambut oleh frontliners.

This image has an empty alt attribute; its file name is 003-300x80.png
This image has an empty alt attribute; its file name is 004-227x300.jpg

“Dpt suprise for my bufday!! xdelh sendu ngat kuarantin sorang² ni..byk betul jasa diorg . Happy Labor day! Frontliner : APM, Pejabat Daerah Hulu Langat, KKM, PDRM, RELA, JKM & pihak hotel. ” Meriah gak tu. Pertama sekali admin mewakili Lobak Merah mengucapkan Selamat Hari Lahir! Terima kasih kepada frontliners kita yang sanggup buat surprise birthday kat awak. Sapa je yang tak suka surprise time birthday kan? Wah kek dapat, menyanyi siap dengan gitar pun dapat, hadiah pun dapat weh. Memang best lah sambut birthday macam ni, takdelah sendu sambut sorang-sorang kan? Terima kasih frontliners, bukan sahaja memastikan kita semua selamat, tapi berjaya juga buat orang lain tak sendu sambut birthday sorang-sorang. Terbaik lah frontliners!

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *